بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Wednesday, 28 December 2011

Cinta tidak selalunya bersama jodoh, tapi jodoh selalu bersama cinta

"Ya Allah, cintakanlah aku pada seseorang yang mampu melabuhkan cintaku kepadaMu."

Kadangkala kita terfikir, kenapa sampai sekarang kita masih belum bertemu dengan seseorang yang benar-benar mampu menembusi rasa rindu kita terhadap Allah. Kenapa kita seringkali bertemu dengan orang yang salah. Adakah Allah mahu menguji kemampuan kita dalam mengenal kaca dan permata. 
Kadangkala kita juga terfikir, layakkah kita mendapat permata kerana kita sendiri tidak tahu permatakah kita atau kacakah kita. Namun, hati menidakkan permainan minda. Kalau kita permata apa salahnya mencari kaca yang masih boleh disapu debunya walaupun sinar yang diberi sebenarnya bukan terhasil dari sifatnya. Mungkin sinar pada kaca itu adalah pantulan daripada mutiara.

Inilah yang dipanggil pelengkap kehidupan. Allah s.w.t pernah berfirman,"Perempuan yang jahat, untuk lelaki yang jahat. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik." Itu janji Allah buat manusia. Sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji.

Namun siapakah kita ingin menilai seseorang sama ada mereka baik atau buruk. Ketulusan hati manusia tak siapa yang tahu. Hanya Allah sahaja yang tahu kerana dia Al-Hakim. Maha bijaksana dan maha mengetahui apa-apa yang tersembunyi. Mungkin juga ujian Allah berikan buat kita dengan menemukan seseorang yang kurang baik akhlaknya, bukan keseluruhan hidupnya jahat, kerana Dia mahukan insan yang mendampingi kita berubah. Apabila Allah masih lagi memberikan peluang kepada seseorang untuk berubah, bermakna masih ada lagi Kasih sayang Allah buat hamba-hambaNya.
Inilah yang dimaksudkan dengan " sinar pantulan mutiara buat kaca." Seseorang itu tidak kira lelaki ataupun perempuan mampu mengubah seseorang yang lain dengan izin Allah s.w.t. 
Jangan harapkan insan seikhlas Rasulullah jika kita sendiri tidak sehebat Siti Khadijah.

Setiap insan menginginkan insan yang bakal berdamping dalam hidupnya adalah baik disisi Allah dan baik juga hubungannya dengan manusia. Oleh itu, persiapkanlah diri. Jika kita mahukan insan yang bakal mendampingi kita seorang yang baik, kita yang sepatutnya terlebih dahulu menjadi baik.

Yakinlah dengan janji Allah. Seandainya kita masih meragui kalimah Ilahi, kalimah siapakah lagi yang tinggal untuk kita ikuti?



Tinta seorang insan bergelar hawa...

5 comments:

  1. tepat sekali..dah bercinta bertahun pon boleh putus kalu dah bukan jodoh..kita tidak mengetahui siapa jodoh kitakn? hanya Allah je yg tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurmm..betul..hanya Allah yang tahu. tapi kalau budak qhenak dah ada yg istimewa, tak slah. cuma jaga batas pergaulan. jaga hubungan jugak. selebihnya serah pada Allah..:)

      Delete
  2. hoho..tgh mencari yg teristimewa

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) insyaAllah akan jumpa..:) amin..

      Delete
    2. hehe..amin.. yg pnting dpt terima kita seadanya..kn kn kn.. :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...