بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Monday, 26 December 2011

Kasih Ibu membawa ke Syurga, Kasih ayah bahagia di dunia..;)




            Kalau tidak kerana IBU, ku tak mampu melihat dunia, 
            kalau tidak kerana AYAH, ku tak mampu membesar dengan sempurna...

Kasih ibu membawa kesyurga...Kasih ayah membawa bahagia...
  Anak yang soleh dan solehah akan senantiasa taat dan menyayangi kedua orang tua mereka. Segala jasa dan keringat yang dicurah oleh ibu bapa semata-mata untuk membesarkan anak-anaknya perlu dihargai oleh setiap insan yang bergelar ANAK. 
 Sungguh tidak terbalas jasa ibu bapa walaupun setitik keringat sahaja yang mengalir di tubuhnya.
 kerana anak mereka berlapar dan dahaga. Kerana anak juga mereka berkorban jiwa dan raga.
 Siapakah kita meletakkan mereka ditempat yang tercorot dan meninggikan martabat insan lain yang tiada pertalian sedikitpun dengan kita.( teman lelaki/teman wanita). Mereka belum tentu dapat menjaga kita sebagaimana ibu menjaga kita, sebagaimana ayah bernafkah kudrat memerah keringat mencari rezeki semata-mata buat kita.
  
Letakkanlah mereka ditempat ketiga setelah Allah dan Rasul.
Mereka selayaknya diberi kasih disulamkan sayang. 
Kucuplah ubun-ubun mereka, kerana ku takut sekiranya ubun-ubun itu berhenti berdenyut.
Salamilah mereka dan mohonlah maaf di atas segala kesalahan yang kita lakukan. 
                                    SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU.

Benarlah kata ibu: seorang ibu boleh menjaga sembilan orang anak. Tetapi sembilan orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu...
               Buktinya kenapa sekarang ini terdapat banyak Rumah Orang-orang Tua? Fikirkan...

           Ya Allah, jadikanlah aku anak yang soleh dan solehah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...