بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Monday, 26 December 2011

Keluargaku, sumber kebahagiaan bagiku

Ini keluargaku, merekalah semangatku dikala ku susah dan senang. Syukur kehadrat Ilahi kerana aku dikurniakan sebuah keluarga yang bahagia. Ibuku yang cantik berbaju coklat. Ayahku yang handsome berbaju hijau pucuk, warna kegemaranku.. Lima beradik diberi gelaran. Ku dikurniakan Allah tiga orang kakak dan seorang adik. Kami semuanya perempuan. Kakak yang pertama (bertudung kelabu) seorang suri rumah. Dulunya pernah menjadi seorang guru Fardhu Ain disekolah rendah. Kakak kedua pula ( bertudung coklat lembut) merupakan seorang guru di Kedah dan sekarang masih menyambung pengajiannya. Kakak ketiga pula (bertudung coklat plus hitam) merupakan nurse di Hospital Sungai Buloh, Selangor. Adik bongsuku masih lagi berada di tingkatan 4.

Mereka sangat menyayangiku dan diri ini juga terlalu menyayangi dan menyintai mereka...
Mereka semangatku, mereka pelengkap kegembiraanku...


Nurse dgn cikgupun pandai jugak posing ye..hehe.=)

Ni pula anak-anak saudaraku, merangkap anakku sendiri. Syu, Adam dan Alya. Kalau dah dah dapat kumpul sama-sama, riuh rumah. Merekalah penyeri kami sekeluarga...=)

Ini pula adik bongsuku bersama motor kesayangannya. Malangnya diri ini pula yang memang tak pandai tunggang motor. hurmm. kalau tumpang adik kat blakang tu confirm boleh la sangat-sangat.=) 

Hurmm, ni pula saya. Suka bergambar walaupun rupa paras biasa sahaja. Tapi dah minat bergambar..nak buat macam mana lagi.hihi..=)


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...