بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Monday, 26 December 2011

Menangis kerana Allah, menangis kerana Rasulullah...

ZIKIR HIDUPKAN JIWA YANG MATI

Zikir merupakan terapi jiwa yang paling mujarab bagi kita ummat islam. Khasiat yang terkandung di dalam zikir dapat mencairkan kekerasan jiwa seorang manusia. Hanya dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang.
ALLAH...ALLAH...ALLAH...ALLAH...LAILAHAILLALLAH...

Bergembiralah hati-hati insan yang menangis kerana Allah. Walau sekeras manapun jiwa kita, walau setinggi manapun ego kita, tundukkanlah pada Dia yang mencipta. Sekaya manapun firaun yang mengaku dirinya tuhan, akhirnya tenggelam juga di Laut Merah. Menangislah kerana Allah. Setiap titis air mata yang jatuh kerana Allah itu lebih baik daripada segala isi yang ada di dunia. 

Tundukkan jiwamu dengan zikir. Leburkanlah egomu dengan zikir. Cantikkan akidahmu dengan zikir.Tenangkan wajahmu dengan zikir. Basahkan lidahmu dengan zikir. Alirkan air matamu dengan mengingati setiap kekuasaan Allah...Alirkan mutiara dari tubir matamu dengan mengingati perjuangan dan kasih sayang rasulullah.

SUBHANALLAH...ALHAMDULILLAH..LAILAHAILLALLAH...ALLAHUAKBAR...
 Tip: pilih satu masa yang anda rasa diri anda jauh dari dunia dan boleh juga selepas solat. Ingatilah Allah dan berzikirlah. Linangan air mata selepas anda berzikir dapat membersihkan jiwa yang lara. 
Sabda Rasulullah S.A.W, " dan seseorang yang berzikir mengingati Allah dalam keadaan bersendirian lalu berlinanglah air matanya kerana takutkan Allah." ( Hadis riwayat Al.-bukhari)

Menangis bukan menunjukkan kita lemah, malah menunjukkan bahawa kita merupakan seorang yang kuat. Tidak rugi menangis kerana Allah dan rasul. Malah ia sangat berbaloi dengan pemberian pahala yang berganda dari Allah yang akan menentukan kesejahteraan kita diakhirat nanti.

Kembara Syahadah di bumi sepi_Has



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...