بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Thursday, 29 December 2011

Tip merawat hati =)


Hati merupakan anugerah Allah yang paling berharga. Baik hati, maka baiklah seseorang itu. Buruk hati, maka buruklah seseorang itu. Hati perlu dijaga dengan sebaik mungkin kerana hati yang terluka akan menjadikan hidup seseorang merana. Bolehkah memulihkan hati yang luka?? hurmm..sudah tentu ada. Hati mampu dipulihkan dengan pelbagai cara walaupun sebenarnya ia memakan masa. Namun tak salah mencuba tip-tip ini.Here we go..=)
Merawat hati yang luka dengan secepat mungkin adalah penting untuk seseorang yang sedang mengalaminya. Ini adalah untuk mengelakkan daripada terus hidup di dalam tekanan dan mungkin boleh mencetuskan satu tindakan yang diluar kawalan. Sememangnya ia mungkin sesuatu yang agak sukar tetapi ia bukanlah mustahil. Ianya terpulang kepada diri anda sendiri untuk mengawalnya. Terdapat pelbagai cara yang anda boleh gunakan untuk merawat hati yang luka ini. t5 akan menyenaraikan 3 cara mudah yang mungkin dapat membantu anda.
Menangis- Menurut kajian, cara luahan hati atau perasaan yang terbaik adalah denganmenangis. Mungkin anda kelihatan sangat teruk untuk beberapa hari mengikut jenis kekecewaan yang anda alami. Teruskan dengan tangisan anda tetapi pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama. Pasti selepas anda sudah puas menangis akan berlaku perubahan yang ketara di dalam kehidupan anda. Anda seharusnya perlu untuk melakukan sesuatu yang mampu untuk membahagiakan daripada meratapi kesedihan yang dialami.

Luahkan perasaan dengan kenalan yang rapat- Suatu kekecewaan yang dialami tidak seharusnya dipendam, sebaiknya ia perlu diluahkan. Luahkan perasaan terhadap orang yang anda percayai. Jangan pendamkan perasaan sehingga ia mampu untuk mempengaruhi anda melakukan tindakan yang tidak sepatutnya. Menurut kajian terhadap mangsa yang pernah cuba untuk membunuh diri, lebih 80% bersetuju bahawa mereka tidak meluahkan perasaan mereka kepada orang lain. Antara alasan mereka adalah kerana tidak mempunyai mana-mana perhubungan yang rapat dan tidak mahu menyusahkan orang lain. Ia sememangnya satu tindakan yang salah sekiranya anda memendamkan perasaan.
Sibukkan diri- Suatu kesedihan akan terus menjadi teruk sekiranya anda hanya memikirkan mengenai kesedihan itu. Lakukan sesuatu yang mampu untuk mengalih pemikiran anda. Anda juga boleh membuat perancangan untuk masa depan. Adakah anda akan terus menangis untuk jangka masa setahun dari sekarang? pasti tidak bukan. Lebih baik anda memikirkan mengenai perancangan yang sepatutnya dilakukan daripada memikirkan mengenai kesedihan yang telah dialami. Tinggalkan kesedihan yang dialami dan jadikannya sabagai pencetus motivasi untuk anda terus berjaya pada masa akan datang.
-Bagi individu yang terluka, rawat luka anda segera. Jangan menunggu masa ia sembuh sendiri. Sebaliknya perlu usaha untuk menompokkan kembali gembira pada duka yang lama..=)

8 comments:

  1. huhu..x semudah tu..tp boleh cuba..yg merasa je yg mengetahuinya..huhu..betol tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..memang tak mudah. tapi tak salahkan kalau kita usaha..:)

      Delete
    2. hehe..ok..try to be perfect..:)

      Delete
  2. Kali kedua terluka, ingtkan xberat mana. Rupanya sakit tu dalam juga :) terima kasih sudi berkongsi tips.

    ReplyDelete
    Replies
    1. beberapa kali kita terluka, dan beberapa kali jugalah kita akan rasa sakit
      dan beberapa kali juga kita perlu bangkit. Tidak salah sakit dahulu nura, insyaAllah bahagia menunggu di depan :)

      Delete
  3. Kali kedua terluka, ingtkan xberat mana. Rupanya sakit tu dalam juga :) terima kasih sudi berkongsi tips.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...