بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Monday, 26 December 2011

Perjalanan seorang insan

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah
kerana Allah telah memilih saya untuk bersemadi di ovum ibu saya sebelum dilahirkan kedunia. Dalam banyak-banyak hormon yang berpusu-pusu bertanding untuk memasuki ovum ibuku tercinta, syukur kerana diri ini dipilih menjadi juara yang berjaya melepasinya. Kerana itu sebenarnya setiap manusia yang ada di muka bumi ini sebenarnya telah dipilih menjadi juara. 

Setelah diri ini lahir kedunia, mula menghirup udara pemberian Allah yang tidak ternilai, maka disinilah bermulanya PERJALANAN SEORANG INSAN. Yang mana telah ada kedua-dua malaikat yang bersiap-sedia menulis setiap perlakuan yang bakal dilakukan sama ada baik atau buruk. Disinilah mulanya langkahku di muka bumi Tuhan yang sangat luas. 

Mendapat pendidikan awal di TABIKA Gua Musang. Disitulah tempat formal dimana diri ini mula mengenali A,B,C...selain diajar oleh ibuku di rumah. Kemudian pendidikanku disambung pula ke Sekolah  Kebangsaan Perasu. Disitulah diri ini telah mula mengenali ramai kawan yang sangat-sangat kucinta. Atiah, Muni, Kausar, Junaidah, Syafawi, Paje, Syawal, Na, Sanah, Aisyah, Karamah,Fatin Fauzi,... Merekalah tulang belakangku di sekolah. Kami Berkawan, belajar dan bermain bersama ibarat tiada lagi esok untuk kami. Sangat seronok menjadi kanak-kanak. Tidak perlu memikirkan masalah yang besar. Namun, diri ini diberi tugas sebagai Setiausaha Pengawas Perpustakaan yang mana menjadikanku sedikit matang..

Pengajian ku sambung pula ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Asap bersama rakan-rakan sejak kecilku (jue, kausar, Atiah dan Muni). Tugas sebagai Khalifah Allah di muka bumi semakin mencabar. Namun, cabaran itu ku tempuh berbekalkan semangat yg diberi oleh keluarga dan sahabat-sahabat. Alhamdulillah, sangat aktif di sekolah menengah pada ketika itu. Pernah memasuki pertandinga Sajak, Pidato, debat ala parlimen, Sketsa,...Juga memegang jawatan sebagai Ketua Pengawas Koperasi Sekolah.

Kemudian pengajian disambung ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra di Tingkatan 6. Alhamdulillah pengalaman semakin luas. Memegang jawatan sebagai Penolong Pengawas Sekolah TIP1, Penolong Pengawas Asrama TIP 1, Penolong Persatuan Agama Islam, Setiausaha Pembimbing Rakan Sebaya,...Jawatan-jawatan ini berjaya dipikul berkat dari izin Allah dan semangat yang ku dapat dari keluarga dan rakan-rakan.Alhamdulillah...

Semakin meningkat umur seseorang itu, semakin bertambah pengalaman mereka. Pengalaman menjadikan seseorang itu lebih matang. Pengajian ku sambung ke peringkat yang lebih tinggi iaitu di Universiti Malaysia Sarawak. Kursus yang diambil ialah Sosial Sains (Komunikasi WA02). Niat dihati ingin menjadi guru, namun Allah lebih tahu mana yang terbaik buat hamba-hambaNya. Mungkin rezekiku suatu hari nanti menjadi seorang journalist...InsyaAllah...

Kisah ini kutulis sehingga 27 Desember 2011, 1.00PM: Kuching Sarawak.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...