بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Monday, 26 December 2011

Sekali engkau menyayangiKu, sepuluh kali Aku menyayangimu...



Jika engkau melangkah menuju kearahKu, Aku berlari menuju kearahmu...
Jika engkau memberikan sepuluh harapan bertaubat padaKu, Aku bukakan pintu-pintu syurga buatmu...
Begitu besarnya kasih Allah buat hamba-hambaNya...

Sesungguhnya tidak ada manusia yang terlepas daripada melakukan dosa, kecuali Rasulullah (S.A.W) yang dipelihara dengan sempurna oleh Allah...

Tidakkah Allah memelihara kita dengan sempurna sebagaimana Dia memelihara Rasulullah?
Bukan begitu maksudnya. Kita manusia yang lemah. Kadangkala mudah terpedaya dengan bisikan syaitan. Walaupun ditepis berkali-kali, namun kadangkala termasuk juga ke dalam perangkap makhluk laknatullah.

Namun selepas itu apa yang perlu kita lakukan?
Jawapannya adalah dengan Bertaubat bagi menyucikan hati yang telah tercalit dosa.

Adakah Allah akan menerima taubatku setelah aku melakukan banyak dosa?
Jawapannya: Tuhan itu Ar-Rahman. Tuhan itu Ar-Rahim. Tuhan itu maha pengasih dan penyayang. Dia akan
                     menerima taubat kita walaupun dosa kita sedalam lautan, walaupun dosa kita setinggi gunung,
                     walaupun dosa kita sejuta titisan air hujan sekalipun...sebab Tuhan itu dengan sifatNya yang
                    sempurna.( Ar-Rahman dan Ar-Rahim)

Bangkitlah menghulurkan salam meminta kemaafan dari setiap manusia yang telah kita sakiti...
Berilah diri kita peluang merasai nikmatnya memaafkan insan yang pernah menyakiti hati kita...
Jadilah seperti pokok ditepi jalan, dilemparkan dengan batu tetapi tetap dibalas dengan buah.
Sesungguhnya Allah meredhai hamba-hambaNya yang ikhlas memaafkan kesalahan insan lain terhadapnya.

Setelah itu,
Mohonlah keampunan dari Allah. Allah tidak pernah memalingkan wajahNya sekiranya hamba-hambaNya sujud bertaubat. Malah Dia semakin menyayangi insan-insan yang ikhlas memohon keampunan.
KASIH SAYANG ALLAH LEBIH BESAR BERBANDING KASIH IBU TERHADAP ANAKNYA.

Setelah bertaubat dengan sebenar-benar taubat kepada Allah, bertekadlah di dalam hati bahawa:
" Aku tidak akan mengulanginya lagi."

Betapa sempurnanya insan yang bertaubat disisi Allah...
Senyumlah kerana anda masih diberikan peluang bernafas untuk memohon taubat dariNya...


 Taubat seorang hamba
 Irsyadee feat Hafiz Hamidun


Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa…

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x…..
Taubatku ini…..
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x…
Taubatku ini…
Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima…
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x….
Taubatku ini…

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini…

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...