بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Tuesday, 27 December 2011

Siapakah kita disisi Tuhan



video

Kadangkala diri ini terfikir, siapakah aku disisi Tuhanku. Putihkah aku disampingnya atau hitamkah aku disisiNya. Kerana timbanganNya tidak mampu dilihat menyebabkan hati mula gusar dan menimbulkan beribu untaian persoalan. Taubatkah yang mewangikan kuburku disisi Tuhan kelak atau dosa yang memenjarakan jiwa, memukul jiwa yang kian lusuh dikotori noda.

Layakkah hamba ini menapakkan kaki di syurgaMu, kerana hamba berbekalkan dosa
Layakkah tangan ini menyentuh marmar mahligaiMu, kerana ia bersalut noda
Layakkah mata ini memandang keindahan mutiara Istana Tuhan, setelah ia dikaburi kaca dunia yang melalaikan.

Siapa kita disisi Tuhan?
Kita masih lagi bergelar hamba Tuhan yang masih disayangi olehNya. Sehitam manapun hati kita, seburuk manapun perangai kita, Allah masih lagi membuka pintu taubatNya kerana jelas Dia menyayangi kita dengan sebenar-benar kasih. Tidakkah kita rebah, kerana lemah mendengarkan sifat Allah Ar-Rahman. Dia Ar-Rahim. Sayangnya Allah menerima hamba-hambaNya yang berdosa, menerima jiwa-jiwa yang mati ditimbus dosa. Maha kasih Allah yang menyapu debu-debu dosa dan menarik kembali tangan-tangan hamba-hambaNya yang tenggelam dengan bisikan dunia. 

Ya Allah...kasihnya diriMu mengangkat kembali hamba-hambaMu yang rebah lemah
Ya Allah...Kasihnya dirimu merawat kembali luka-luka kami yang dihiris dosa...
Kasihnya diriMu meletakkan kami kembali ditempat yang sempurna di syurgaMu...

Kami akui Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sempurna bagi kami. Engkaulah tempat kami bergantung harap. Engkaulah tempat kami mengadu nasib. Engkaulah juga tempat kami memohon lindungan dari segala kejahatan dan kehebatan dugaan dunia.
PELIHARALAH KAMI TUHAN AR-RAHMAN...



Tinta kasih hamba yang terluka.(Has)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...