بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Wednesday, 28 December 2011

Sifat WANITA disebalik alis mata

Saya ingin berkongsi bersama dengan anda semua rahsia disebalik Alis mata. Tidak semuanya boleh dipercayai seratus peratus. Yang baik kita kekalkan dan yang buruk sama-sama kita perbaiki.
Alis mata yang bersih, berwarna semulajadi dan mempunyai lengkungan yang sederhana.
  • Menunjukkan dia seorang yang ideal untuk dijadikan teman hidup.
  • Dia seorang yang sederhana, tidak terlalu cantik dan tidak terlalu huduh.
  • Dia sentiasa ingin memberikan kebahagiaan dan membantu pasangannya.
  • Dia mempunyai tutur kata yang lembut.
  • Otaknya cerdas.
  • Bersifat agak kelakar.
  • Dia boleh menghiburkan dan menenangkan hati pasangannya.
Alis mata yang bersih, berwarna semulajadi dan mempunyai lengkungan yang tajam.
  • Dia seorang yang mempunyai perasaan ingin tahu yang mendalam.
  • Dia seorang yang suka campur urusan orang lain (busy body).
  • Ada ciri-ciri sombong dan berlagak padanya.
  • Cepat rasa cemburu.
  • Dia seorang yang suka untuk memajukan diri menjadi lebih baik.
  • Mudah menyesuaikan diri.
  • Panjang akal serta pandai menyelesaikan masalah.
  • Mempunyai daya imaginasi yang hebat.
  • Dia suka melakukan perkara-perkara yang baru dan mencabar
Alis tebal
  • Dia sentiasa berhati-hati dalam perbicaraannya (hanya berkata yang perlu saja).
  • Dia seorang pendiam.
  • Dia seorang pendengar yang baik.
  • Sangat setia dan taat pada pasangannya.
  • Dia seorang yang sensitif dan mudah terluka.
  • Silap gaya, dia boleh mengamuk kalau tahap kemarahannya melepasi batasan.
Alis nipis
  • Dia seorang yang keras hati
  • Dia seorang yang banyak cakap (mulut kepoh)
  • Dia suka bercakap apa saja walaupun perkara yang tidak penting
  • Dia seorang yang banyak idea dan aktif
  • Dia seorang yang agak agresif semasa diranjang
  • Dia seorang yang cerewet tapi bijak
  • Dia seorang yang agak garang tapi berpatutan.
Alis yang jarang dan nipis
  • Dia seorang yang sangat keras hati
  • Dia seorang yang mempunyai ego yang tinggi
  • Dia seorang yang perfectionist dan rasa dia seorang saja yang betul
  • Dia susah dengar cakap orang
  • Kalau jadi isteri, dia mungkin lebih cenderung untuk jadi ‘queen control’
  • Dia mempunyai kemahuan yang tinggi dan sentiasa mahukan yang terbaik
Alis yang panjang, bersambung dan berumbai-umbai
  • Dia mempunyai nafsu dan keinginan yang kuat
  • Dia seorang yang suka berdengki dan mudah iri hati
  • Dia mempunyai perwatakan yang mempersona dan menarik perhatian
  • Dia pandai bertutur kata dan agak peramah
Alis yang naik melengkung ke atas
  • Dia seorang yang sangat pandai menyembunyikan perasaannya
  • Dia seorang yang pandai berpura-pura dan berlakon
  • Dia seorang yang panjang akal dan pintar dalam memenuhi kemahuannya
  • Dia pandai menjaga hati dan menyukakan hati pasangannya

    No comments:

    Post a Comment

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...