بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Tuesday, 27 December 2011

Terima kasih Ya Allah kerana menghidupkan islam dihatiku...


Makam Rasulullah s.a.w
video

Kisah tangisan Rasulullah ini kukongsikan bersama. Semoga melalui video ini kita dapat menyiram bunga rindu kita buat Rasulullah s.a.w...

Berterima kasihlah kepada Allah yang telah menghidupkan islam di hati kita. Hanya dengan islam kita dapat merasai ketulusan nabi menyayangi kita. Baginda sangat menyayangi umatnya lebih daripada baginda menyayangi dirinya sendiri. Murninya hati penghulu kita yang masih lagi merindui dan bertanyakan umatnya ketika nafas baginda bakal dipisahkan dari jasad. Sehingga ke akhir hayat, baginda membuktikan cinta baginda terhadap kita.

Kata Rasulullah,"Yang paling mempesona imannya adalah: Mereka yang datang sesudahku ! Mereka beriman kepadaku…. padahal tidak pernah melihat atau berjumpa dengan’ku sebelumnya… Yang paling mempesona imannya mereka yang tiba setelah aku kelak tiada !!! yang membenarkanku tanpa pernah melihatku." 

Sayunya hati membaca bait-bait kata ikhlas dari Rasulullah. Sungguh setianya rasulullah mencintai umatnya. Baginda menunggu saat-saat kehadiran kita disana kelak. Sungguh baginda rasulullah sangat mendambakan pertemuan ini. 

"Ya Allah, dahsyat niat maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." 

Rayuan Rasulullah ketika Allah ingin mengambilnya kembali.
Sehingga ke hembusan nafas terakhir, hanya kita yang berada di jiwa rasulullah
" ummati, ummati, ummati"
"umatku, umatku, umatku"



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...