بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Saturday, 31 December 2011

Tahun baru, mulakan dengan azam baru

Assalamualaikum buat semua sahabat blogku.
Pejam celik pejam celik, kita telahpun melangkah setapak lagi tahun yang penuh dengan cabaran yang mendatang. Sudahkah hati bersedia menempuh dugaan dan cabaran 2012?
Kadangkala terfikir kesukaran dan kelemahan diri pada tahun lepas. Hajat di hati, semoga tahun ini sy sendiri menjadi insan yang lebih berkualiti. Untuk menjadi insan berkualiti pula amat memerlukan jati diri yang teguh. Sebagai hamba Allah, jangan lupa untuk memohon kekuatan daripadaNya kerana apa yang akan berlaku sama ada baik atau buruk adalah dengan kehendakNya juga. Semoga kita semua mendapat keredhaan Allah..Ameen..

Friday, 30 December 2011

Dariku buatmu...

Assalamualaikum sahabat blogku, hurmm...hari ni saya ingin berkongsikan mutiara kata untuk anda semua. Kata-kata indah juga merupakan cara buat anda mendidik hati. Pernahkan anda rasa bersemangat setelah anda memotivasikan diri anda dengan membaca kata-kata mutiara indah? So..lets try..=)


  1. Tuhan jawab doa dalam 3 cara: YA, Dia berikan yang kamu minta; TIDAK, Dia akan beri yang lebih baik; TUNGGU, Dia akan beri yang terbaik. 
  2. Terkadang, cara terbaik untuk mendapatkan perhatian seseorang adalah dengan berhenti memberi perhatian kepada mereka.
  3. Kesepian yang sesungguhnya adalah ketika kamu tidak lagi mampu mendengar suara hatimu sendiri 
  4. Ketika dia yang kamu cinta meninggalkanmu demi orang lain, keringkan air matamu, karena kamu tahu kamu pantas dapatkan yang lebih baik.
  5. Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan
  6. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman
  7. Jika Anda belum matang untuk dikritik, berarti Anda terlalu muda untuk dipuji.
  8. Tuhan memberikan ujian berupa kegagalan dan kehilangan kepada kita untuk mengajarkan hikmah kepada kita
  9. Jangan menghina barang yang kecil karena jarum yang kecil itu kadang2 menumpahkan darah
  10. Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya
  11.  Kita tidak dapat membangun masa depan bagi generasi muda kita, tetapi kita dapat membangun generasi muda kita untuk masa depan
  12. Orang yang luar biasa itu sederhana dalam ucapan, tetapi hebat dalam tindakan.
  13. Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan.
  14. Sungguh indah jika memiliki pemikiran yang baik, tetapi akan menjadi hadiah terindah dengan memiliki hati yang baik
  15. Maut bukanlah kehilangan terbesar dalam hidup. Kehilangan terbesar adalah apa yg mati dalam sanubari sementara kita masih hidup.
  16. Sahabat terbaik: dia yg dpt duduk bersamamu tanpa mengucap sepatah katapun, lalu kmu meninggalkannya dgn perasaan tlah bercakap lama dgnnya
  17. Merenung untuk satu menit, dapat menyelamatkan hidupmu untuk satu hari
  18. Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki diuji dengan wanita.




Thursday, 29 December 2011

Tip merawat hati =)


Hati merupakan anugerah Allah yang paling berharga. Baik hati, maka baiklah seseorang itu. Buruk hati, maka buruklah seseorang itu. Hati perlu dijaga dengan sebaik mungkin kerana hati yang terluka akan menjadikan hidup seseorang merana. Bolehkah memulihkan hati yang luka?? hurmm..sudah tentu ada. Hati mampu dipulihkan dengan pelbagai cara walaupun sebenarnya ia memakan masa. Namun tak salah mencuba tip-tip ini.Here we go..=)
Merawat hati yang luka dengan secepat mungkin adalah penting untuk seseorang yang sedang mengalaminya. Ini adalah untuk mengelakkan daripada terus hidup di dalam tekanan dan mungkin boleh mencetuskan satu tindakan yang diluar kawalan. Sememangnya ia mungkin sesuatu yang agak sukar tetapi ia bukanlah mustahil. Ianya terpulang kepada diri anda sendiri untuk mengawalnya. Terdapat pelbagai cara yang anda boleh gunakan untuk merawat hati yang luka ini. t5 akan menyenaraikan 3 cara mudah yang mungkin dapat membantu anda.
Menangis- Menurut kajian, cara luahan hati atau perasaan yang terbaik adalah denganmenangis. Mungkin anda kelihatan sangat teruk untuk beberapa hari mengikut jenis kekecewaan yang anda alami. Teruskan dengan tangisan anda tetapi pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama. Pasti selepas anda sudah puas menangis akan berlaku perubahan yang ketara di dalam kehidupan anda. Anda seharusnya perlu untuk melakukan sesuatu yang mampu untuk membahagiakan daripada meratapi kesedihan yang dialami.

Luahkan perasaan dengan kenalan yang rapat- Suatu kekecewaan yang dialami tidak seharusnya dipendam, sebaiknya ia perlu diluahkan. Luahkan perasaan terhadap orang yang anda percayai. Jangan pendamkan perasaan sehingga ia mampu untuk mempengaruhi anda melakukan tindakan yang tidak sepatutnya. Menurut kajian terhadap mangsa yang pernah cuba untuk membunuh diri, lebih 80% bersetuju bahawa mereka tidak meluahkan perasaan mereka kepada orang lain. Antara alasan mereka adalah kerana tidak mempunyai mana-mana perhubungan yang rapat dan tidak mahu menyusahkan orang lain. Ia sememangnya satu tindakan yang salah sekiranya anda memendamkan perasaan.
Sibukkan diri- Suatu kesedihan akan terus menjadi teruk sekiranya anda hanya memikirkan mengenai kesedihan itu. Lakukan sesuatu yang mampu untuk mengalih pemikiran anda. Anda juga boleh membuat perancangan untuk masa depan. Adakah anda akan terus menangis untuk jangka masa setahun dari sekarang? pasti tidak bukan. Lebih baik anda memikirkan mengenai perancangan yang sepatutnya dilakukan daripada memikirkan mengenai kesedihan yang telah dialami. Tinggalkan kesedihan yang dialami dan jadikannya sabagai pencetus motivasi untuk anda terus berjaya pada masa akan datang.
-Bagi individu yang terluka, rawat luka anda segera. Jangan menunggu masa ia sembuh sendiri. Sebaliknya perlu usaha untuk menompokkan kembali gembira pada duka yang lama..=)

37 fakta menarik mengenai lelaki


Sebagai wanita, semestinya anda ingin tahu sifat-sifat yang perempuan yang lelaki tidak gemar. Memang semua wanita itu tidak sempurna kerana kesempurnaan abadi hanya milik Allah. Tetapi tak salah untuk kita cuba jadi sempurnakan? =)

  1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.
  2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.
  3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.
  4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.
  5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.
  6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.
  7. Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.
  8. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.
  9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.
  10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.
  11. Lelaki juga akan menangis.
  12. Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.
  13. Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.
  14. Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.
  15. Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.
  16. Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’
  17. Lelaki amat sayang ibu mereka.
  18. Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.
  19. Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.
  20. Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.
  21. Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.
  22. Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.
  23. Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.
  24. Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.
  25. Lelaki lebih banyak berfikir.
  26. Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.
  27. Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.
  28. Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.
  29. Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.
  30. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.
  31. Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.
  32. Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.
  33. Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.
  34. Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.
  35. Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.
  36. Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.
  37. Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.
So, wanita-wanita di luar sana. sekarang anda sudah tahu bagaimana sifat-sifat yang perlu kita ada untuk menyenangi hati lelaki terutamanya bakal menjadi suami kita kelak. 
Kalau ada penambahan atau sebarang ketidakpuasan, sila2 tinggalkan komen ye..=)

Wanita solehah mengatasi paras rupa

Sabda Rasulullah s.a.w
" Dunia itu adalah kenikmatan dan sebaik-baik kenikmatan dunia adalah wanita yang solehah."Riwayat muslim Kitaab Al-Ridha.

Sebagai wanita yang diletakkan darjat yang terbaik disisi Allah, kita haruslah mempunyai nilai-nilai yang terpuji dalam diri supaya status kita disisi Allah adalah bersesuaian dan layak untuk kita bergelar wanita solehah. Wanita perlu bersyukur kehadrat Allah kerana kita diciptakan sebagai seorang wanita dimana kitalah individu yang senang untuk menuju kejalan syurga, namun harus diingat, wanita jugalah antara individu yang paling ramai menghuni neraka. Nauzubillahi minzalik. Untuk memastikan nama kita tertulis sebagai antara yang layak menjejakkan kaki di Syurga Allah yang terindah, maka kita perlu persiapkan diri kita dengan sebaiknya. InsyaAllah, perbuatan baik yang kita lakukan akan dibalas baik oleh Allah yang bersifat Al-Hakim, maha adil.

saya ingin berkongsikan kata-kata indah buat anda semua yang bergelara HAWA. Ia dipetik dari sebuah blog kesukaan saya iaitu: http://www.dariwanitauntukwanita.com/?lang=my&id=2&mnu=2&page=3

Wanita yang beragama sentiasa mentaati ALLAH dan Rasul-NYA. Menjaga maruah diri dan ibu bapa, menundukkan pandangan di hadapan lelaki yang bukan mahram, berusaha menuntut ilmu, memahami dan mengamalkan apa yang difahaminya. Sentiasa bertaubat dan mendekatkan diri kepada ALLAH dengan melakukan pelbagai amalan wajib dan sunat.

Wanita yang terdidik dengan agama akan sentiasa memastikan dirinya bersih, kemas dan cantik. Ini kerana agama memerintahkan dia melakukan demikian. Semua itu dilakukan ikhlas kerana ALLAH berserta keyakinan bahawa dia akan dibalas dengan pahala di sisi TUHANnya.

Dia sentiasa memelihara diri dan menutup aurat dari pandangan lelaki yang bukan mahram. Percakapan yang lembut dan tepat seringkali menjadikan dirinya disukai dan disayangi oleh sesiapa sahaja yang mengenalinya. Masa yang terluang sentiasa dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah dan demi kebaikan diri serta agama.


Mentaati Ibu Bapa

Kedua-dua ibu bapa ditaati dengan sepenuh hati sebagai memenuhi perintah ALLAH agar berbuat baik kepada mereka dalam perkara makruf. Dia tidak pernah meninggikan suara jauh sekali menyakiti hati kedua-duanya. Ini bersesuaian dengan perintah ALLAH yang berbunyi:

“Dan TUHANmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan pada-NYA semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik terhadap ibu bapa. Jika salah seorang dari kedua-duanya atau kedua-duanya sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan-MU, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ah" dan janganlah engkau menengking dan menyergah mereka. Tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (mereka, dengan berkata): Wahai TUHANku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang dalam memelihara dan mendidikku semasa kecil." – Surah al-Israak: 23 – 24.

Redha dan Syukur dengan Apa yang Ada

Harta benda bukanlah matlamat utama hidupnya. Jika dia diberikan kekayaan, dia bersyukur dan tidak sombong. Malah seboleh mungkin melakukan kebajikan dengan bersedekah kepada yang kurang upaya. Sebaliknya jika dia ditakdirkan miskin, dia juga bersyukur dan bersabar. Dirinya sentiasa sedar bahawa di luar sana masih ramai yang diuji dengan kemiskinan yang lebih dahsyat daripada apa yang dialaminya. Segala yang ditentukan oleh ALLAH buat dirinya diterima dengan penuh redha. Yakin bahawa setiap sesuatu yang telah ditentukan oleh ALLAH ke atasnya adalah baik untuk kehidupan dunia dan agamanya.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sungguh mengkagumkan sifat orang mukmin. Apa sahaja keadaannya pasti baik. Ia tidak pernah dialami oleh sesiapa pun melainkan orang mukmin. Jika dia senang, dia bersyukur dan ia baik untuk dirinya. Dan jika dia susah dia bersabar dan itu baik untuk dirinya.” – Riwayat Muslim.

Dia juga sentiasa mengikut teladan wanita-wanita pada zaman sahabat dan salafussoleh. Mereka berjaya melahir dan mendidik generasi yang bijak pandai. Antaranya, dengan mencontohi Fatimah binti Muhammad r.a yang sabar menghadapi kemiskinan, mencontohi Ummul Mukminin Aisyah binti Abu Bakar r.a dalam kebijaksanaan dan kecintaan kepada ilmu, mencontohi Ummu Sulaim binti Milhan r.a dalam kecintaan dan kesetiaan kepada suami dan kejayaan mendidik, mencontohi Asma bin Abu Bakar r.a dalam semangat yang kental dan ketabahan menghadapi pelbagai ujian hidup.

Wanita Solehah Adalah untuk Lelaki Mukmin

Oleh itu, adalah tidak wajar bagi seorang mukmin sejati melupakan kesemua ciri wanita solehah ini dalam memilih pasangan lalu menilai semata-mata dari sudut paras rupa yang menarik tetapi buruk akhlaknya. Ini amat merugikan suami dan rumah tangga muslim yang bakal dibina.

Segala ciri di atas menggambarkan betapa indahnya sifat wanita solehah. Dan alangkah bahagianya lelaki yang memiliki hati wanita ini. Keindahan ini tidak dapat ditandingi oleh mana-mana ratu cantik dunia. Sekalipun pada pandangan manusia lain dia tidak memiliki paras yang cantik.

Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:

“(Kebiasaannya) wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat. Lelaki-lelaki yang jahat juga adalah untuk wanita-wanita yang jahat. Dan sebaliknya wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik serta lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik.” – Surah al-Nur: 26.

          Walau bagaimanapun, ini bukanlah bermakna agama melarang sama sekali seseorang itu memilih calon isteri yang cantik paras rupanya. Tiada siapa menafikan bahawa paras rupa yang menarik boleh menambahkan lagi keinginan seorang lelaki untuk menikahi seorang wanita. Ini merupakan fitrah dan diperakui oleh agama.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Apabila salah seorang kamu meminang seorang wanita sekiranya dia dapat melihat wanita itu, dia hendaklah melihatnya agar bertambah keinginannya untuk berkahwin.” – Riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Bazzar. Disahihkan oleh al-Hakim dan Ibn Hibban.

Juga berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:

“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara. Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Oleh itu, pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beruntung.” – Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Paras Rupa Bukanlah Segala-galanya

Namun, apa yang dilarang ialah sikap seorang lelaki mukmin yang mengabaikan pemilihan isteri dari sudut agama kerana mengutamakan rupa paras. Sehinggakan sanggup memilih wanita yang tidak berakhlak semata-mata kerana kecantikannya. Dan mengabaikan wanita mukminah lain yang lebih baik dari segi akhlak.

Ini bersesuaian dengan firman ALLAH yang menyebut bahawa seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik untuk dijadikan pasangan hidup berbanding wanita musyrik. Walaupun rupa paras wanita musyrik itu lebih menawan hati lelaki mukmin.

Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:

"Sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu." – Surah al-Baqarah: 221.

Isteri Adalah Pemimpin di Rumah Suami

Wanita yang beragama berupaya mendidik anak-anaknya dengan sempurna. Dia tahu dan sedar bahawa dirinya adalah ketua di rumah suaminya. Bertanggungjawab dalam memastikan anak-anak diberikan didikan agama yang secukupnya. Oleh itu, dia sentiasa memastikan anak-anaknya membesar dengan sempurna dari segi rohani dan jasmani. Jadi, suami yang meninggalkan anak-anaknya bersama isteri kerana mencari rezeki tidak akan bimbang kerana dia sedar bahawa isteri solehah lagi beragama yang dipilihnya itu berupaya menjaga dan mendidik anaknya dengan amanah sepanjang ketiadaannya di rumah.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap orang akan ditanya terhadap apa yang dipimpinnya. Seorang imam adalah pemimpin dan akan ditanya terhadap apa yang dipimpinnya. Seorang suami adalah pemimpin keluarganya dan akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya. Wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya tentang orang yang dipimpinnya. Setiap seorang kamu adalah pemimpin dan akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya.” – Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Paling baik ialah memilih wanita yang mempunyai kedua-dua ciri yang dinyatakan di atas, iaitu cantik dan beragama. Perlulah berupaya menjaga maruah diri dan suami, menggembirakan hati suami, membina keluarga Islam yang harmoni dan membimbing keluarga menuju ALLAH. Namun, jika seorang lelaki berada dalam keadaan di mana dia perlu memilih salah satu daripada di atas, dia hendaklah mengutamakan agama.

Mendidik Isteri Tentang Agama

Mungkin ada di kalangan muslimin yang mengatakan bahawa dia berupaya memberikan didikan agama yang secukupnya kepada bakal isterinya kelak setelah berumah tangga. Lalu memandang remeh usaha mencari wanita yang beragama sebagai calon isteri. Tetapi, tidak ramai yang sedar bahawa bukan mudah mendidik isteri tentang agama dari mula sehingga dia benar-benar faham agama keseluruhannya. Usaha mendidik anak mungkin terbantut kerana isteri itu sendiri masih belum mendalaminya. Ini merumitkan lagi tugas suami kerana terpaksa menghabiskan tenaga yang banyak dalam mencari nafkah, mendidik isteri dan memastikan anak-anak membesar dengan agama yang sempurna.

Sebaliknya, isteri yang telah pun faham dan mengamalkan tuntutan agama dengan baik akan memudahkan tugas suami. Bukan sahaja meringankan beban suami dengan memberikan pelbagai pandangan yang bernas untuk kebaikan rumah tangga, malah anak-anak juga membesar dengan didikan agama yang sempurna. Dan suami tadi tidak perlu lagi memikirkan cara mendidik isteri kerana dia sendiri telah pun faham segala tuntutan agama lalu menerapkannya kepada anak-anak dan rumah tangga.

Paras Rupa, Harta Benda dan Kedudukan Tidak Kekal

Kecantikan paras rupa, harta benda dan darjat keturunan tidak akan berkekalan. Namun, kebaikan dan akhlak yang mulia akan kekal selagi hayat dikandung badan. Sehinggalah ia membawa pelakunya ke syurga.

Antara kelebihan wanita solehah ialah akan sentiasa menghiburkan hati suami, redha dan menghargai pemberian suami serta sanggup bersama suami sama ada ketika susah mahupun senang. Ini kerana, agama menuntut dia melakukan demikian.

Sabda Rasululah s.a.w:

“Tidak boleh bagi seorang manusia bersujud kepada manusia lain. Sekiranya perbuatan sujud seorang manusia kepada manusia lain ini baik, nescaya aku akan perintahkan wanita sujud kepada suaminya kerana hak suami ke atasnya terlalu besar.” – Hadis tsabit riwayat Ahmad dan al-Bazzar.

Sebuah riwayat menceritakan:

“Seorang wanita datang kepada Rasulullah s.a.w kerana hajat tertentu. Apabila selesai, Rasulullah s.a.w bertanya: Adakah kamu mempunyai suami? Dia menjawab: Ya. Sabda baginda: Bagaimanakah kamu dengan dia? Dia menjawab: Aku tidak melalaikan haknya melainkan jika melibatkan apa yang tidak mampu kulakukan. Sabda baginda: Kamu perlu lihat keadaan kamu daripadanya. Sesungguhnya dia adalah syurga dan neraka kamu.” – Riwayat Ahmad dan al-Nasaai dengan sanad yang baik.

Wanita solehah memahami hak suami. Dia berusaha menunaikan semua hak itu semata-mata kerana mengharapkan redha ALLAH. Apa sahaja masalah rumah tangga yang dihadapinya akan ditangani secara baik dan terbuka. Dia juga bersedia menerima segala sikap baik dan buruk suami. Serta memohon petunjuk ALLAH agar dipermudahkan segala masalah yang dihadapinya ketika melayari hidup berumah tangga. Dia tidak akan sekali-kali membuka rahsia suami kepada orang lain terutamanya yang melibatkan rahsia di tempat tidur mereka.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesungguhnya seburuk-buruk kedudukan manusia di sisi ALLAH pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang mendatangi isterinya dan isteri yang mendatanginya, lalu salah seorang mereka mendedahkan rahsia pasangannya.” – Riwayat Muslim. 

Mereka sentiasa gembira dan ikhlas menjalankan tugas sebagai isteri semata-mata kerana ALLAH dan yakin terhadap sabda Rasulullah s.a.w bahawa seorang wanita yang melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, menjaga kemaluan dan mentaati suami, dia boleh masuk syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya. (Hadis sahih riwayat Ahmad dan al-Tobrani).

Oleh itu, segala perintah agama dilaksanakan sepenuh hati semata-mata kerana ALLAH. Muslimah yang baik sentiasa memahami bahawa ketaatan yang diberikan kepada suami adalah sebagai melaksanakan perintah ALLAH. Setelah itu dia akan diberikan pahala yang tidak terhingga banyaknya. Keengganannya berbuat demikian mengundang laknat dan kemurkaan ALLAH.

Tidak Menolak Permintaan Suami

Wanita solehah tidak akan sekali-kali mengabaikan permintaan suaminya di tempat tidur. Dia sentasa berwaspada terhadap sabda Rasulullah s.a.w yang menyebut:

“Demi yang jiwaku di tangan-NYA, mana-mana suami yang memanggil isteri di tempat tidur, lalu isteri itu enggan memenuhinya, maka segala yang ada di langit dan bumi akan murka terhadapnya sehinggalah suaminya redha kepadanya.” – Riwayat Muslim.

Dia juga memahami bahawa permintaan suaminya itu wajib dipenuhi segera dan tidak boleh ditangguhkan walaupun ketika itu dia sedang sibuk di dapur atau berada di atas kenderaan.

Permintaan yang ditunaikan itu dapat menjaga dan membantu suaminya menghindari segala bisikan dan runtunan syahwat yang  melanda fikirannya. Dan menenangkan jiwa suaminya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim Nabi s.a.w bersabda:

“Apabila salah seorang kamu tertawan dengan seorang wanita dan hal itu berbekas dalam hatinya, dia hendaklah segera mendapatkan isteri dan menggaulinya. Sesungguhnya itu akan membuang segala perasaan yang ada dalam dirinya.” - Riwayat Muslim.

Hal ini amat berbeza sekali dengan wanita yang tidak memahami tuntutan agama. Mereka sewenang-wenangnya menolak permintaan suami dan menganggap perbuatan itu tidak mendatangkan sebarang dosa. Mereka sewenang-wenangnya memberi alasan penat atau sebagainya. Amaran dan ancaman laknat ALLAH dan malaikat terhadap perbuatan itu langsung tidak berbekas dalam hatinya.

Wanita solehah yang memahami kewajipan itu akan berusaha sebaik mungkin menjalankan tanggungjawabnya. Sepenat manapun, dia akan berusaha menunaikan segala permintaan suami. Ini kerana, redha ALLAH kepadanya terletak pada redha suami terhadap dirinya.


Menjaga Batas Pergaulan

Isteri solehah sentiasa memelihara auratnya ketika berurusan dengan lelaki yang bukan mahram. Cara percakapan dan akhlak sentiasa diawasi agar tidak melanggar batasan syarak. Dia tidak bercakap melainkan perkara yang baik. Jauh sekali mengumpat dan mengeji orang lain. Larangan mengumpat, menghina dan mengejek orang lain yang dinyatakan dengan jelas oleh al-Quran dan sunnah sentiasa terpahat dalam hatinya.

Isteri solehah membimbing dan menasihati suami dalam melakukan apa yang terbaik untuk agama dan rumah tangga. Juga memberikan pandangan yang bernas terhadap dakwah dan kerjaya suami. Wanita pertama yang menjadi contoh terbaik dalam hal ini ialah Khadijah binti Khuwailid, isteri pertama Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan orang pertama yang beriman, membenarkan, menyokong, berkoran jiwa dan raga serta sentiasa bersama baginda di saat-saat sukar baginda dalam menyampaikan dakwah.

Segala kebaikan, sokongan dan pengorbanan beliau ini mendapat pengiktirafan dan penghargaan daripada ALLAH S.W.T. Sehinggakan ALLAH dan Jibril berkirim salam kepada beliau dan menjanjikan sebuah mahligai untuknya di syurga kelak. Hal itu adalah penghargaan ALLAH terhadap segala kebaikan, layanan dan pengorbanannya buat suami tercinta.

Abu Hurairah menceritakan ketika saat wahyu mula-mula turun di mana baginda selalu bertahannuts di Gua Hirak:

“Jibril mendatangi Nabi s.a.w lalu berkata: Wahai Rasulullah, ini Khadijah telah mendatangimu. Bersamanya ada bekas yang berisi lauk, makanan atau minuman. Apabila dia mendatangi kamu, maka sampaikanlah kepadanya salam TUHANnya dan daripadaku dan berilah khabar gembira kepadanya tentang sebuah mahligai di dalam syurga yang dibina daripada emas. Tidak ada kesusahan dan keletihan di dalamnya.” – Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Sentiasa Bersih dan Kemas

Wanita solehah telah dididik oleh keluarga yang beragama. Dia cintakan ilmu pengetahuan dan sentiasa bersedia menghadapi apa juga cabaran hidup. Dia akan sentiasa menguruskan rumah tangga mengikut apa yang dipelajari dan dididik kepadanya sejak kecil. Menjaga akidah, amal ibadah, solat, puasa dan memastikan seluruh anggota keluarganya mentaati perintah agama. Dia juga sentiasa berhias untuk suaminya dan memastikan dirinya sentiasa kemas, bersih dan harum ketika berada di hadapan suami.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Antara punca kebahagiaan anak Adam ialah memiliki isteri yang solehah, tempat tinggal yang selesa dan kenderaan yang baik. Antara punca kecelakaan anak Adam ialah isteri yang jahat, rumah yang tidak selesa dan kenderaan yang tidak elok.” – Riwayat Ahmad melalui para perawi yang sahih.

          Wanita solehah hanya berhias dan mempamirkan kecantikannya hanya untuk suaminya. Dia tidak mempamerkan di hadapan suami melainkan apa yang cantik dan wangi. Dalam sebuah riwayat diceritakan:

“Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita. Baginda menjawab: Yang menyukakan kamu apabila memandangnya. Apabila disuruh, dia patuh, menjaga rahsiamu dengan baik dan menjaga harta kamu.” – Riwayat Ahmad dan selainnya dan dihasankan oleh al-Albani.

Malang sekali ramai di kalangan wanita memandang remeh perkara ini. Mereka salah faham lalu mempamerkan diri di hadapan suami dalam keadaan kusut masai, berbau, pakaian compang-camping dan sebagainya. Lebih buruk lagi ada yang hanya berkemban sepanjang berada di rumah.

Sebaliknya apabila hendak keluar rumah, mereka berhias secantik mungkin untuk dipamirkan kepada lelaki yang tidak berhak melihatnya. Ini bukan sahaja tidak wajar, malah mengundang dosa besar dan musibah terhadap keharmonian rumah tangga muslim. 

Maklumat yang mungkin anda tidak tahu

1.Nama paling popular dan banyak digunakan di dunia adalah Muhammad.
2. Ikan yu kehilangan gigi lebih dari 6000 batang setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam masa 24 jam sahaja
3. Julius Caesar tewas dengan 23 tikaman
4. Nama kereta Nissan berasal dari bahasa jepun Ni : 2 dan San : 3. Nissan : 23
5. Zirafah dan tikus boleh bertahan hidup lebih lama tanpa air daripada unta
6. Seorang lelaki lebih mampu membaca tulisan dengan ukuran huruf kecil daripada wanita
7. 98% dari perkosaan dan pembunuhan dilakukan oleh keluarga dekat atau teman si mangsa.
8. Semut dapat mengangkat beban 50 kali tubuhnya
9. Pada tahun 1933, watak animasi Mickey Mouse menerima 800,000 surat dari peminat.

10. Titik diatas huruf i disebut ‘title’
11. Sebutir kismis yang dijatuhkan kedalam gelas berisi champagne segar akan bergerak naik turun dalam gelas
12. Benjamin Franklin adalah anak bongsu dari orang tua bongsu keturunan ke 5 dalam keluarga bongsu.
13. Triskaidekaphobia adalah ketakutan pada 13. Paraskevidekatriaphobia adalah ketakukan pada 13 haribulan jumaat (Friday the 13, terjadi antara 1-3 kali setahun).
14. Lidah zirafah panjangnya sekitar 50cm
15. Mulut menghasilkan 1 liter air liur setiap hari
16. Kita bernafas kira-kira 23,000 kali setiap hari
17. Kod Zip (Poskod) adalah kepanjangan dari ‘Zoning Improvement Plan’.
18. Coca-Cola mengandung Coca (yang merupakan zat aktif pada kokain) dari tahun 1885 sampai 1903.
19. Rata-rata kita menuturkan 5000 perkataan setiap hari (walaupun 80% dari padanya kita bercakap pada diri sendiri)
20. Seandainya kuota air dalam tubuh kita berkurang 1%, kita terus merasa haus,

Perwatakan melalui buah-buahan kegemaran

Sebenarnya saya juga tak tahu, buah-buahan kegemaran kita sebenarnya mencirikan sifat kita. Saya terbaca satu article yang mendalami sifat kita melalui buah kegemaran. Hurmm, anda nak tahu apakah sifat anda melalui buah-buahan kegemaran anda? Here we share..=)


1-JENIS LIMAU… Contohnya seperti oren,lemon,limau nipis dan limau bali. 
Kamu cenderung kpd warna2 cerah dan gemarkan sesuatu yg mencabar.Rakan2 kamu pula gemar merujuk sesuatu perkara mahupun masalah kpd kamu.Ini krn kamu sendiri mempunyai kemampuan dan kebolehan yg unik sehingga rakan2 kamu yakin dgn nasihat dan pandangan kamu itu. 
Orang luar sukar utk menilai dan mengenal diri kamu yg sebenarnya.Mungkin mereka boleh mengenali kamu dgn lebih rapat,namun ianya memakan masa yg agak lama.Kadangkala kamu hanya memperuntukan masa yg singkat utk bersendiri.Kamu gemar berehat dan bersendiri hanya utk tempoh seketika.Rakan kamu akan berasa senang dan tenang bila meluangkan masa dgn kamu.Kamu tergolong antara individu yg gemar bergembira dan menggunakan waktu yg terluang itu dgn sebaik mungkin melakukan perkara2 yg menyeronokkan kamu… 

2-BUAH-BUAHAN TROPIKA… 
Contohnya seperti pisang,betik,jambu,kiwi dan nenas. 
Kamu sukakan pengalaman2 yg baru.Kamu gemar mencuba pelbagai jenis buah2an dengan pelbagai perisa sebanyak dan sekerap yg boleh.Orang di sekeliling kamu selalu menghadapi masalah dengan kamu krn cara hidup kamu yg terlalu aktif.Kamu tidak sukakan sesuatu yg melibatkan kesakitan pada emosi kamu.Kebiasaannya pasangan kamu terdiri dari individu yg tenang berbanding kamu dan semestinya si dia menerima kamu seadanya.Kamu gemar meluangkan masa dengan individu yg sememangnya akrab dengan kamu.Teman2 beranggapan diri kamu seorg yg mudah di dekati dan gemar berseronok. 
Hakikatnya kamu ada pendirian yg tersendiri.Kamu tidak suka menunjukkan perasaan sedih pada org sekeliling.Simbol kamu itu melambangkan kamu seorg yg suka mengambil berat dan gemar berseronok… 

3-JENIS BUAH LADANG… 
Contohnya seperti epal dan pear. 
Kata kunci disini ialah kekuatan.Kamu bukan sahaja kuat pada diri sendiri tetapi kamu juga mampu menjadi tunjang kekuatan oleh individu yg berada di sekeliling kamu.Ini kerana kamu bijak membebaskan diri kamu dari tekanan hidup dan kamu sendiri tidak mudah mengalah.Sikap pentingkan diri sendiri tidak terkandung dalam keperibadian diri kamu. 
Kamu juga lebih cenderung berdiri atas kaki sendiri.Kamu tidak bergantung harapan kpd individu lain utk hidup.Ramai yg beranggapan kamu adalah seorg yg berpengetahuan luas dan itulah hakikatnya.Kamu gemar mencari ilmu dan berusaha melakukan sesuatu yg terbaik dalam kehidupan kamu berdasarkan pengetahuan yg kamu miliki itu.Kejayaan pasti menyebelahi kamu dlm setiap perkara yg kamu lakukan… 


4-JENIS TEMBIKAI… 
Contohnya seperti tembikai dan tembikai susu. 
Seseorg yg murah hati dan gemar menghulurkan bantuan bagi yg memerlukan.Bagi diri kamu,wujudnya kepuasan apabila kamu berjaya membantu org lain. 
Kamu berhati2 dalam memilih tumbuh2an yg ingin di tanam di sekitar tempat tinggal kamu.Kamu memiliki ramai teman rapat,ini krn kamu memiliki keperibadian yg romantic.Kamu berusaha gigih bagi mengatasi kegagalan dan kekecewaan dlm hidup.Kamu melambangkan diri kamu sebagai individu yg berhati2… 

5-BUAH-BUAHAN JENIS CERI… 
Contohnya seperti blackberi,blueberi,strawberi,raspberi,cranberi,anggur dan tomato. 
Kamu gemarkan party dan keseronokkan.Kamu suka menggembirakan org lain.Kamu juga mudah dapat teman baru kerana kamu adalah seorg yg peramah.Kamu akan berusaha melakukan apa sahaja utk menjadikan sesiapa sahaja sbgai teman biarpun dengan cara yg amat pelik.Kamu bercitarasa unik.Hinggakan makanan yg menjadi pilihan kamu juga adalah terdiri daripada makanan2 yg berperasa lain dari yg lain. 
Personaliti kamu sukar dinilai kerana wujudnya kepelbagaian personaliti dalam diri kamu sendiri.Walau bagaimanapun ,keseluruhan personality kamu itu saling berkait rapat dan sekali gus menonjolkan diri kamu yg unik dan memiliki keistimewaan yg tersendiri.Simbol kamu melambangkan kamu seorg yg berpersonaliti… 

6-JENIS KEKACANG… 
Contohnya seperti walnut,hazel,gajus dan lain-lain. 
Kamu ini “moody” lah!!Kadangkala mood kamu berubah2 tanpa sebarang sebab.Ketegasan adalah lambang keperibadian diri kamu.Sekiranya kamu yakin kamu berpihak di pihak yg benar,kamu pasti berdegil dengan pendirian kamu itu.Orang yg berada di sekeliling kamu juga akan sentiasa bersikap lebih berhati2 kerana kedegilan kamu itu.Dalam percintaan kamu adalah individu yg setia.Kamu sanggup mengenepikan teman2 kamu hanya kerana ingin meluangkan masa bersama kekasih hati kamu. 
Untuk mengenali kamu,individu itu perlu memperuntukkan waktu yg agak lama bagi memahami dan mengenali kamu dgn lebih dekat.W/bagaimanapun kesabaran dan kesungguhan individu itu pasti akan berhasil juga akhirnya.Simbol kamu ini membuktikan kamu adalah seorg yg berpendirian...

7-BUAH-BUAHAN JENIS LABU… 
Contohnya kundur. 
Kamu berpandangan jauh.Bagi diri kamu,wujudnya pelbagai perkara yg berlaku di dunia ini dan segala2nya melebihi dari apa yg mampu manusia lihat.Kamu adalah individu yg sering berperasaan curiga.Individu di sekeliling kamu seakan terkejut dengan pengetahuan yg kamu miliki.Boleh dikatakan setiap persoalan yg kamu mampu huraikan akan menjadi satu kejutan terhadap teman2 sekeliling kamu.Teman2 kamu akan bergantung pada kamu dan sikap ambil berat kamu itu pasti di hargai.Tekanan kerja yg kamu alami akan mendukacitakan kamu,tetapi lama kelamaan semangat kamu akan kembali pulih malah kamu lebih bersedia dlm menangani cabaran2 mendatang.Kamu cenderung pada warna2 yg pelbagai.Kamu melambangkan diri kamu seorg yg bersopan santun dan memiliki hati yg lembut…


Sifat yang terpuji, dikekalkan dan yang rasa tak elok tu cuba-cuba kita lunturkan.
kalau suka boleh like and share..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...