بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Monday, 2 January 2012

Kerana ku wanita, ingin dicintai secara lembut

assalamualaikum buat pengunjung blogku. Hurmm, kadang-kadang bila tibanya waktu petang, suka bg saya untuk melihat pemandangan ciptaan Allah yang unik. Kenapa saya katakan ia unik? Kerana ia memberi rasa tenang yang tak boleh diungkap. Kadangkala jiwa terleka seketika, imaginasi terbang mencecah ke awan memikirkan seorang Adam yang akan menghiasi rumahtanggaku nanti. Diri ini wanita biasa yang kadangkala terleka diulit impian yang menggunung.

Jiwa ini menginginkan seorang Adam, pemilik rusukku suatu hari nanti menyayangiku dengan lembut. Menyintaiku dan menyintai keluargaku dengan penuh ikhlas. Membimbingku menuju redha Ilahi. Kerana dia pembimbingku dikala susah dan senang. Semua wanita yang ada di dunia ini menginginkan seorang suami yang baik disisi mereka, peneman hidup mereka. Sama seperti saya, selalu membayangi kehadiran suami yang penuh dengan sifat kasih-sayang dan sifat romantisnya.

Saya menginginkan sebuah keluarga yang bahagia. Ditemani oleh seorang suami yang menghiburkan juga ditemani oleh anak-anak yang cukup membahagiakan hati. Menginginkan seorang suami yang perginya dengan senyuman dan pulangnya dengan senyuman. Memahami saya dan anak-anak seadanya. Waktu petang beriadah bersama,keluar memancing dan berbasikal bersama. Waktu malam pula solat  berjemaah bersama. Makan malam pula bersama dihiasi dengan celoteh anak-anak yang menceritakan kisah mereka bersama rakan-rakan. Saya hanya memerlukan seorang adam yang sederhana dan tidak mencapai tahap yang hampir sempurna kerana diri ini tercipta untuknya demi menampung kesederhanaan, bukan menampung sebuah kesempurnaan.

Tidaklah sukar mencari kekasih, tetapi amat sukar untuk mencari teman hidup. Saya bukanlah mencari kekasih, sebaliknya mencari seorang suami yang mencintai segala kekurangan diri.
Pesananku buat adam yang masih kabur menuju kearahku,  cintailah diri ini dengan kekurangan dan sayangilah diri ini dengan kekurangan...Kerana hati takut, jika dirimu menyintaiku dengan sepenuh kecintaan, engkau tidak mampu lagi menyayangiku dengan penuh kasih sayang, dikala diri ini diuji dengan ketidaksempurnaan, tidak lagi seperti yang engkau idamkan.

Ya Allah, Kau pertemukanlah diri ini dengan seseorang yang menyintaiku dengan kekurangan, tetapi menyintaiMu dengan sepenuh perhatian.Ameen...

ps: cerpen kegemaranku di link ni: http://seheningkotamelbourne.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...