بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Wednesday, 11 January 2012

Its all about my dream

assalamualaikum w.b.t

Hurmm..Terasa ingin berkongsi sedikit impian saya yang telah lama saya impikan selama ini. Siapa suka buat biskut? Hehehe..Mesti ramai wanita-wanita di luar sana yang suka membuat biskut untuk keluarga andakan. Takpun untuk diri sendiri. Sama juga seperti saya. Saya memang gemar membuat biskut. Tambah-tambah biskut raya. Suatu hari nanti, bila saya dah ada anak sendiri, saya nak buat biskut dengan anak-anak saya yang tomel2 lagi. Ikut ayah dia la tu tomel, sebab saya tak tomelpun. Hihi.

Best jugak tau, buat biskut bersama dengan anak-anak untuk minum petang, sambil menunggu suami pulang kerja. Hurmm, kalau buat biskut dengan anak-anak memang meriah la jadinya. Kalau acuan tak melekat di rambut ibunya ni memang tak sah la. =) Apapun, ini juga salah satu acuan keluarga yang bahagia dan cara saya untuk mendekatkan diri dengan anak-anak saya nanti. Buat biskut sama-sama dan last sekali, tunggu suami pulang kerja dan minum petang sama-sama.

Sekarang ni, saya nak belajar pula cara-cara buat biskut yang pelbagai jenis dan berbentuk cute. Hurmm, sebab, saya nak bila suami dan anak-anak saya tengok biskut yang berbentuk cute, mereka akan rasa nak makan banyak je. Barulah saya rasa bersemangat nak buat biskut lagi. =)


Hurmm, biskut cute macam ni, bukan anak dan suami je makan banyak, ibupun rasa nak makan banyaaaaaaaakkkkkkk jugak...ahakz! Boleh jugak anak-anak saya bawak biskut ni ke sekolah. And than mesti kawan mereka tanya, " siapa yang buat biskut ni?" My son  mesti jawab, " saya dengan ibu saya yang buat." =) alala...Sweetnya anak ibu...


Wanita-wanita diluar sana mesti mempunyai impian seperti sayakan. Hurmm...So, hari ni saya juga mahu berkongsikan cara-cara membuat biskut yang cute miut ye. =) Jom cuba buat, InsyaAllah dengan senyuman tentu sedap.

BISKUT TEMBIKAI

Bahan-bahan 
  • 150 gm gula kastor
  • 150 gm mentega
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 320 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder (lain kali kena kurangkan)>>yg ni pun kita kurangkan 
  • 1/8 sudu teh garam
  • sedikit pewarna merah dan hijau
  • paper cups
  • bijan hitam

Cara-cara

Pukul gula dan mentega hingga sebati. Masukkan kuning telur dan susu pekat. Putar lagi hingga rata. Bubuh tepung gandum yang sudah diayak dengan serbuk penaik dan garam. Uli perlahan menjadi doh. Bahagikan kepada 3 bahagian, merah, hijau dan plain. Buatkan bebola kecil dengan doh merah. Canai doh plain nipis2 je..pastu salutkan dengan bebola merah tadi. Canai doh hijau nipis2 gak, kemudian salutkan dengan doh tadi. Buat seperti buah tembikai. 

Simpan sebentar di dalam peti sejuk (supaya mudah memotongnya).
Belah 4 bebola tadi, pastu letak lah bijan hitam sikit dan aturlah dalam paper cups dan barulah diletak di dalam tin pembakar. Bakarlah pada suhu 160 drj celcius selama 20-25 minit atau hingga masak.
Untuk setiap biji kita buat berat anggaran>> Hijau: 15g Putih: 13g Kuning: 10g, Bungkus kuning dulu dan tutup dgn warna putih, seterusnyer hijau, buat sampai habis, gunakan cling wrap utk bungkus setiap bebola.

 Kalau suami dan anak2 makan banyak, ibu letihpun tak pe. =) 
Asalkan ayah dan anak2 suka..=)

Sambung nanti ye..=)








2 comments:

  1. hihi...ngah tak yah tempah2..nty kawen, sruh isteri je buat..=)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...