بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Friday, 6 January 2012

Buat Suami soleh dan isteri solehah



Buat semua isteri: Jadilah penyayang dan romantik, kerana lelaki sebenarnya seperti kucing.
Jika dibelai ia "miang", tetapi bila diancam ia "mencakar."



Suami pula perlu menjadi seorang ayah yang baik, ketua keluarga dan pada masa yang sama mereka perlu menjadi sahabat kepada isteri dan anak-anak mereka. Jadilah seorang suami yang romantik dan penuh dengan sifat kasih sayang. =)


Kadangkala, apa salahnya suami yang ambil alih menidurkan anak-anak. Nampak comel je. Tambah-tambah kalau mereka tertidur sekali dengan anak-anak

opppss, kalau cuti hujung minggu bawak keluarga bercuti apa salahnya. Tak kisah la dekatpun. Hargai keluarga anda.=)

 Winter with my son

Ni baru betul healthy parenting. Seorang suami, merangkap ayah kepada anak-anak perlulah memperuntukkan masa untuk bermain dengan anak-anak. Jadikan anak-anak sahabat karib. Satu darah, satu jiwa dan satu hati. Nampak sangat penyayang! =) i like...



Suami perlu juga mendidik anak-anak berkaitan hal-hal agama. Hurmm..Kalau boleh, ajak anak-anak pergi ke masjid, solat sama-sama. =)

 Tak kiralah anak lelaki ataupun anak perempuan, jadikan mereka kawan baik anda. Cuma apabila anak perempuan sudah dewasa, ada batasan yang perlu dijaga. Tapi anak lelaki, anda boleh teruskan. Tiada sekatan. 

Sebelum tidur, suami juga boleh membacakan cerita-cerita dongeng buat anak-anak mereka. Jadilah seorang guru buat anak-anak. Jangan harapkan guru di sekolah saja ye..=)

Like father like son.
Alalaaa...sweetnya kalau mereka pakai baju sama. Nampak happy sangat. Kalau keluar makan atau keluar membeli-belah, apa salahnya ayah dan anak-anak memakai baju yang sama. Nampak keluarga yang bahagia.


Kalau suami cuba menjadi seorang ketua keluarga yang penyayang barulah anak-anak akan kata,
"Ayah saya best dan sporting. Dialah ayah dan dialah kawan saya." =)

 SAYA SAYANG AYAH...=)



1 comment:

  1. Bagi anak-anak pula, hargailah bapa kita. Setiap urat yang kelihatan timbul di tangannya adalah kerana kerja yang dilakukannya, semata-mata untuk mencari rezeki menyara keluarga. Saya sayang ayah. Hidup akan sepi tanpamu. Ya Allah, kau peliharalah kesihatan ibu bapaku. Berilah kebahagiaan kepada mereka di dunia dan akhirat. Aminn..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...