بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Tuesday, 3 January 2012

Novel: Pilihan Hati (by Hasya Haslinda)

Ni novel pertama yang saya cuba karang. Sila tinggalkan komen supaya saya dapat improve lagi bab-bab seterusnya di dalam novel ini. Semoga terhibur. Tme kasih.



BAB 1

" Aku rasa dah tak larat la nak jejak perempuan ni lagi. Memang dah tak ada harapan untuk aku jumpa dengannya" Dia, wanita pertama yang berjaya mengetuk hatiku untuk mengenal cinta. Tetapi kenapa pula harus aku yang diuji dengan cintanya. Kenapa hanya aku yang perlu merindui gambar ini. Siapakah dia untuk aku cintai sedangkan aku tidak pernah berjumpa dengannya. Aku hanya mengenalinya melalui gambar pastport yang aku terjumpa.Tak logik langsung untuk aku menyintainya. Tapi kenapa hati ini merindui raut wajahnya.Kenapa?

" Kau ni Syakif, cepat sangat putus asa. Mana identitimu sebenar yang tak mudah menyerah. Kau ni pantang maut sebelum ajal."

" Memang la. Aku tau tu. Tapi sekarang aku dah mati dah."

" Aiseyy. Maknanya aku berada di alam ghaib la ni. Bercakap dengan Mohd Syakif Shakliz yang dah meninggal. Uiii, takutnya i." 

" Ambik ni. Aku serius tapi kau main-main pulak ya." Aku membaling pen ke arah Zafril yang sedang enak baring di sofa.

" adoii. Amboi, men kasaq nampak dengan aku." Dah terkeluar Kedahnya. Syakif ni ganggu betul. Aku baru nak merisik mimpi di tengah hari.

" Padan muka. Aku suruh kau datang ke bilik aku untuk selesaikan masalah aku ni. Bukannya datang sini main landing pulak dekat sofa empuk tu."

" Aku tau la bos. Ala, bagi la sikit kebebasan untuk aku parking body aku ni sekejap. Baru dapat idea yang bernas untuk selesaikan masalah engkau tu." Aku tersenyum ke arah Syakif. Dah sah-sah budak ni sawan. Sawan cinta pada perempuan yang tak tahu dari mana asal tuan empunya badan. Tapi kalau dah cinta, Tak dapet den nak nolongnye.

" Banyak la handsome muka kau tu. Sat lagi kalau papa aku mai, hang nak buat pa? Kalau hang dok kat kerusi depan aku ni boleh la cover-cover sikit. Buat-buat bincang pasal projek syarikat kita ni."

" Amboi...Hang skung dah pandai nak menipu papa hang la ni ye."

" Tipu sunat je. Bukannya yang wajib." Dalihku

" Sunat apa. Sunat Muakkad?" Aku suka sangat kenakan Syakif. Sebabnya nak tengok telinganya akan merah kalau dia mula bengang. Hehe, nakalnya. Kesian Syakif.

" Aku ni kan, memang tak makan tengah hari lagi ni. Kalau dapat makan sup mulut kau tu aku rasa kenyang sampai besok ni." Geram dengan sikap Zafril. Tidak pernah serius dalam apapun. Cuma ada satu je masa yang dia memang fokus dan tak boleh nak bercakap dengan orang. Time makan. Memang tak nak bercakap langsung sampai habis dulu makanannya. Baru la aku boleh dengar suara kataknya tu. Hehe.

" Ayottt...Tengok, telinga kau dah kena bakar dah. Berjaya jugak aku memerah padamkan telinga kau yang berdaki tu."

" Haa...Ni memang sah-sah nak kena ngan aku. Kau ingat aku ni kambing ke apa banyak daki dekat telinga. Ni bukan setakat telinga terbakar. Pancreas akupun dah hangit ni." Pantas aku mencapai Patung bear kecil pemberian oleh adik bongsuku Mimi, yang aku letakkan di atas meja bersebelahan frame gambar keluarga, dan membalingnya ke arah Zafril. Sempat jugak dia berlari anak menuju ke pintu. Nasib baik terkena dinding. Kalau kenapun memang confirm tak sakit.

Tiba-tiba pintu dibuka. Terjenguk kepala Encik Syazmie.

"Huishh, kus semangat." Aku menggosok-gosokkan dada. Masin mulut Syakif, anak sulung kepada bosku yang sangat berkaliber dalam membangunkan Gah Holding.

" Amboi, terkejut monkey nampak Zafril. Ni mesti ada apa-apa."

"Errrr...tak ada apa-apalah datuk." Aku melemparkan senyuman kambing kepada datuk. Aishh, aku lebih handsome daripada kambing la.

" Iye la tu. Bukannya saya tak faham kamu dengan Syakif tu. Suka berantam." Aku sangat mengenali Zafril yang terkenal dengan sikapnya yang sempoi dekat pejabat. Semua staf juga menyukainya. Zafril sudah lama bekerja di bawahnya dan dia dengan Syakif pula sudah lama berkawan. Merekapun dah macam adik-beradik.

" Papa...Syakif ingatkan siapa tadi. Kenapa ya papa?" Soalan spontan seperti biasa.

" Papa la ni. Kenapa, Syakif nampak papa macam Hrithik Roshan ke?" Aku saja mengenakan Syakif. Hanya Syakif dan Mimi sahajalah tempat aku bergurau-senda. Aku hanya dikurniakan dua orang anak sahaja walaupun sudah lama mendirikan rumahtangga bersama Maznah. Tapi syukurlah. Kedua-duanya berkualiti. Kuantiti kita tolak tepi dulu.

" Mama kamu tu. Dia telefon papa suruh kita balik rumah makan tengah hari bersama. Dah alang-alang Zafril ada kat sini, jom la kita balik makan tengah hari bersama."

" Eh..Tak apalah datuk. Lagipun saya dah kenyang." Aishhh. Kenapa pula aku jawab macam tu. Sepatutnya aku jawab elok benar la tu datuk. Lagipun memang perut berkeroncong dah ni.

" Eleh...Aku akan jadi orang yang paling confius bila kau tolak rezeki Zafril. Jangan nak mengadalah. Aku tau kau tu perut lori." Aku dan papa tergelak besar. Sempat lagi mengenakan Zafril.

" Dah dah la tu. Jom. Nanti pot pet pot pet pulak mama dekat rumah tu menunggu lama."

" Jom Zafril. Kau jangan nak malu-malu kerbau sangat." Aku mengenyitkan mata pada Zafril. Zafril membontotiku. Malu dengan papa la tu. Alah, malu kejap je mamat ni. Kalau dah makan nanti, kalah orang lain. haha.

" Kau ni kan Syakif, saja nak kenakan aku depan papa kau erk."

" Memangpun, aku nak bakor balik telinga kau tu. yihaa." Bahuku diketuk Zafril.

" Werkk. Siap la kau nanti." Aku memberi ugutan palsu pada Syakif. Beruntung badan. Hari ni dapat makan free.

" Siap tak siap. Kau jangan lupa fikir idea yang bernas macam mana aku nak jejaki perempuan igauan aku tu." Aku mengingatkan Zafril tentang topik yang dibincangkan tadi. Tapi masih tak sudah-sudah.

" Aku tau la. Tapi, izin laluan untuk patik bersantap dulu. Kehkeh."

" iyo la.." Kami berjalan beringan bersama menuju ke kereta.


BAB 2

" Adui mak aii. Aku rasa baik kita rehat kejap dekat mana-mana restoren. Haa..tuu...Aku rasa depan sana ada kedai mamat. Jom."

" Kau ni kan. Macam perempuan. Buat kerja sikit dah letih. Tak bertenaga langsung." Geram dengan Zafril. Baru dua tempat kami survey untuk jejaki perempuan tu. Tapi itu untuk hari ni je lah. Sebelum ni sudah banyak tempat kami pergi semata-mata nak mencari buah hati idaman.

" Amboiii...Sodap mulut kau kata aku perempuan. Ha, elok la kalau kau rasa aku perempuan. Moh la kita ke kedai mamat "Ala-ala Cik Siti Wan Kembang" tu. Pekena Kacip Fatimah berais."

Lenganku ditarik laju oleh Zafril menuju ke warung tersebut. Kami mengambil tempat duduk yang berdekatan dengan televisyen. Sambil menunggu makanan sampai, boleh tengok berita ke, bola ke sekejap. Seorang perempuan datang menghampiri meja makan kami.

" Abe nok oda gapo ni?" Tanya pelayan warung tersebut.

" Hok aloh. Ni bukan ala-ala Cik Siti Wan Kembang. Dah memang sah-sah Cik Siti ni. Ehem-ehem, abe ghassa nok make..."

" Gatal!" Aku memintas percakapan Zafril.

" Kat sini ada menu apa dik?" Aku bertanyakan pelayan tersebut.

" Mace-mace ado abe. Nasi Kerabu, Nasi Dage, Ike Sumbat, Nasi Ayam Percik, Solok Lado, Sup Udang Thai. Budu denga ulepun ado cik."

" Hurm, saya nak nasi Ayam Percik dengan Solok lada. And than saya nak Laici Susu." Macam biasa, makanan kegemaranku menjadi pilihan.

" Saya pulak nak Nasi Ikan sumbat. Lepas tu saya nak Sup Udang Thai. Lepas tu saya nak Kerabu Kerang dengan Pucuk Paku. And than saya nak Jus Tembikai je la. Lastly, im sure my choice is right."

" Banyoknyo abe make. Patut la bade besa." Seloroh pelayan perempuan tersebut.

" Aishh, bukan..ehh, buke besaq ni. Sasa namanya." Sempat aku berdalih. Aku nampak Syakif menahan tawa. Perempuan tersebut tersenyum dan berlalu pergi. Meletus gunung ketawa Syakif yang ditahan-tahan.

" Sasa la sangat." Ejek Syakif.

" Ketawa la ketawa. Memang aku suka tengok kau ketawa daripada tengok muka kau yang masam mencuka macam baulu expired tu."

" Kau ni... Suka hati je kata muka aku macam baulu expired. Kau bayar sendiri nanti menu yang kau pesan baru tau. Dah la makan banyak."

" Aiseyy...Aku gurau senda je la dengan kau. Takkan tu pun tak boleh bos."

" Dah dah. Kau ni sebenarnya nak tolong aku ke tak nak. Aku rasa dah sampai masanya untuk aku tidak lagi mencari perempuan tu. Hurmmm..." Tiba-tiba aku rasa seperti sudah begitu berputus-asa. Tak sanggup lagi aku mengejar gunung yang ditimbusi kabus. Kalau nampak gunung tak apa lah. Tapi ni tidak.

" Ala...Kau ni kan, jangan buat mood aku nak bersantap kejap lagi hilang ye. Aku bukan tak nak tolong kau. Dah banyak tempat kita pergi. Tapi masih jugak tak jumpa. Kau jangan la mengeluh. Sekurang-kurangnya kau dah berusaha cari cinta kau. Selebihnya kau berdoa dan bertawakkal. Kalau dah jodoh insyaAllah tak akan kemana la." Aku cuba menenangkan jiwa Syakif. Kesian jugak aku tengok bestfriend aku ni.

" Betul juga cakap kau tu. Dah macam ustaz dah kau ni. Takbir!!!" Aku berseloroh. Ada benarnya nasihat Zafril. Kalau jodoh tak kemana. Aku tersenyum kelat.

" Ha...Macam tu la kawan aku. Elok je kalau senyum. Dah nampak lesung pipit sebelah kirinya tu." Aku dan Zafril sama-sama tergelak.


BAB 3

Selesai solat maghrib, aku melipat sejadah dan bersandar seketika di birai katil. Kemudian mata ini ku pejam rapat-rapat supaya ada sedikit ketenangan yang hinggap pada tangkai hati. Bayangan wajah perempuan itu bermain di minda. Terasa seperti dia melambai-lambai ke arahku dan datang menghampiriku. Jemarinya menyentuh lembut pipiku dan menghulurkan senyuman manis yang cukup ikhlas. Rambutku dibelai perlahan-lahan. Aku dilayan bagaikan anak kecil dan ia membuatkan aku terasa cukup terleka dengan kasih sayang itu.

" Syakif..." Kedengaran suara lembut menyebut namaku. Terasa seperti di alam nyata. Aku membuka kelopak mata perlahan-lahan. Aku dapat melihat wajah mama tersenyum. Tangannya mengulas lembut rambutku. Bisanya tangan ibu, dapat melahirkan semangat di hati.  Aku membalas senyumannya dan meletakkan kepalaku di riba mama. Jiwa terasa sayu. Terlalu leka hingga tidak sedar akan kedatangan mama.

" Anak mama ada masalah ye." Mama bertanya lembut. Aku cuma dapat mengangguk. Tiba-tiba mutiara panas mengalir dari tubir mata. Aku sudah tidak dapat menahan rasa rinduku padanya. Mama mengangkat wajahku dan memegang pipiku dengan kedua belah tangannya. Dia mencium dahiku. Betapa penyayangnya mama.

" Ceritakan pada mama sayang. Apa masalah Syakif sampai Syakif menangis macam ni sekali. Sebelum ni anak mama kuat orangnya."

" Mama...Syakif...Syakif.." Lidahku kelu. Mama mengangguk menunggu penjelasanku.

" Syakif sebenarnya sukakan seseorang." Aku menekupkan mukaku di ribaan mama. Malu...

" Amboi, anak mama dilamun cinta la ni ya. Tapi kenapa sampai menangis macam ni. Orang lain kalau dah ada teman istimewa senyum sampai ke telinga. Tapi anak mama tak pula."

" Sebabnya Syakif menyintai seseorang yang Syakif sendiri tidak kenal." Luahku.

" Sayang kenal dia macam mana? pelik la mama rasa. Cuba ceritakan pada mama dari A sampai Z." mama menggosok-gosok belakangku. Terasa satu kedinginan menyerap masuk kedalam tubuh menyebabkan aku senang menceritakan apa yang terjadi ke atas diriku. Aku dilayan bagaikan anak bongsu. Kasih mama terhadap aku dan mimi diberikan sama rata. Aku terlalu menyayanginya.

" Hurmm...Rumit jugak masalah Syakif ni. Mama sokong apa-apa je yang Syakif ingin lakukan. Mama doakan anak mama ni akan jumpa jugak dengan hawa idaman Syakif ya. Cuma ada satu perkara yang mama nak beritahu Syakif. Tetapi mama rasa bersalah pula kalau mama beritahu perkara sebenar." Perlukah aku memberitahunya perkara yang menjadi harapan Senah dahulu.

" Apa mama?" Aku mengangkat muka memandang wajah tenang mama.

" Syakif ingat lagi tak arwah mak cik Senah?" Tanya mama.

" Ingat mama. Syakifkan selalu main dengan anak dia Wirlanda masa kecik-kecik dulu. Macam mana la Wirlanda sekarang ye mama." Tiba-tiba aku teringatkan Wir. Wir merupakan seorang anak yatim yang kehilangan ayahnya semasa dia berumur 2 tahun. Ayahnya meninggal kerana terlibat dalam satu kemalangan. Wir juga satu-satunya anak mak cik Senah. Kami membesar bersama-sama. Main bersama-sama, makanpun bersama, memancingpun bersama. Kami memang rapat. Namun setelah mak cik Senah meninggal akibat penyakit Leukimia, Wir dibawa oleh emak saudaranya pulang ke kampung. Sejak dari itu aku tidak pernah berjumpa dengannya. Cuma Wir pernah menghadiahkanku sebentuk cincinnya dan cincin tersebut kusimpan sebagai kenangan terakhir. Aku tidak boleh memakainya kerana jari Wir terlalu kecil dibandingkan dengan jemariku.

" Hurmm. Patut ke mama bagitahu perkara sebenarnya pada Syakif?"

" Bagitahu je lah mama. Syakif dah sedia ni." Aku memanggukan daguku di ribaan mama.

" Sebenarnya.... Dulu sebelum mak cik Senah meninggal, dia pernah menyuarakan harapannya pada mama."
Ibu termenung seketika. Mungkin memilih ayat terbaik untuk memberitahuku.

" Mak cik Senah sebenarnya mahu Syakif dijodohkan dengan Wirlanda. Dia tahu Wir sudah tidak ada siapa-siapa lagi. Mak cik Senah yakin kita boleh menjaga Wir dengan sebaik mungkin."

" Tapikan Wir dah tinggal dengan emak saudara dia mama. Lagipun kitapun tak tahu di mana dia sekarang."

" Itu mama tahu sayang. Memang mak cik Senah ada beritahu mama bahawa Wir akan tinggal bersama dengan emak saudaranya. Tapi Wir tidak boleh tinggal bersama emak saudaranya kerana emak saudaranya juga ada ramai anak yang perlu dia tanggung."

" Maksud mama, Syakif kena kahwini Wir. Begitu?"

" Itulah yang mama sedang fikirkan sekarang. Tapi memandangkan Syakif dah letak insan lain di hati, mama tak dapat nak berbuat apa-apa. Keputusan di tangan Syakif."

" Mama, Wir tu kan masih muda. Baru umur 18 sekarang ni kan. Tak sesuai la dengan umur Syakif ma. Syakif 25. Lapan belas tolak dua puluh lima. Tujuh tahun jarak umur kami mama. Lagipun Syakif dah anggap wir macam adik kandung Syakif dah." Terangku jujur.

" Mama tahu sayang. Sebab itulah mama tak nak paksa anak mama ni. Tapi harapan arwah mak cik Senah terlalu tinggi. Mama rasa tak sedap hati pula kalau kita tak penuhi harapannya walaupun pada hakikatnya dia tidak memaksa mama untuk mengahwinkan Syakif dengan Wirlanda."


“ Mama, Syakif bukannya nak menghancurkan harapan arwah mak cik Senah, tapi biarlah Syakif fikirkan dulu ya. Hal-hal kahwin ni bukan boleh dibuat main.”

“ Mamapun rasa macam tu jugak. Perkahwinan pilihan Syakif. Jadi Syakif perlu fikir dengan sebaik mungkin. Mama sokong apa sahaja jawapan Syakif.”

“ Terima kasih mama.” Aku mencium lembut jemari mama. Mama menunduk mencium ubun-ubunku.



BAB 4

Terasa tidak larat lagi kaki ini melangkah. Jarak rumah sewa dengan tempat kerjaku agak jauh. Hendak beli kereta pula masih tidak mampu. Buat masa ni terpaksalah berjalan kaki dulu, ulang alik dari tempat kerja ke rumah. Bekerja sebagai seorang pembantu guru tadika bukanlah suatu perkara yang meletihkan. Cuma yang letihnya melayan karenah guru-guru lelaki yang seperti ulat bulu naik daun. Hari-hari mengganggu aku. Asal je habis kerja, selalu menunggu aku di depan sekolah. Siap bawak coklat lagi tu. Memang la aku suka coklat. Tapi jangan harap aku nak terima darinya. Hazim dengan Kamal. Dua orang tu muka tebal betul. Sudah sah-sah aku tolak mereka, tapi masih lagi menunggu aku ni. Bukan aku sombong menolak cinta mereka, tapi hati belum mampu menerima.

Hajat di hati memang rasa mahu sambung belajar ke peringkat universiti. Keputusan Sijil Penilaian Malaysia (SPM) yang aku peroleh tidak kurang baiknya. Kata cikgu Hadi, keputusan SPM ku melayakkan aku ke matrikulasi ataupun universiti. Namun harapan itu aku kuburkan memandangkan Mak Uda tidak mempunyai wang yang cukup untuk menanggung pelajaranku. Namun aku bersyukur, gajiku sebagai pembantu guru tadika masih cukup untuk dihantar kepada Mak Uda setiap bulan. Pada mulanya Mak Uda menolak, namun aku tetap memasukkan sedikit wang ke akaun simpanannya. Walaupun jumlahnya sedikit namun aku tetap berpuas hati.

" Assalamualaikum..." Aku mengetuk pintu rumah. Tiada jawapan dari dalam. Owhhh. Lupa pula. Hari ni kan hari khamis. Mila balik kampung. Jadi, tinggallah aku seorang dekat rumah bertemankan buku-buku pelajar yang perlu disemak. Aku mencari-cari kunci dalam tas tangan, membuka pintu lalu melangkah masuk ke dalam rumah. Terasa sunyi pula tanpa Mila.

" Mila...Mila. Kenapalah kau tinggalkan aku seorang." Mila pernah mengajakku ke kampungnya. Tapi kali ni aku menolak disebabkan sudah selalu sangat aku ke rumahnya pada hujung minggu. Terasa segan pula pada orang tuanya. Niat dihati mahu membersihkan tubuh dan bersolat. Baru sahaja kaki melangkah ke bilik air, tiba-tiba telefon berbunyi. Lantas ku berlari anak meluru ke meja solek mengambil telefon. Tertera nama Mak Uda di skrin. Pantas ku tekan butang terima panggilan.

" Assalamualaiku Mak Uda." Biasanya aku dahulu yang memberikan salam.

" Waalaikumussalam Wir." Kedengaran suara serak di hujung talian.

" Kenapa dengan suara Mak Uda ni? Mak Uda tak sihat ke?"

" Mak Uda sihat Wir. Cuma batuk sikit je. Wir sihat?"

" Wir sihat Mak Uda. Mak Uda tak pergi klinik ke ni?"

" Nak pergi klinik buat apanya Wir. Mak Uda bukannya sakit tenat."

" Mak Uda ni. Tak perlu tunggu tenat dulu baru nak pergi klinik. Nanti ajak Pak Uda pergi klinik Desa. Mak Uda buat Wir runsing pulak ni." Mak Uda tu bukannya muda lagi. Umurpun dah menjangkau 60 tahun. Macam mana aku tidak runsing. Kalau umur lama macam ni apa-apa boleh jadi.

" Ye la ye la.. Nanti Mak Uda ajak Pak Uda ke klinik. Wir..." Suaranya memanggilku lemah.

" Apa dia Mak Uda?"

" Tadi Datin Haizan ada telefon Mak Uda."

" Owhhh. Mak cik Haizan telefon Mak Uda... Dia beritahu apa Mak Uda?" Sudah lama rasanya tidak melihat wajah Mak Cik Haizan, mama kepada Syakif. Terasa rindu pula.

" Dia kirim salam pada Wir. Katanya minggu depan dia nak datang rumah melawat kita."

" Ye ke...Elok la tu. Wirpun dah lama tak tengok Mak Cik Haizan. Agaknya cantik macam dulu lagi ke tak."

" Minggu depan Wir pulang awal ya. Nanti kita masak sama-sama untuk mereka."

" Baiklah Mak Uda. Wir pulang awal nanti. Wirpun dah tiga bulan tak balik rumah. Perutpun dan melompat-lompat ni mintak ikan bawal bakar cicah air asam ni." Aku tergelak. cuba bergurau.

" Ye la... Nanti kita bakar empat ekor khas buat Wir."

" Baik boss..." Aku menabikkan tangan di kepala. Kadang-kadang sudah terbiasa walaupun hanya bercakap melalui telefon.

" Ok la. Mak Uda nak mandi pulak ni. Kejap lagi Pak Uda balik kerja. Nak masak untuk malam ni pulak."

" Baiklah Mak Uda. Mak Uda jangan lupa tau kirim salam rindu, peluk dan cium Wir pada adik-adik."

" Ye la Ye la. Nanti Mak Uda sampaikan. Assalamualaikum."

" Waalaikumussalam." Talian dimatikan. Aku menuju ke bilik air meneruskan niatku untuk mandi.


BAB 5

Aku rasa inilah yang terbaik untuk mama. Tapi adilkah buatku? Menerima idea mama untuk meminang Wir bagiku adalah satu keputusan yang salah. Kerana aku tidak pernah jatuh hati padanya. Aku hanya menyintai wanita ini. Aku memandang sekeping gambar pasport wanita itu yang ku gandingkan bersama gambarku.

" Hurmm..Not bad. Nampak ada iras-iras je wajah aku dengannya. Ada jodoh kot ni." Aku tersenyum sendiri. Matanya yang berwarna hazel, bulu matanya yang lentik dan hidungnya yang muncung tirus ala-ala Avril Lavigne membuatkan aku tidak dapat tidur malam. Mukanya nampak baby face. Mungkin masih muda. Warna matanya sama dengan mata Wir. Dulu aku selalu puji warna mata Wir yang cantik. Wir masa kecil dulu memang comel. Mana tidaknya, anak kacukan melayu pakistan. Arwah ayahnya warga pakistan yang menetap di Malaysia.

" Hah!" Zafril menjerkahku dari arah belakang. Rasa nak terkeluar biji mata.

" Eee...Kau ni kan, nama je islam. Tapi tak bagi salam. Main jerkah aku je. Nasib baik tak panik Medulla Oblongata aku ni tau."

" Algoo...Assalamualaikum Sohabatku. Kamu ni ngapain di sini. Kok ya pun, enggak mau ngajakin aku makan sekali deh." Sengaja aku berbahasa indonesia, mahu memancing gelak Syakif.

" Dah dah la cakap guna bahasa indonesia tu. Rosak bahasa negeri orang." Aku tersenyum. Bunyi macam orang jawa tengah yang pendek lidah.

" Kau ni kan, dulu punya la happy ending orangnya. Tak pernah kusut masai macam ni ha. Tapi sejak kau terjumpa gambar tu, kau dah hilang identiti. Dulu muka kau ada jugak ala-ala Tom Cruise. Sekarang aku tengok dah macam tong dan berus tau tak." Zafril mengomel. Macam mak nenek. Tapi lawak dia masih menjadi, menyebabkan aku tergelak besar dan yang paling penting sempat lagi aku ketuk belakang tengkuknya tu.

" Adoi." Teriak Zafril.

" Apa macam. Sakit ke? Tu baru kita kata bergurau senda."

" Selipar kau bergurau senda. Kalau kena urat tidur aku macam mana? Naya kau nak turun naik mahkamah, keluar masuk penjara."

" Haha...Ayat kau ni kan, langsung tak boleh blah. Otak aku dibuatnya."


BAB 6

"Mak Uda rasa cukup tak lauk-pauk ni?" Aju ku kepada Mak Uda. Aku melihat ikan bakar kegemaranku. Tidak sabar rasanya untuk menjamahnya bersama dengan air asam. Aku melihat seolah-olah ikan bawal bakar tersenyum manis kearahku, mendesakku menjamahnya segera. Gullppp. Relax Wir. Belum masa.

" Dah cukup la ni Wir. Kalau banyak sangat nanti membazir.Asam Pedas Ikan Pari, Kerabu Mangga dan Ikan Siakap Kukus dah bukak selera mereka tu."

" Urmm.. Ye tak ye jugak Mak Uda. Nantikan membazir pulak. Tapi kalau Wir yang makan memang tak membazir la. Wir ni makan banyak." Aku tergelak bersama Mak Uda. Belakangnya ku peluk erat. Mak Udalah semangatku setelah pemergian ibuku tercinta. Tiba-tiba telefon bimbit Mak Uda berlagu riang. Pantas aku melepaskan pelukan dan mengambil telefon Mak Uda yang diletakkan di atas kabinet. Pantas aku memberikannya kepada Mak Uda tanpa melihat nama pemanggil. Aku ke ruang tamu untuk mengemas. Aku ingin keluarga Syakif berasa sedikit selesa bertandang ke rumah yang sederhana ini, kerana aku tahu mereka sudah terbiasa dengan hidup mewah.

" Wir, Datin Haizan dan Datuk Syazmie dah nak sampai. Wir tunggu depan rumah ya. Senang nanti mereka jumpa rumah kita ni." Kedengaran suara Mak Uda yang sedikit kuat dari arah dapur.

" Ya... Wir tunggu. Tapi mereka kenal ke Wir ni. Mana nak cam Mak Uda. Wirkan berpurdah ni."

" Tak apa. Mak Uda dah beritahu Datin Haizan yang Wir berpurdah."

"Ok." Kataku ringkas. Aku tergelak. Mesti mak cik Haizan hairan bila mengetahui bahawa aku berpurdah. Keputusanku untuk memakai purdah setelah tamatnya aku di tingkatan 5 adalah atas kehendakku sendiri. Elok juga. Biarlah wajahku ini buat tatapan suami tercinta sahaja.

Aku ternampak sebuah kereta BMW 5 Series Sedan meluncur perlahan melalui jalan yang agak sempit. Kereta mak cik Haizankah? Ia semakin dekat dan dekat. Aku dapat melihat wajah mak cik Haizan yang tersenyum kearahku. Kereta itu membelok ke kanan memasuki perkarangan rumah Mak Uda. Mak cik Haizan dan juga Pak Cik Syazmie keluar daripada perut kereta. Pantas aku menghampiri mereka dan bersalaman.

"Assalamulaikum Mak cik, Pak cik. Lama dah tak jumpa." Walaupun mereka tidak dapat melihat wajahku yang tersenyum, namun aku harap mereka dapat rasakan kegembiraan yang terpancar pada mataku.

"waalaikumussalam Wir." Salamku dijawab serentak oleh mereka.

"Lama dah mak cik tak tengok Wir. Dah besar panjang dah anak kita ni abang." Mak cik Haizan memeluk bahuku lembut.

"Dah jadi anak dara suntipun ni. Dulu kali terakhir sebelum Wir pindah, hingus masih penuh lagi dekat hidung tu." Kami serentak tergelak. Pak cik Syazmie masih seperti dulu. Kemas dan kacak. Kelihatan seorang lagi lelaki berkemeja biru air laut keluar daripada perut kereta. Rambutnya hitam pekat dan hidungnya yang mancung menarik perhatian. Cermin mata hitam yang dipakainya menarik minatku untuk mematikan pandanganku pada wajahnya. Mungkinkah itu Syakif?

"Syakif. Kenal lagi tak siapa ni?" Aku sedikit kaget apabila mak cik Haizan menarik lenganku lembut merapati anak kesayangannya. Tekaanku tepat. Walaupun wajahnya sedikit berbeza daripada dulu, tapi matanya yang kuyu dan sangat romantis itu jelas menunjukkan kepadaku siapa lelaki itu sebenarnya.

"Siapa ni mama?" Mana pernah aku jumpa perempuan berpurdah. Siapa pula dia ni. Takkan la Wir pulak.

"Ishhh, kamu ni Syakif. Wir la ni. Siapa lagi. Kamu tak cam ke ni?"  Syakif tergelak. Manis!

"Mama...Mana la Syakif boleh teka-teka je. Lagipun Wir berpurdah. Syakif tak boleh nak tengok wajah dia."   Sejak bila Wir berpurdah ni. Tapi tetap nampak ayu dengan Baju kurung moden hijau lembut. walaupun Wir berpurdah, aku dapat rasakan bahawa dia menyembunyikan kecantikannya itu daripada pandangan kaum yang bukan muhrimnya.

"Wir sihat?" Tergurku.

"Sihat abang. Abang sihat?"

"Abang memang selalu sihat. Sebab tu la badan berketul-ketul ni."

"Hurm. Kalau dilayan makin perasan la abang Wir ni." Gurau Pak cik Syazmie.

"Amboi...Datuk, Datin. Takkan nak berborak dekat luar saja. Masuklah ke dalam." Muncul Mak Uda di depan muka pintu.

"Wir tak jemput kami naik mak cik." Gurau Syakif. Aku hanya mampu tersenyum. Syakif tetap macam dulu. Layanannya terhadapku sepertinya kami tidak pernah berpisah lama. Aku membontoti mereka bertiga naik ke rumah.

Banyak perkara yang dibualkan oleh mereka berempat. Aku lebih senang mendengar mereka berbual sahaja. Hanya menjawab apa yang ditanya oleh mereka. Mak cik Haizan tidak berapa bersetuju denganku yang mengambil keputusan untuk tidak menyambung pengajianku ke peringkat yang lebih baik. Namun aku menyembunyikan impian sebenarku dengan memberitahunya bahawa aku lebih suka untuk menjadi pembantu guru tadika sahaja. Kadangkala aku menjeling ke arah Syakif tanpa pengetahuannya. Syakif kelihatan semakin matang. Kumisnya yang baru dicukur bersih, menarik minatku. Sememangnya aku menyukai lelaki yang berkumis nipis. Setelah lama berbual, Mak Uda menjemput mereka bertiga makan. Pada mulanya aku malu untuk duduk semeja makan bersama, namun Pak cik Syazmie tetap menyuruhku makan bersama mereka. Opss! Jangan nampak sangat anda makan banyak ya Wirlanda. Hehe...

BAB 7

"Sejak bila Wir pakai purdah ni?" Tanyaku spontan. Teringin benar mengetahui sebab Wir memilih untuk memakai purdah. Pemakaiannya menunjukkan dia semakin matang.

"Dah lama abang. Dah dekat satu tahunpun." Aku hanya tersenyum. Pelik sangat ke aku pakai purdah ni?

"Owhhh. Tapi Wir nampak lebih cantik berpakaian macam ni."

"Terima kasih abang. Tapi Wir tak la secantik manapun."

"Siapa cakap tak cantik. Bagi abang, adik abang dah cukup cantik tau."

"Malu pulak Wir. Abang sengaja nak kenakan Wirkan?" Pujian ni mampu mencairkan hati aku. Ohh, tidak...

"Tak la...Abang cakap yang betul. Wir memang dah tak nak sambung belajar ke?" Aku mengubah topik perbualan. Wir kelihatannya tidak begitu selesa dengan pujianku tadi.

"Kalau diikutkan memang Wir nak sambung belajar abang. Tapi abang tengoklah sendiri bagaimana keadaan kami sekeluarga hidup. Wir kasihankan mak cik. Dia dah banyak bantu Wir. Wir tak nak jadi beban hidupnya lagi." Luahku ikhlas. Terasa selesa berkongsi rahsia hati yang terpendam kepada Syakif.

"Kalau abang kata, abang akan tanggung yuran pengajian Wir, Wir rasa nak teruskan hasrat Wir lagi ataupun tak?" Wir masih muda. Dia perlu diberikan peluang untuk belajar.

"Errr...cukuplah abang sekeluarga membantu Wir dan keluarga Wir dulu. Sekarang biarlah Wir sendiri yang berusaha untuk kumpulkan wang. Kalau ada rezeki lebih nanti, Wir akan sambung belajar."

"Tapi abang nak Wir sambung belajar setelah kita kahwin nanti." Lancar sahaja mulutku mengucapkan kalimah kahwin di depannya.

Dupppp! Terasa seperti seketul asteroid menghempap hebat jantungku. Mana mungkin aku bermimpi. Ucapan itu memang benar-benar keluar dari mulut Syakif. Aku memandang tepat anak matanya bagi mencari kepastian dan keikhlasan kalimah itu, yang sudah lama ku tunggu..

"Wir...Wirrr..."

"Errr...." Aku terpinga-pinga. Aduiii...Malunya. Kenapa la mata ni tengok lebih-lebih Syakif. Cover line. Cover line. Aku membetulkan tudungku. Bertenang Wir. Jangan panik. Pujuk hatiku.

"Abang salah cakap ke tadi?"

"Ishh. Tak adalah abang. Cuma..." Kerongkongku menyekat ayat yang selanjutnya.

"Cuma?" Atau Wir sebenarnya tidak bersetuju dengan perkahwinan ini. Hatiku berbunga riang. Masih ada harapan untuk menjejak wanita idaman.

"Cuma...Cuma Wir terkejut dengan permintaan terakhir abang." Aku menunduk. Malu...

"Kenapa Wir terkejut? Mak Uda tak beritahu Wir ke yang kita berdua bakal menikah?" Atau mungkin Mak Uda tak tahu permintaan  Mak cik Senah dulu.

" Err..Tak ada abang. Mak Uda tak ada pula beritahu Wir tentang perkahwinan ni." Kataku jujur. Rancangan apakah ini. Tidak mungkin Syakif mahu menikahiku setelah bertahun-tahun lamanya kami tidak bertemu muka.

"Hurmm...Tak apalah Wir. Mungkin Mak Uda tak tahu permintaan arwah emak Wir."

"Permintaan?" Aku hairan. Arwah mak tak pernah pula beritahu permintaannya padaku. Mungkin aku masih lagi kecil waktu itu.

"Urm...Dulu arwah mak Wir ada beritahu mama yang dia kalau boleh nak tengok kita dijodohkan bersama."

"Owhh..." Aku kelu. Tidak mampu lagi untuk menyambung kata. Mungkinkah arwah mak bimbang tidak ada orang yang akan menjagaku setelah pemergiannya. Maknanya mak sudah tahu bahawa dia tidak lagi mampu bertahan lama dengan penyakitnya. Sebab itulah mak meluahkan permintaannya pada Mak cik Haizan. Kasih ibu tidak bertepi. Masih lagi memikirkan anaknya walaupun sedang bertarung nyawa melawan penyakit. Tiba-tiba mutiara jernih mengalir laju di tubir mata. Cepat-cepat ku sapu, bimbang Zafril perasan yang aku menangis.

"Wir...Abang minta maaf kalau abang buat Wir rindukan arwah mak." Aku tahu Wir menangis walaupun dia berpaling dariku dan perlahan menyapu air matanya.

"Tak adalah abang. Wir ok je ni." Aku tersenyum membuang rasa sedih.

"Tapi abang tak paksa Wir untuk terima abang sebagai suami. Semua keputusan di tangan Wir. Abang terima setiap keputusan Wir." Walaupun aku juga terpaksa.

"Abang, Wir perlukan sedikit masa untuk memikirkannya."

"Boleh Wir. Apa salahnya. Lagipun hal perkahwinan bukan boleh dibuat main-main." Jujurkah jawapanku ini.

"Terima kasih abang. Cuma...Boleh Wir tanya abang satu soalan?"

"Boleh...Apadia?"

"Abang ikhlas ke ingin menjadikan Wir isteri?" Aku perlu mengetahuinya dan ia sangat penting buatku. Namun kulihat Syakif hanya tersenyum. Jujurkah dia?

"Abang, penerimaan terhadap seseorang wanita untuk dijadikan isteri, bukan sahaja lafaz secara jujur pada mulut. Tapi ikhlas juga perlu datang dari hati, sebab kita bukan mahu hidup sebumbung untuk sehari. Tapi untuk selamanya, selagi masih dipinjamkan nyawa." Jujur dari hatiku. Aku bangun ingin berlalu. Mungkin memberikan ruang buat Syakif berfikir tentang apa yang aku cakapkan tadi.

"Wir..." Panggilku lembut. Wir berpaling lemah dan tersenyum kearahku. Mungkinkah dia tahu bahawa aku sebenarnya tidak menyintainya. Perasaan bersalah mula menjalar ke segenap urat tubuhku.

"Abang ikhlas." Giliran aku pula tersenyum. Wir mengangguk dan berpusing mahu meninggalkanku. Sekali lagi aku memanggil namanya.

"Wir..."

"Apa lagi abang."

"Boleh abang minta nombor handphone Wir. Senang nanti abang nak call kalau abang nak tahu jawapan dari Wir."

"Nanti Wir beri ya. Wir nak berbual-bual dengan Mak cik Haizan. Dah lama tak berborak panjang dengan mama abang." Aku berlalu pergi setelah Syakif mengangguk tanda mengizinkan.

BAB 8

Aku menguis-nguis sarung bantal Tweetyku. Kenapa mata ini tidak dapat dilelapkan walaupun sudah seminggu berlalu. Perasaanku tidak menentu. Jawapan apakah yang aku perlu berikan buat Syakif. Sebenarnya kalau ikutkan jawapanku, memang aku mahu menikahinya, memandangkan aku menyintainya sejak dulu. Tapi Syakif...Bagaimana pula dengan perasaannya terhadapku. Adakah sama dengan apa yang aku rasa?

"Syakif tu pun satu. Tak ada pula call." Aku menepuk-nepuk bantal Mila perlahan tanda protes. Hari tu minta nombor aku  tapi tidak jugak telefon.

"Eh eh...Kau ni kan. Ganggu masa beradu aku betul la. Kalau ya pun nak kahwin dengan Syakif, janganlah excited sangat." Aku tersedar bila merasakan bantalku ditepuk-tepuk.

"Mila, kau tak payah la tidur. Temankan aku erk. Aku tak dapat tidur ni." Aku mengajak mila tidur di bilikku sebab aku sebenarnya memang suka dia tidur di bilikku. Boleh jugak aku bercerita tentang masalahku.

"Kau ni kan. Aku baru je mimpi Arthur selamatkan aku daripada dibawa lari Morgana. Baru je sampai bab romantik kau dah kacau line tau."

"Tu la kau. Berangan sangat nak bersuamikan Arthur. Memang tak dapat la cik Mila oi. Kalau kau dengan Merlin, ada la jugak harapan." Gurauku. Namun gurauan itu menyebabkan si Mimo, bear kesayanganku naik ke muka dek kerana Mila.

"Merlinpun Merlin la. Yang penting aku selamat."

"Mila...Mila...Mila!" Geram bila tengok mata mila masih lagi malas untuk dibuka.

"Iyeee...Aku dengar ni cik Bebo."

"Suka panggil aku  Bebo." Aku memuncungkan mulut tanda merajuk. Aku dapat lihat Mila perlahan-lahan membuka matanya. Tapi aku terus memuncungkan mulutku. Hehe, biar dia rasa aku merajuk. Barulah dia bangun.

"Mana taknya aku tak panggil kau Bebo. Pipi kau membesar tau tak bila kau muncungkan mulut tu. Ye la ye la. Aku bangun." Aku membuka seluas-luas mataku dan membulatkannya ke arah Wir.

"Hurmmm. Macam tu la sahabat baikku. Ada bersamaku di waktu aku susah." Aku tersenyum. success!

"Bodek la tu. Bodek-bodek jugak. Esok belanja aku Tom Yam Kak Pah."

" Ya ya. Aku belanja Tom Yam Kak Pah. Bukan tom yam je, dengan Kak Pah  Kak Pah sekali aku beli."

"Cerita la cepat apa lagi masalah kau ni. Aku ingatkan kau dah habis cerita dekat aku tadi." Wirlanda telah menceritakan segala kecelaruan hatinya padaku tadi. Rumit juga untuk membuat sesuatu keputusan.

"Memang aku dah ceritakan semuanya pada kau. Tapi masalahnya, aku ni confius."

"Lerrr...kau konpius apa laginya. Memang kau sukakan abang Syakif kau tu kan. Terima la wahai sahabatku."

"Masalahnya, aku ni tak tahu sama ada Syakif memang betul-betul sukakan aku atau tak."

"Suka ataupun cinta boleh dipupuk. Bila kau dah jadi isteri dia, kau pandai-pandai la mainkan peranan untuk tarik hatinya."

"Kalau dia tak sukakan aku walaupun kami dah kahwin macam mana?" Bimbang aku gagal membuat Syakif menyintaiku.

"Ishh kau ni. Kau janganlah fikir negatif dulu. Think positive. Lagipun kau belum cuba. Mana la kau nak tahu dia sukakan kau ataupun tidak."

"Dia ni pun satu. Masih lagi tak call aku. Hati aku tak tenteram tau tak selagi dia belum call." Aku memuncungkan bibir ke arah handphone Nokia c3ku.

"Kalau macam tu, apa kata kau saja yang call dia."

"Eee...Tak boleh. Tak boleh. Mana boleh perigi call timba. Timba la yang kena call perigi. Jatuh saham aku nanti cik mila oi."

"Mahal la sangat saham kau tu."

"Eh..Mesti la. Ni Wirlanda ok. Kalau Wirlanda yang call lelaki terlebih dahulu, memang ada masalah la dengan otaknya."

"Kalau kau tak telefon lelaki dulupun, memang kau akan dapat masalah otak jugak. Buktinya sekarang ni. Nak tidurpun tak dapat. Yang buat aku fenin sangat, akupun turut sama dapat masalah otak tau tak. Tak dapat tidur senyenyak-nyenyaknya."

"Kau marahkan aku erk Mila." Aku pura-pura merajuk.

"Ololooo. Tak mo. Tak mo. Tak mo merajuk. Aku tak marah. Cuma geram saja la sebab aku tak sempat berbual mesra dengan King Arthur aku tu. Hehe." Aku tersenyum kerbau.

"Wir, kalau kau malu, bak sini handphone kau. Biar aku saja yang call dan tanya Syakif. Amacam?"

"Hah? Kau nak call dia? Eee...Baik tak payah la. Nanti dia ingat aku ni penakut. Tak berani voice to voice dengan dia."

"Kau ni kan.Ada je dolak dalihnya. Habis tu takkan kau nak berdiam diri macam ni je. Bak sini jugak handphone kau tu." Aku cuba mengambil telefon di tangan Wir. Namun Wir cepat-cepat mengalihkan handphone di tangannya. Namun, aku tetap berusaha merampas handphonenya. Wir cuba bangun dari perbaringan. Lantas ku tarik selimut yang membelit kakinya. Tiba-tiba. Duppp!

"Adoiii..." Kepala lututku menyembah permaidani bilik.

"Opocot! Nangka jatuh katil. Aku tak sengaja Wir." Aku tergelak besar. Aku tahu memang tak berapa sakit sangatpun kalau jatuh. Lagipun aku sendiri sudah berapa kali jatuh katil. Almaklumlah tidur tak sopan. Hehe.

"Banyaklah kau punya nangka. Siap kau." Aku lantas bangun, mengambil Mimo dan aku balingkan tepat  pada mukanya. Aku masih tidak berpuas hati. Mahu saja ku bungkus Mila dengan selimut. Namun, dia sempat bangun terlebih dahulu dan berlari anak menuju ke pintu. Aku cuba bangun mengejar. Namun belum sempat aku melangkah turun dari katil, telefonku berlagu riang. Dadaku berdegup selepas melihat nama pemanggil.

"Hello, assalamualaikum." Salam ku beri. Nafas ku tarik perlahan bagi menghilangkan rasa gugup.

"Waalaikumussalam..." Salamku dijawab oleh suara di corong talian. Suara yang telah seminggu ku tunggu.

Wir tak tidur lagi?" Aishhh. Mestilah dia dah tidur. Lagipun sudah pukul 2 pagi.

"Wir dah tidur tadi. Tapi tersedar bila dengar bunyi handphone." Tipu sunatku.

"Abang tak tidur lagi ke?"

"Belum. Abang baru habis siapkan kertas kerja untuk dibentangkan dalam mesyuarat esok."

"Anak bospun banyak kerja ke abang." Gurauku.

"Anak bospun belum lagi jadi bos Wir. Jadi kenalah kerja."

"Wir tahu, abang memang tak suka curi tulang. Dari dulu lagi, kalau mama abang suruh abang ajar Wir buat kerja sekolah  selama 2 jam, selama itulah abang tak cakap benda-benda yang tak berkaitan." Syakif memang serius orangnya kalau melibatkan tugas yang diamanahkan buatnya. Aku pulak kalau Syakif yang ajar memang fokus untuk 1 jam je. Selebihnya tersengguk-sengguk.

"Tapi Wir pulak suka curi isi ye. Selalu tidur bila abang ajar buat kerja sekolahkan."

"Mana ada. Wir fokus la masa abang ajar dulu. " Aku berdalih. Malu bila diungkit kelemahanku yang suka tidur bila diajar buat kerja sekolah. Tapi result aku tak lah terukpun. Aku terdengar Suara macho itu tergelak. Adusss. Bikin aku cair mendengar suaranya.

"Wir..."

" Ye abang." Suaranya kembali tenang.

"Wir dah buat keputusan?"

"Err..Wir sebenarnya..sebenarnya..." Adehhh...Patut ke aku beritahu keputusan yang memang telah lama terbuku di hati.

"Wir, sebenarnya apa ni..." Ya Allah, izinkan bibirnya meluahkan kata tidak.

"Abang sudah bersedia untuk terima Wir sebagai isteri?"

"Abang bersedia Wir. Cuma abang menunggu jawapan dari Wir." Dup dap dup dap. Peluh mula membiak.

"Abang, tugas sebagai suami cukup berat. Abang perlu membimbing Wir dengan sebaik mungkin. Wir pula masih muda. Banyak yang abang perlu ajarkan pada Wir."

" Wir, insyaAllah abang sudah bersedia untuk membimbing Wir sekiranya Wir menjadi suri abang."

"Abang, sekali lagi Wir tanya abang. Ikhlaskah abang menjadikan Wir hawa pendamping abang?"

"Wir...insyaAllah, abang ikhlas mengahwini Wir. Cumanya abang perlukan jawapan sahaja lagi dari Wir." Kenapa la Wir susah memberikan jawapan. Aku makin bimbang.

"Abang...Wir...Wir sudi." Fuuu...Nafasku dilepaskan perlahan. Terasa lega setelah memberikan jawapanku. Tapi terasa seperti Udang bakar sahaja mukaku yang bertukar merah. Malunya...

"Terima kasih Wir." Hatiku tiba-tiba merintih. Kalau aku menerima Wir, sedangkan hati ini masih lagi dimiliki oleh gerangan wanita igauan, ia seperti tidak adil buat Wir. Tidak mungkin aku meluahkan rasa hatiku yang hanya menyimpan keinginanku untuk mengahwini orang lain. Ya Allah, ajarkan aku erti ikhlas dalam menerima dia sebagai isteriku nanti.

"Sama-sama..."

"Wir, mama kata dia tak nak tunggu lama-lama. Dia nak kita kahwin dalam masa yang terdekat ni."

"Hah?" terlopong mulutku. Awalnya.

" Kenapa? Wir tak nak ke?"

"Eh...Tak la. Cuma Wir terkejut je. Ingatkan lama lagi kita nak menikah."

"Abangpun mula-mulanya ingatkan lama lagi. Tapi semalam mama kata dia nak perkahwinan kita dilangsungkan cepat."

"Wir ikut saja abang. Kalau baik untuk mama, baik juga untuk Wir."

"Baiklah kalau macam tu. Nanti abang beritahu mama tentang kita. Wir pergi tidur ya. Dah lewat sangat ni. Besokkan nak ke sekolah lagi."

"Baiklah abang. Abangpun tidur sekarang ya. Jaga kesihatan. Wir tak nak abang hanya pentingkan kerja sahaja. Kesihatanpun perlu diutamakan."

"Amboi, dah pandai mengomel ye." Aku tersenyum tawar di hujung talian. InsyaAllah akan ku cuba untuk menerimanya.

"Mestilah. Wir memang mengomel kalau abang tak jaga kesihatan tu."

"Ya la. Ya la. Abang tidur sekarang ya tuan puteri. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam..." Talian diputuskan. Aku merebahkan tubuhku di katil empuk. Aku tidak tahu apa yang aku rasa. Mahu menangiskah? sedangkan hatiku gembira. Namun untuk ketawa aku tidak mampu. Kerana perasaan gementar makin menebal. Bersediakah aku memikul gelaran puan nanti. Ku tahu, tanggungjawabku semakin besar. Ya Allah, pimpinlah hatiku agar bisa memikul tanggungjawab yang amat besar sebagai seorang isteri.



BAB 9

perasaan gementar terus menjalar-jalar kesetiap pelusuk tubuhku. Hanya beberapa jam sahaja lagi aku bakal bergelar isteri kepada Syakif. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa rindunya aku kepada emak dan ayah ketika ini. Kalaulah mereka masih ada, merekalah orang yang paling gembira melihatku di pelamin.

"Wir rindukan pelukan mak dan ayah." Mutiara jernih menitis perlahan. Aku merebahkan mukaku di meja solek. Terasa kosong di jiwa walaupun saat ini akulah orang yang sepatutnya gembira.

"Aishh, macam mana pula raja sehari boleh tertidur ni." Kehadiran Mila mengejutkanku. Bila masa pula dia masuk ke bilik. aku tidak mendengarpun daun pintu dibuka. Aku memalingkan wajahku ke arahnya.

"Pengantin lelaki dah sampai ke?" Soalku

"Amboi. Tak sabar nampaknya princess kita ni nak naik pelamin ye."

"Mana ada. Aku cuma tanya la. "

"Eleh, macam la aku tak tahu kau ni dah memang dari dulu pasang angan-angan nak berputerakan si Syakif tu."

"Aku memang sukakan dia. Tapi sebenarnya aku tak menaruh harapan tinggi untuk berkahwin dengannya. Diapun macam tak ada respon positif yang menunjukkan dia syokkan aku."

"Tapi sekarang ni dah terbukti yang dia memang syokkan kau tau." Aku mencuit pipi Wir. Aku gembira sangat dengan perkahwinan ini walaupun aku tahu nanti aku akan keseorangan setelah Wir berpindah rumah lain bersama suami tercinta.

"Wir, kau nanti janganlah lupakan aku tau. Ada masa kau lawat lah aku dekat sini."

"Kau ni kan. Mustahil aku lupakan kau. Ye... Aku janji akan datang jenguk kau nanti. Ala, lagipun sekarang teknologi canggih. Skypepun ada. Kau masih boleh tengok hidung mancung aku ni tau." Aku cuba berseloroh. Mila lantas memelukku dan membenamkan kepalanya pada bahuku.

"Pasti aku akan merindui kau nanti." Sedihnya mahu berpisah Wir. Aku sudah terlalu rapat dengannya dan dia sudah ku anggap sebahagian dari keluarga sendiri.

"Mila...Kau jangan buat eye linear aku ni jatuh dekat hidung boleh tak? Kang bertukar jadi nose linear pulak ni." Gurauku menenagkan hati Mila, walaupun pada hakikatnya aku juga yang terluka. Aku memeluk bahu Mila erat. Sekali lagi mutiara ini mengalir laju di pipi. Tidak mampu lagi disekat.

"Eh eh, dua orang anak dara belum siap lagi ke ni. Pengantin lelaki dah sampaipun tu." Kelibat Mak Uda masuk ke bilik mengejutkan aku dan Mila. Aku melepaskan pelukanku. Pengantin lelaki sudah sampai ke? Uratku mula menegang. Aduuu, gementar sangat ni.

"Mila, kau ganti tempat aku boleh tak? Aku nervous sangat ni."

"Ah, boleh boleh. Nanti putera kau bertukar jadi putera aku pulak. Kau nak?" Tak habis-habis dengan merepeknya tu.

"Ala, akad nikahkan guna nama aku. Aku tetap isteri dia. Kau ganti kejap je."

"Tak apa, kalau macam tu bair Mak Uda sajalah yang ganti. Boleh tak Mak Uda?" Mila berseloroh.

"Kamu berdua ni sempat lagi melawak ya. Mak Uda ni dah tua. Kalau Mak Uda yang naik pelamin nanti, bukan raja sehari orang akan kenangkan, tapi berhari-hari tau tak." Aku dan Mila ketawa serentak. Pandai jugak Mak Uda melawak.

"Dah, Mila tolong bawak pengantin kita ke ruang tamu. Mereka dah sampai tu." Mila menarik tanganku. Aku pula yang rasa tak mahu kahwin. Dulu punyalah beria-ia nak naik pelamin. Tapi bila masanya malu pula.

Aku duduk dekat bersebelahan dengan Mak cik Haizan. Mak cik Haizan tersenyum melihatku. Tanpa berkata apa-apa, dia mengenggam erat jemariku seolah-olah mengetahui getaran hatiku. Kulihat Syakif sangat kacak dengan baju melayu putih. Kulit wajahnya yang bersih bersongkok memang menarik perhatianku. Beruntungnya aku memiliki seorang suami kacak sepertinya.

"Aku terima nikahnya, Wirlanda binti Wardan Waleed dengan mas kahwinnya sebanyak __"

Air mataku mengalir membasahi pipi. Hanya dengan sekali lafaz sahaja aku sudah sah menjadi isteri kepada Syakif. Sungguh indah jalan Allah, teman permainan ketika kecilku kini sudah bergelar teman sehidup sematiku. Aku mula memasang niat, Wir jadilah isteri yang mampu menceriakan hari-hari suamimu. InsyaAllah.

Upacara pembatalan air sembahyang dilakukan. Aku mencium lembut tangan suamiku. Saat itu aku sekali lagi tidak mampu menyekat mutiara jernih memenuhi tubir mataku. Syakif mencium ubun-ubunku. Terasa damai di hati. Dia tersenyum tanpa berkata. Kami tidak bersanding secara besar-besaran. Atas permintaanku sendiri yang mahu perkahwinan kami dibuat secara sederhana. Puas dipujuk Mak Cik Haizan yang mahu perkahwinan kami dibuat secara besar-besaran. Cukuplah perkahwinan kami dibuat kecil-kecilan sahaja. Yang penting ia dirahmati Allah.

Sehari suntuk aku dan Syakif bergambar di dalam bilik. Gambar itu hanya untuk tatapanku dan ahli keluarga sahaja. Puas melayan juru foto yang menyuruh kami posing mengikut kehendaknya.

"Hasihh. Juru foto ni dah melebih ni. Ada ke patut suruh Syakif memeluk penggangku dan meletakkan dagunya pada bahuku." Aku berbisik di dalam hati. Malunya. Namun aku melihat Syakif selamba sahaja mengikut apa yang disuruh oleh juru foto tersebut.

"Gementar ke?" Aku bertanyakan Wir yang sedikit kaku. Namun ku tahu dia gugup. Debarku juga bertandang. Aku dapat merasakan lekuk tubuh Wir. Tiba-tiba bayangan wanita igauanku menjelma. Aku melepaskan Wir secara tiba-tiba. Aku melihat Wir seakan terkejut dengan tindakan spontanku.

" Abang. Kenapa ni?"

"Errr. Nothing. Abang keluar dulu." Lantas aku meninggalkan Wir bersama juru foto itu. Keterlaluankah aku memperlakukan dirinya seperti itu? Dia isteriku. Ya Allah, jangan biarkan syaitan mengusik hatiku.


BAB 10

Aku menunggu Syakif di bilik. Terasa debaran kian menggunung. Inikah yang dikatakan getaran malam pertama yang dilalui oleh semua pasangan pengantin baru. Aku ingin menolong Mak Zah mengemas dapur. Namun dia melarang aku daripada membantunya. Katanya pengantin baru tidak boleh melakukan banyak sangat kerja. Permaisuri seharilah katakan.








SY AKAN SAMBUNG NOVEL INI KEMUDIAN. 

4 comments:

  1. Hmm,, jalan ceritanya agak bagus bagi penulis yang baru ingin bertatih dalam bidang penulisan.Penggunaaan ilmu bantu amat penting dalam menghasilkan sebuah novel yang padat dengan isu moral dan pengajaran.Tapi jangan lupa masukkan sekali ilmu bantu itu.Teruskan mengarang,apa yang kita tulis itulah kita.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. hihi..mekasih jue..aokk..kamek ikut ya ilmu2 tu. mekasih bah owg sabah..=)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...