بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Friday, 20 April 2012

C.I.N.T.A



cinta merupakan segala yang terindah yang hadir dalam hidup kita. cinta yang paling utama adalah menyintai Allah, agama, ibu bapa dan juga keluarga. Namun, Allah juga menghadiahkan rasa cinta kita buat seseorang yang bakal mendampingi kita yang mana, dia jugalah yang akan membimbing kita menuju redha Ilahi. Cinta tidak selalu bersama jodoh, tetapi jodoh selalu bersama cinta.

Itulah yang berlaku dalam hidupku. Aku dicintai oleh 4 orang adam yang sangat baik. Alhamdulillah. Namun aku hanyalah wanita yang hanya mampu memilih salah seorang sahaja daripada mereka. Aku mula keliru dengan hatiku. Kalau aku memilih seseorang yang aku cintai, adakah cinta itu mampu membawa jodoh buatku sedangkan jodoh itu selalu bersama cinta, namun tidak cinta yang bersama jodoh.

Penilaian siapa yang terbaik buat kita hanya Allah sahaja yang tahu, namun aku tidak sesekali mengetahuinya. kerana ketulusan hati seseorang hanya Allah sahaja yang tahu. Aku tidak tahu siapakah di antara mereka yang benar- benar mengasihi aku seadanya. yang boleh menjagaku diwaktu muda dan tua, yang cintanya tidak sesekali suram walau wajah dimamah usia.

sekarang ini, hanya doa yang mampu aku lakukan agar Allah menemukanku dengan seseorang yang benar-benar sudah tertulis buatku sejak azali..InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...