بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Monday, 16 April 2012

Pencarian Sahabat suka dan duka


Assalamualaikum shbt blogku...
Hari ni terasa ingin menarikan tangan di laptop menaip dan meluahkan seberapa banyak luahan  dan pendapat hati. Anda semua sudah tentu pernah bersahabat dan anda sudah tentu arif dalam memilih siapakah yang memang boleh rapat dengan diri anda. 

Memilih itu bermaksud kita menilai siapakah yang benar-benar boleh menjadi teman sejati dikala susah dan senang. Teman memang ramai, tetapi teman sejati tidaklah seramai teman biasa kita yang lain. Kadangkala, mereka berteman dengan kita hanya untuk mempergunakan kita. Ada juga yang berteman hanya untuk suka sahaja dan tidak untuk lara.

Sebab itulah kata orang dahulu kala, teman ketawa senang dicari, teman menangis memang sukar dicari. Persahabatan yang ikhlas bukan sahaja untuk masa-masa gembira. Namun juga untuk masa-masa kita derita. Carilah sahabat yang benar-benar ikhlas dalam bersahabat denganmu, yang mana kita dapat meluahkan rasa dan berkongsi kesedihan kita bersama mereka. 

Untuk mencari seorang sahabat yang baik, kita juga perlu pastikan kita menjadi sahabat yang baik kepada orang lain. Jika kita sendiri yang gagal menjadi sahabat yang baik, bagaimana kita mahu dapatkan sahabat yang baik? Mereka juga pastinya tidak mahu menjadi sahabat kita jika kita memiliki sifat-sifat mazmumah.

Dalam persahabatan juga, kita perlu menjaga bait-bait perkataan kita ketika kita bergaul dan bercakap dengan sahabat kita. Kerana berbeza manusia maka berbezalah sifat-sifat yang ada dalam diri mereka. Perkataan yang mampu melukakan sahabat perlu dibuang. Jangan biarkan orang terluka, sebagaimana kita tidak mahu terluka. 

Biarlah kita bersahabat di dunia dan doakanlah agar persahabatan kita diteruskan di akhirat sana. InsyaAllah..^__^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...