بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Friday, 13 April 2012

Kasih Tuhan melalui ujian




"Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu."


Kasih Allah datang dalam pelbagai bentuk ujian sama ada diuji melalui masalah kehidupan ataupun juga diuji melalui penyakit. Allah tidak akan menguji hamba-hambaNya tanpa kemampuan mereka. Maknanya, setiap ujian dari Allah sebenarnya mengikut kemampuan kita. Allah itu adil dan maha mengasihani..


Jadi kenapa kita harus meratapi setiap dugaan yang Allah kirimkan?


Bila kita diuji dengan keperitan, dekatilah Tuhan. Bersujudlah kepadaNya yang memiliki segala zat dan kekuasaan. Yakinlah, dugaan yang Allah berikan itu sebenarnya kiriman rindu buat kita dariNya. Pada siapa lagi harus kita mohon melainkan Tuhanlah yang memberi ujian, dan Dia jugalah yang akan mengutuskan segala penyelesaian. 


Menangis itu tidak salah. Menangislah dihadapan Allah. Allah itu maha melihat dan mengetahui segala kesulitan yang kita hadapi. Rayulah kepadaNya agar diberi petunjuk.  Tuhan sayangkan kita, ujian yang diberi sebenarNya tidaklah lama. Semakin banyak ujian dari Allah, semakin kasih Allah terhadap kita. 


Beruntunglah bagi sesiapa yang sentiasa diberikan ujian dari Allah...
semoga kita sentiasa menjadi hamba yang redha dengan setiap ujian..


APA YANG DITETAPKAN UNTUK KITA ITULAH YANG TERBAIK



    Tuhan sentiasa ada memberi pertolongan. Tanpa kita sedari, Tuhan memandang kita dengan penuh kasih ketika terlena. Yakinlah...Pertolongan Allah akan datang disaat kita terjaga dari lena...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...