بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Wednesday, 16 May 2012

Mengintai dari kejauhan (kerana aku wanita)



Seperti lelaki, wanita juga punya hati dan rasa.
Rasa untuk menyintai dan dicintai, rasa untuk menyayangi dan disayangi.
Namun, kebanyakkan wanita sebenarnya malu untuk meluahkan rasa hati mereka yang terpendam buat pria idaman mereka.
Wanita tidak akan mengambil tindakan yang pada mereka tidak masuk akal untuk perigi mencari timba.
Namun sebenarnya tidaklah salah untuk timba mencari perigi.

Namun kebanyakkan kami wanita, hanya memendam rasa cinta yang hadir dalam diam. Namun kadang-kadang kami kongsikan rasa kami dengan individu yang dirasakan mampu menjaga rahsia perasaan kami.
Wanita kadangkala perlu ada egonya, perlu ada nilainya. Kami tidak boleh sewenang-wenangnya menyebut kalimah cinta pada seseorang lelaki. Tidak akan mungkin bagi kami untuk melafazkannya terlebih dahulu.

Oleh kerana sifat ego dan bernilai inilah yang menyebabkan kami mengintai dari kejauhan.

"Hari ni dia pakai baju warna apa ye?"
"Hari ni dia nampak menarik."
"Kenapalah dia tidak tahu apa yang aku rasakan. Kan elok kalau perasaan ini diketahui olehnya."
"Orang kata rindu takkan terjadi tanpa dua hati. Rindukah dia padaku?"

Hurmmm..Macam-macamlah persoalan yang timbul dalam minda wanita. Namun, bagi wanita sudah menjadi kepuasan buat mereka kiranya dapat melihat dengan hujung mata sahaja adam idaman mereka. Dalam hati.

"Moga dipertemukan. Jika benar dia jodohku, dekatkan dan satukan hati kami. Jika dia bukan suratanku, jauhkan perasaan ini."

Itu sahajalah doa kami sebagai wanita. Kami tidak mampu meluahkan kata. Namun kami mampu meluahkan rasa. Bukan pada Adam pilihan, namun hanya pada Allah. Bagi kami wanita. Biarlah kami menyintai dari kejauhan. Jika benar mereka untuk kami, insyaAllah kami akan bersua di dalam satu ikatan yang sah...;)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...