بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Thursday, 24 May 2012

Rahsia kecantikan semulajadi

sebagai wanita, semestinya anda ingin kelihatan cantik. pelbagai produn yang anda gunakan bagi memastikan impian anda tercapai. Namun begitu, kecantikan juga mampu dimiliki tanpa menggunakan produk-produk yang mengandungi bahan-bahan kimia. Jom sama-sama kita cuba petua kecantikan semula jadi ini:





1. memelihara wajah dari tompok2 hitam dan warna kulit yang tidak sekata:


Ambil 1/2 kg beras dan setengah daun limau nipis yg telah matang. Bersihkan beras dan toskan. perah air asam limau nipis ke dalam kuali dan masukkan beras yang telah dibasuh tadi. goreng tanpa minyak sehingga berubah menjadi kehitaman. tumbuk dan ayakkan menjadi tepung beras. kemudian bancuh dengan air sejuk dan gosok pada wajah seperti menggosok daki. untuk hasil yang lebih baik, boleh juga dijadikan beras ini sebagai masker.

2. Bibir merah semulajadi:

bagi wanita yang berbibir pucat, anda boleh mencuba petua ini. 
caranya ialah ambil sebuku halia dan tumbuk lumat dengan 
dibubuh sedikit air. perahkan airnya ke dalam cawan dan 
campurkan dengan kuning telur ayam kampung sebiji. 
amalkan setiap pagi dan malam sebelum hendak tidur.



3. Bibir pecah:

Bagi merawat bibir yang pecah pula,ambil getah jaraj 
dan sapukan pada bibir yang merekah itu.

4. Muka berminyak:
Bagi individu yang mempunyai muka jenis
 berminyak pula, adalah sesuatu yang merimaskan
 jika muka tampak berkilat dalam gambar. Habuk 
dan kotoran juga mudah melekat pada muka yang 
berminyak, menjadikan ia mudah ditumbuhi
 jerawat. untuk mengelakkan keadaan sedemikian, 
ambil daun peria dan gosokkan pada muka 
setiap amalam sebelum tidur selama sebulan.






Hurmm, apa lagi, jom try..:)
 














No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...