بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Wednesday, 16 May 2012

Sekali lagi


menyerah tak semestinya mengalah, kadangkala kita menyerah untuk mencari kebaikan dan memberi ruang untuk insan lain memulakan langkah.
menyerah tak semestinya kalah, kerana kita sebenarnya memberi ruang untuk insan lain berubah.
menyerah tak semestinya kalah, kadangkala kita memikirkan ia lebih baik jika tidak mengundang persengketaan. Itulah perkataan menyerah bagi insan yang kuat.

Kadangkala, dalam hidup ini, kita lebih merasakan bahawa perasaan insan lain perlu diutamakan berbanding perasaan sendiri. Kadangkala kita sembunyikan apa yang kita rasa demi melihat kebahagiaan insan lain. Kita sakit, terlalu sakit. namun pada masa yang sama Allah hadiahkan sebuah kemanisan dalam hati buat kita tanpa kita sedari. Kita sakit namun kita masih mampu tersenyum.
 Kita sakit namun kita masih mampu untuk terus ketawa menyembunyikan resah di jiwa..

KUATKAN KITA?? ^___^

Sememangnya kita kuat. Allah lahirkan kita dengan kecekalan hati. Kita insan yang dipilih untuk diuji dengan ujian yang datangnya dengan pelbagai bentuk. Namun, puluhan dugaan itu kita mampu tepis dengan ratusan kekuatan rohani dan jiwa yang kental. 

HEBATKAN KITA?? ^___^

Jika suatu hari kita terjatuh, bangkit dan senyumlah..
jika suatu masa nanti kita rebah, bangun dan kuatkan semangat.
jika suatu hari nanti kita merasakan bahawa kita tidak mampu untuk melalui cabaran itu,

katakan pada hati,
"Izinkan sekali lagi buatku untuk terus kuat."

Anda insan terpilih. Kita ada Tuhan, kita ada Tuhan, kita punya Tuhan...:)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...