بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Saturday, 19 May 2012

The WINNER

WE ARE THE WINNER

Assalamualaikum w.b.t...
hari ni terasa pula nak menulis tentang kemenangan kita yang kadangkala kita sendiri tidak sedari. Sejak kita di dalam rahim ibu lagi kita merupakan pemenang. Kita merupakan sperma yang terpilih untuk menakluki dan mendiami rahim ibu. Antara ribuan sperma yang berpusu-pusu cuba mencari ruang untuk memasuki rahim ibu, kita yang mampu menemuinya. Kita yang mampu mencarinya. Kita yang mampu menembusinya. Kita pemenang.

Namun hari ini, kita mula berputus-asa. Sudah tidak mahu bersemangat untuk sedaya-upaya menggapai apa yang kita mahukan. Namun, ketika ini kita lebih memilih untuk menyerah hanya kepada takdir. Sedangkan Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, jika mereka sendiri tidak mahu mengubah nasib mereka.

Berusaha, berusaha dan terus berusaha. Jangan patah semangat. Kita mampu. Kita mampu merealisasikan impian kita. Asalkan kita berusaha untuk memilikinya. InsyaAllah. Carilah semula kekuatan jiwa kita. Cari semula semangat kental kita. Kembali seperti sebelumnya. Kenali Tuhan, dekati Tuhan, Sayangi Tuhan. Jika kita terus berusaha dan sentiasa dekat kepadanya, kita tidak akan rebah dan mengalah. Percayalah...

Jika hari ini, esok dan hari-hari yang akan mendatang, kita tidak pernah menyerah dan sentiasa kuat, kita akan tetap menjadi pemenang. Walaupun kita pemenang untuk kepuasan hati kita sendiri..:)


2 comments:

  1. betul2.. ramai yg selalu lupa diri. tak ingat bahawa diri tu suatu ketika dahulu pernah bergelar juara.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pha is,

      sypun kadang2 terasa juga utk berputus-asa, tp sy kuatkan semangat kembali, yakin kita tetap boleh walaubagaimana cara sekalipun..:)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...