بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Saturday, 16 June 2012

awak memang sahabat yang baik


saya tahu, awak memang sahabat yang baik...
awak hulurkan tangan, mengangkat saya dikala saya jatuh kesedihan...
saya tahu, awak memang sahabat yang baik...
awak kongsikan bekalan makanan, dikala saya lemah kelaparan...
saya tahu, awak memang sahabat yang baik...
awak kirimkan saya gula-gula diwaktu hari lahir saya, walaupun hanya gula-gula, tetapi manisnya singgah di hati...

saya tahu, awak memang sahabat yang baik...
awak doakan keselamatan buat saya, dikala saya diuji bencana...
saya tahu, awak memang sahabat yang baik...
awak hantar saya pulang ke rumah dengan basikal tua, kita jatuh ketika menuruni bukit. siku saya luka lalu berparut, tapi saya tetap senyum kerana parut itu hadiah persahabatan kita...

saya tahu, awak memang sahabat yang baik...
awak payungkan saya dikala saya kebasahan meredah hujan...
saya tahu, awak memang sahabat yang baik...
awak mempercayai saya dikala orang lain menuduh hina saya...
saya tahu, awak memang sahabat yang baik...
awak menangis di bahu saya, diwaktu saya lemah, sakit tidak berdaya...

saya takut untuk kehilangan awak, kerana saya tahu
awak memang sahabat yang baik...
saya sayangkan awak, sebab bagi saya awaklah sahabat saya, semangat saya, jiwa saya...
saya bimbang kehilangan awak, kerana saya tahu sukarnya mencari ganti sahabat sejati,
sentiasa menemani dikala sunyi...

NUKILAN IKHLAS: HASLINDA
Dariku buat semua teman-teman teristimewa

(ATIAH, JUE, MUNI, KAUSAR, ASMA, AZIE, SYIERA, FAZ, SANAH, WANI, MIHA)


1 comment:

  1. nukilan ikhlas dari saya buat sahabat-sahabat yang sangat saya sayang..:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...