بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Tuesday, 12 June 2012

Berbicara tentang hati


Assalamualaikum w.b.t

Hurmm,  dua tiga hari baru nampak semula coretan pemilik blog ni kan. Hehe. kadang-kadang menulis tinta ni perlukan mood yang baik jugak sebenarnya. Hari ni saya ada terbaca satu ayat indah daripada sahabat karib saya Atiah. Katanya

"Jika seseorang itu menyembunyikan perasaan cinta yang ada dalah hatinya, sehingga dia meninggal, maka itu boleh dikategorikan sebagai mati syahid."

Hurmm...Apa pendapat anda semua???
Hati saya terusik dengan kata-kata indah tersebut kerana saya tahu, itulah sifat kita sebagai wanita sebenarnya. kita tidak meluahkan perasaan cinta kita pada lelaki kesukaan kita. Sebaliknya memendam rasa itu jauh di sudut hati kecil. Terasa sangat ingin memberitahunya bahawa kita sebenarnya mempunyai rasa cinta, namun kita punya ego yang tinggi. Ego disini bukanlah ego yang negatif. Tetapi ego dalam kategori yang positif. 

Kita sanggup menunggu jejaka kesukaan kita meluahkan rasanya terhadap kita terlebih dahulu.Namun apa yang sering bermain di dalam minda, adakah dia juga mempunyai perasaan cinta terhadap kita???
Tup tup, paling menyedihkan kita tengok dia sudah ada pilihan hati dan pilihan hati mereka bukanlah kita. Tapi kita tetap kuat. Masih boleh tersenyum di saat hati meronta berduka. Tekad hati, " Usah menangis wahai hati, jika dia benar jodoh kita insyaAllah dia tetap menjadi milik kita."

Jadi sahabat-sahabatku sekalian, janganlah berduka jika insan yang kita minati, insan yang kita cintai sudah ada yang punya. Kita perlu yakin dengan Qada dan Qadar Allah. Jodoh ajal dan maut sudah ditentukan oleh Allah. Namun begitu, kita tak boleh hanya berpeluk tubuh sahaja. Perlu berusaha mencari dan menilai yang manakah insan yang boleh membimbing kita menuju jalan Allah..

InsyaAllah kita mampu..:)

2 comments:

  1. thanks sahabat...
    bagiku, cinta xsemestinya memiliki..biarlah ianya mnjadi rahsia abadi..sehingga kita bjmpa someone yg btul2 cintakan kita kerana-NYA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul atiah. biarlah ia menjadi rahsia antara kita dengan Tuhan. insyaAllah dia yang ditanda Allah buat kita, sedang juga mencari kelibat kita...:)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...