بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Friday, 15 June 2012

ciri-ciri Adam pilihan



              




Mampu melakukan kerja lelaki- Sebahagian wanita menyatakan bahawa mereka amat mudah terpikat terhadap lelaki yang mampu melakukann kerja-kerja lelaki seperti bertukang, membaiki kenderaan dan sebagainya. Mungkin ini merupakan rahsia  yang kebanyakan lelaki tidak sedar.


Sopan- Mungkin ciri seperti ini agak klasik tetapi kebanyakan wanita menyetujui bahawa mereka lebih sukakan jenis lelaki yang sopan. Sopan yang dimaksudkan bukanlah menjurus kepada perwatakan yang lembut, terlalu menjaga tingkahlaku dan sebagainya, ia lebih kepada pertuturan mereka.Ini mungkin disebabkan oleh sifat semulajadi wanita yang mudah terguris dengan kata-kata seorang lelaki.


Cara berpakaian- Bukan wanita sahaja, tetapi orang lain juga akan selesa untuk melihat anda sekiranya berpakaian kemas. Dari segi psikologi pula, ia adalah cara terbaik untuk orang sekeliling membuat tanggapan awal yang positif terhadap diri anda. Apabila sudah berfikiran positif, maka lebih mudah untuk anda mendekati mereka.


Berjaya memikat hati ibubapa- Seorang wanita amat mementingkan perhubungan antara lelaki dengan ibubapa mereka, berbanding lelaki yang biasanya tidak terlalu mementingkan perkara ini. Sekiranya anda berjaya memikat hati ibubapa seorang wanita, anda adalah lelaki idaman mereka.


Mampu berdikari- Bagaimana seorang lelaki mampu untuk melindungi seorang wanita sedangkan diri mereka sendiri masih tidak mampu untuk dilindungi? Persoalan yang selalu bermain di fikiran wanita.


Membuatkan mereka berasa selamat- Sekiranya anda sudah berjaya membuatkan seorang wanita berasaselamat apabila bersama, anda sebenarnya telah berjaya memikat mereka.


Kelakar- Tanggungjawab seorang lelaki adalah untuk membuatkan wanita ketawa.


Mengambil berat- Wanita amat memerlukan perhatian daripada seorang lelaki, Mereka akan merasakan amat dihargai sekiranya  anda mengambil berat mengenai diri mereka.


Pegangan agama- Tugas besar seorang lelaki adalah untuk memimpin. Kepimpinan akan goyah sekiranya tiada satu pegangan yang kuat. Ia memang tidak boleh dinafikan.

1 comment:

  1. originally by pakar diari hati:

    http://diarihati.com/blog/2011/12/24/ciri-lelaki-idaman/

    siapapun pilihan kita, pastikan kita sendiri cuba mengubah diri kita menjadi lebih baik. Buat kaum hawa sepertiku, kalaupun kita tidak sesempurna siti Khadijah, cukuplah sekiranya kita memiliki sekelumit sifat-sifat terpuji beliau..:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...