بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Monday, 11 June 2012

kecantikan lelaki, kegagahan wanita






Cantiknya seorang lelaki tu bukan pada rupa fizikal tapi pada murni rohaninya . Lelaki yang cantik :
Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan buat perempuan
Lelaki yang sedia menerima segala teguran
Lelaki yang memberi madu , setelah menerima racun
Lelaki yang tenang dan lapang dada
Lelaki yang baik sangka
Lelaki yang tak pernah putus asa

* Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati . Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki .


Kegagahan seorang wanita pula bukan terletak pada pejal otot badan , tapi pada kekuatan perasaannya. Perempuan yang gagah :
Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginannya
* Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman . Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan .


P/S PDH : Seorang lelaki mungkin boleh mencintai seribu gadis,
Namun tidak ramai lelaki sejati yang mampu mencintai seorang gadis dengan seribu cara…



Oleh: (pakar diari hati)

1 comment:

  1. lelaki yang paling gagah adalah lelaki yang mampu mengawal perasaan marahnya terhadap wanita. opss, adakah anda memiliki sifat ini?? jika ya, tahniah, anda memang seorang yang macho..;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...