بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Friday, 15 June 2012

wanita ibarat air




Bunyi macam pelik bukan.. Apa kaitan wanita dengan air? Sebenarnya, sifat-sifat air banyak terdapat dalam diri wanita.. Sebagai contoh, walaupun air itu lembut, ia tetap dapat menghancurkan seketul batu walaupun mengambil masa yang lama..

Ini terbukti begitu kuatnya pengaruh wanita sehingga salah seorang maharaja china boleh kehilangan takhtanya disebabkan mereka.. Hanya kerana wanita juga, Taj Mahal yg menjadi salah 1 dari 7 keajaiban dunia gah terbina.. Tanpa air, manusia tidak dapat meneruskan hidup lebih dari 3 hari..

Begitu juga lelaki, tanpa wanita yang menjadi pemangkin semangat masakan mereka dapat mendaki hingga ke puncak kejayaan.. 70peratus permukaan bumi yg kita duduki ini terdiri dari air.. Betul bukan?
Tidakkah ianya menepati keadaan sekarang di mana wanita lebih ramai menghuni permukaan bumi ini berbanding lelaki.. Bagaimana pula dengan perubahan molekul air? Bila dipanaskan, ianya akan brtukar menjadi wap, dan bila ia disejukkan, ianya bertukar menjadi ais.. Ini menunjukkan sifat air itu tidak stabil..


Dalam erti kata lain, emosi wanita sukar untuk dikawal.. Sukar untuk menjangka tindakan yg bakal dilakukan wanita bila emosi menguasai diri.. Walau apa pun, lelaki tetap memerlukan seorang wanita untuk berkongsi suka duka, kejayaan, kekecewaan, cinta dan sayang sebagaimana pentingnya air kepada manusia.
Dari Abu Said al-Khudri, r.a., bahawa Nabi s.a.w., bersabda: “Sesungguhnya dunia ini manis dan indah dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu wakil menguruskan apa yang ada padanya, maka dengan itu ia sentiasa memerhati bagaimana cara kamu menjalankan urusan itu; oleh itu hendaklah kamu menjaga diri dari keburukan yang disebabkan oleh dunia, dan khasnya oleh perempuan, kerana sesungguhnya fitnah yang mula-mula menimpa kaum Bani Israel adalah berpunca dari orang-orang perempuan.” (Muslim)
Jadilah seperti air, sejuk dan menyembuhkan. Dalam kelembutan ada kekuatan, mampu melekukkan kerasnya batu, mampu merintangi laluan yang berliku, dari hulu ke hilir mengalir tanpa lesu… Bersifatlah seperti air yang juga mengikut bentuk walau di mana ia berada, sentiasa dapat menyesuaikan diri dalam apa keadaan, panasnya menjadi seruap wap sejuknya menjadi sekeras ais.

3 comments:

  1. Hebatnya menjadi wanita. cuma sebagai wanita, kita janganlah menyalahgunakan kelebihan kita untuk memerangkap kaum Adam, kerana mereka memerlukan kita dengan keikhlasan yang sebenar-benarnya..:)

    ReplyDelete
  2. Untungnya wanita..
    Cuma seharusnya wanita yang terbaik ialah yang terselamat dari fitnah dunia..:)

    salam ziarah sini..^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tme kasih permata...sypun stuju pendapat permata. smoga kami kaum wanita terselamat daripada fitnah dunia. insyaAllah. :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...