بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Monday, 3 September 2012

Alkisah lesen kereta


Alkisah “LESEN KERETA”

Aslkm sahabat blogku..hurmm…rasanya dah lama diri ini tak coretkan tinta pencetus rasa di blog kesayangan sy ni. Opss, hari ni sy dan 3 orang lg rakan sy sama2 test lesen kereta. Tapi apa yang memang meninggalkan kenangan buat saya, keempat-empat kami semuanya terkandas. Owhhh tidak. Rasanya saya dah cuba ambil hati JPJ, tapi nampaknya semuanya tak makan saman. Kehkeh. So apa lagi, melayang la free free RM80 hengget untuk test buat kali kedua. Hadoiiii, kalau saya ni menantu anak PM Malaysia tak apalah jugak nak test sampai 1oxpun..huahhuah….
Tapi alhamdulillah. Walaupun bukan menantu PM merangkap isteri kepada anak beliau, kakak sulung saya dari awal2 lagi dah bagi duit lebih. Huhu, mungkin dia dah tahu kot muka-muka macam saya ni memang bakal terkandas. Weweeeee…… macam manalah boleh terkandas ujian memandu ni. Rasanya dah sengal-sengal tulang belakang dok practise kereta. Mungkin nipun salah satu ujian Allah yang kecil. Hurmm, mungkin jugak erk. Sabar…sabar…. J ada hikmahnya tu.
no
nama
Test litar
Test jalan raya
1
Saya sendiri
Lulus
Gagal
2
wani
Gagal
Lulus
3
jugha
Gagal
Gagal

Humm..siap ada jadual lagi ni. Hehe, jadual kenangan. Sekurang-kurangnya nanti, masih ada kenangan yang boleh mengusik jiwa. Apa yang paling penting bagi saya, saya sudah cuba buat yang terbaik. insyaAllah kali kedua tak ada lagi la yang repeat test ni. Amin…

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...