بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Monday, 3 September 2012

CINTA PERTAMA



CINTA PERTAMA


Siapa yang tidak pernah bercinta???
Pentingkah bercinta dalam kehidupan kita? Berdosakah kita apabila kita mula bercinta? Adakah kita pasti cinta itu bakal kekal sehingga ke penghujung hayat kita?
Wahhhh, banyak pula soalan yang saya tanya kali ni. Kata orang cinta itu fitrah. Rasa cinta itu bukan kita yang pinta. Ia datang terus dari hati. Cinta itu sebenarnya tidaklah salah. Asalkan elok mengikut syariat islam yakni mengikut syarat-syarat islam. 


Namun walaupun kita menyintai manusia, cuba tanamkan dalam hati, bahawa Allah adalah cinta kita yang pertama. Jika kita jadikan Allah kekasih kita yang paling utama, insyaAllah cinta yang akan datang adalah yang terbaik. Sebabnya Allah telah menjaga jodoh kita di dunia. 


Tapi apa salahnya kita bercinta setelah kita di alam perkahwinan. Mula-mulanya kita kenal-kenal sahaja hati budi si dia. Bila kita rasa dia ok, lepas tu si dia pula beri kita petanda yang dia menyukai kita, apa salahnya si dia masuk memetik bunga di taman mengikut cara islam. Lepas tu barulah mulakan skill-skill percintaan yang kita miliki. Hurmmm, saya rasa ia lebih romantis…hehehe…


Namun, kita harus juga sentiasa berdoa, moga jodoh yang bakal menghiasi hari-hari kita adalah baik disisi Allah. Panjatkan harapan padaNya agar diberi jodoh yang baik. Soleh dan solehah. Jika benihnya baik, insyaAllah hasilnya juga baik. Namun untuk mencari insan yang baik, kita sendiri dahulu yang perlu berusaha menjadi baik. Kerana janji Allah itu benar. “wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk lelaki yang baik.” 


Saya juga sebenarnya tidak sempurna. Tapi, apa salahnya kita sama-sama ingat-mengingati. Bukan untuk insan lain sahaja, tetapi untuk peringatan diri saya sendiri yang daif ilmu Allah. Semoga kita semua dibawah rahmat dan kasih sayangNya. Amin…

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...