بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Sunday, 9 September 2012

hadiah sebuah kelahiran


HADIAH SEBUAH KELAHIRAN


Bismillahirramanirrahim… dengan nama Allah yang maha pemurah lagi yang maha mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mencipta dan membenarkan suatu kelahiran. Di mana Dialah yang mencipta benih indah di dalam rahim seorang hawa yang bergelar ibu. Tidak tergambar betapa besarnya kuasa Tuhan.

 Bagaimana seorang bayi mampu hidup di dalam rahim ibunya. Tidak kira besar manapun bayi itu. Tidak kira berapapun jumlah kembarnya, mereka masih mampu hidup di dalam perut ibunya. Subhanallah…itulah bukti kebesaran dan keagungan Allah.

Jauh sekali untuk manusia meniru kuasa Allah. Manusia tidak akan pernah mampu menandingi kuasa Allah. Bagaimana rahim yang kita rasakan kecil boleh memuatkan 13 kembar? Bagaimana rahim yang kita rasakan kecil boleh menampung berat bayi 10 kilogram? Tidak ada yang mustahil bagi Allah. Jika Allah mahukan sesuatu, maka dengan senang sekali Dia mampu menciptakannya.
Kamilah hawa, yang menggendong khalifah Allah selama 9 bulan. Kami lalui perit lelah membesarkannya dengan keizinan Allah. 

Kami hadiahkan bagi suami kami permata hati juga dengan izin Allah. Sebuah kelahiran yang mampu membawa sinar bahagia dalam kehidupan. Itulah kami, HAWA yang sama sekali tidak akan pernah merungut dalam membesarkan kelahiran itu.
Hargailah kami...tidak kami minta dijunjung seperti raja. Tidak pula kami mohon dipijak sebagai hamba. Tapi letakkan kami di hati, kerana kami mampu membawa bahagia. Sayangilah kami sebagaimana kami menyayangimu dengan menghadiahkanmu (suami) dengan kelahiran yang mampu membimbing kita ke syurga. insyaAllah…

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...