بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Sunday, 9 September 2012

ketabahan


KETABAHAN


Dalam melalui hari-hari kita, banyak dugaan yang Allah kirimkan buat kita. Kenapa ujian itu dikirimkan buat kita??? Ia kerana kasihnya Tuhan terhadap kita. Usahlah berkeluh kesah jika ujian Allah mendampingi kita, sebaliknya berkeluh kesahlah jika tiada ujian buat kita. Ujian itu merupakan petanda bahawa Allah sedang merindui kita. Allah merindui suara rintihan kita memohon pertolongannya. 

Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk. Ada melalui kewangan, masalah keluarga, masalah di tempat kerja dan ada juga insan yang diuji dengan masalah kesihatan.

Sama seperti sahabat kecil saya yang diuji dengan masalah kesihatan. Baru- baru ini dia ada memberitahu saya bahawa doktor mengesahkan bahawa dia ada petanda awal untuk menghidap barah otak. Kalau anda semua diuji dengan penyakit tersebut, apakah reaksi anda? Kalau sayapun, mungkin saya mengalami tekanan ketika mana menerima berita tersebut.

Namun apa yang saya boleh lihat pada sahabat saya itu, dia sentiasa tersenyum. Tidak ditunjukkan sekelumitpun rasa sedihnya. Katanya,” saya akan sentiasa kuat selagi keyakinan saya  bahawa Allah sentiasa membantu ada bersama.”  Teruja saya mendengarnya. 

Betapa kuatnya ketabahan dia dalam mengharungi dugaan dunia yang sebenarnya hanya sementara. Baginya, dugaan Allah itu sebenarnya rapuh. Ia boleh dileburkan dengan ketabahan dan kesabaran yang tinggi.

Saya mohon kepada sahabat-sahabat saya untuk mendoakan kesihatan sahabat baik saya. Semoga Allah menyembuhkan penyakitnya. Amin…

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...