بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Monday, 3 September 2012

indahnya kata-kata


Indahnya “KATA-KATA.”


Kasih Tuhan itu lebih baik daripada kasih ibu terhada anaknya.

Sabda rasulullah s.a.w, wanita yang solehah itu lebih baik daripada seribu lelaki yang soleh.

Apabila berbicara itu perak, diam itu adalah emas.

Di hadapan kita ada onak dan ranjau dan kita pasrah meredah. Kita sebenarnya kuat. 

Kubawa cintamu walau kemana, meskipun ku tahu ia bukan milikku.

Bagaimana untuk meneroka keindahan dunia jika jasad sudah tidak bernadi

Mampukah diusir rindu yang bertandang?

Dibalik hamparan sutera, akan ku gamit lambaian rindu

Takdir yang memisahkan kita disebalik rahmat yang tersembunyi

Dapatkah rindu itu bersemi, kasihnya bersinar jauh

Cinta itu bukan jalinan dua hati, tetapi panduan dua jiwa

Seksa itu menjadi indah jika ku tahu kau juga merinduiku

Tiada ucapan, tiada tulisan. Yang ada hanyalah perasaan

Derita dan sengsara itu memberi makna dan warna disetiap liku jalan kenangan

Walaupun jauh menjelajah awan, getaran di dada kan kubawa bersama.

Tak akan kukesali takdir ini

Ketuklah pintu hatiku dan aku sedia membukanya

Rakyat itu akar bangsa, jika akarnya sihat, pokoknya juga sihat

Kecantikan dan kebaikan itu sebenarnya wujud bersama

Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap

Sekali-sekala manusia terpenjara oleh peristiwa lama

Sering kita berjabat tangan, tetapi mengapa masih tidak berkenalan

Aku tidak mahu melihat bangunan itu terdiri sahaja, aku mahu menjadi bahagian yang mendirikannya

Mengapa berpaut pada kenangan sedangkan impian itu boleh digapai

Menjadi tua itu wajib tetapi menjadi dewasa itu pilihan
 
Tumpukan perhatian kepada masa depanmu kerana anda akan meluangkan banyak masa disana

Seni merupakan kekasih yang mudah cemburu

Dalam soal cemburu, soal kasihkan diri sendiri lebih besar daripada kasihkan orang lain

Keliru dalam membuat pilihan adalah satu permainan minda

Nak mencium bau wangi, jangan berdiri di atas duri

Lihat alam, cari kehebatan. Lihat diri, cari motivasi

Usah bermimpi menakluk bintang kalau bulanpun tidak kelihatan

Bila kegirangan singgah di hati, kesepian terus berlalu pergi

Izinkan ku pimpin dirimu dari kamar waktu yang sepi itu

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...