بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Sunday, 9 September 2012

taubat nasuha



TAUBAT NASUHA


Sebagai manusia, kita tidak lepas dalam melakukan dosa. Sedangkan nabi Adam sendiri, manusia yang disayangi Allah juga pernah melakukan kesilapan. Inikan pula kita, manusia akhir zaman yang terlalu rapuh imannya. Mudah untuk diperdaya oleh syaitan yang direjam Allah. Namun kerana sifat Allah yang maha penyayang dan maha pengampun, Dia akan ampunkan dosa-dosa hambanya walaupun dosa hamba-hambanya itu sebanyak pepasir di lautan.


Maha suci Allah…
Sekiranya kita sudah sedar daripada kesilapan yang pernah kita lakukan, bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat yakni bertekad di dalam hati untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama. Tapi bagaimana pula jika suatu hari kita melakukan kesalahan yang sama???

Bertaubatlah kembali buat kali kedua. Allah maha mengetahui hati hamba-hambanya yang benar-benar memohon keampunan dariNya. Allah menyukai hamba-hambaNya yang terus bertaubat setelah melakukan kesilapan. Jangan menghukum kesalahan orang lain, sebaliknya analisis diri kita, analisis kesilapan kita, analisis perbuatan kita. Dan hijrahlah daripada keburukan menjadi kebaikan.
Tidak perlulah kita berlagak menjadi manusia yang hebat kerana melanggar arahan Tuhan. Kerana hidup kita tidak lama. Sekelip mata sahaja nyawa boleh terpisah dari jasad dengan kemahuan Allah. 

jika kita sentiasa menganalisis kelemahan dan kesalahan diri, serta cuba merubah segala keburukan, insyaAllah hidup kita akan aman. Bukan sahaja di dunia, malah di akhirat juga. 

Sama-sama mengingati antara manusia. Saya juga manusia yang hina, banyak kelemahan dan kesalahan yang pernah saya lakukan…

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...