بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Saturday, 27 October 2012

Bagaimana memikat hati kanak-kanak?


Sememangnya tidak senang untuk memikat hati kanak-kanak. Namun ia tidaklah sesukar mana.
Bagi memikat hati mereka, kita sendiri yang kena lahir ke dunia kecil mereka, belajar untuk menjadi kanak-kanak semula.
Jika mereka seorang yang gemarkan aktiviti luar rumah seperti bermain badminton, ataupun bola sepak,
apa salahnya sekali sekala kita sendiri turun padang menjadi lawannya.
Berlari anak mengejar dan merebut bola daripada mereka. 
Jatuh dan bergelak ketawa di dalam lumpur padang.Ahhh, indahnya. Bagaikan menjadi kanak-kanak semula.

Manakala bagi kanak-kanak wanita pula, mereka sangat gemar untuk bermain masak-masak. Namun perlu diingat, ada juga yang suka melastik burung. Wow! dasyat. Hehe.
Jadi apa salahnya kita sama-sama satu kepala melayan mereka bermain.
Biarlah kalau suami berkata; "Cyg bukan main lagi. Kalah anak main masak-masak."
Biarlah.
Kerana inilah salah satu cara kita menjadikan mereka kawan, untuk semakin rapat dengan kita. 
Apabila hubungan itu semakin rapat, maka anak-anak tidak akan segan untuk berkongsikan pelbagai hal dengan kita terutamanya yang berkaitan dengan hati. 
kerana kita bukan sahaja ibu atau bapa, malah kita tersenarai sebagai "bestfriend" mereka.
Success!! :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...