بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Monday, 22 October 2012

My dear ALLAH



terbungkam rasa saat diri ini diberikan ujian. mungkinkah daku tidak bersedia untuk melaluinya.
ia datang berliku di luar jangkaanku.
mungkin daku terleka hingga melupakanNya.
Mungkin daku terlena dari mengingatiNya.
Ternyata benarlah daku terpesona dengan keindahan dunia, hingga terleka bersama isi kandungannya.
Letih jiwa memikirkan titik-titik hitam yang kian berlabuh pada birai hati.
bagaimana untuk daku mula memudarkannya.
bagaimana caraku untuk melenyapkannya.
Tuhanku, daku hambaMu yang tersangat daif meraih cintaMu.
Tuhanku, dakulah hambaMu yang melupai malamMu 
Tuhanku, dakulah hambaMu yang muflis dalam meneroka ruang kasihMu, 
kerana itu maafkan daku, 
jadikan daku pengemis rinduMu...
kerana hanya Engkaulah Tuhan yang satu,
pemilik nadi yakni nafasku...:)
 



4 comments:

  1. Replies
    1. we love Allah...islam itu indah..:)

      Delete
  2. Replies
    1. meuz, saya biasa2 saje. mcm yg lain jugak..opss, sy dah singgah blog meuz jugak..:)tme kasih tau jalan sini.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...