بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Monday, 12 November 2012

Jadikan Allah sebagai teman mesra


Kata-kata ini saya petik dari sumber yang tidak diketahui penulis asalnya. cuma, jika kita membacanya, dan mengambil iktibar daripadanya, insyaAllah mereka yang merupakan pengkarya asal akan diberi pahala daripada Allah. Amin..:)



1.jangan biarkan seorang lelaki menjadi pendengar ceritamu hari-hari. pilihlah Allah. Dia tak pernah pergi. tapi seorang lelaki yang masih belum ada ikatan denganmu boleh pergi bila-bila masa. 

2. jangan biarkan setiap cerita kegemaranmu dikaitkan dengan dirinya yang bukan mahram mu. nanti bila dia dah takda, walaupun awak tengok cerita kelakar, awak akan menangis. don't be!

3. jangan biarkan lagu-lagu kegemaran anda menjadi lagu dia dan anda. nanti, lagu yang rancak pun boleh buat jiwa awak berkocak.

4. janganlah biarkan barang-barang kegemaran anda berkait dengan dirinya. nanti bila dia dah takde, barang tu... hmm.. nak buang, sayang. nak simpan, banyak kenangan. =_=

5. janganlah biar ingatan tentang dirinya masuk walau sesaat pun dalam ingatan awak dalam sehari. nanti bila ia jadi tabiat, susah awak nak buang. sakitnya umpama ada duri mencucuk-cucuk dalam dada. (perh... ayat tak boleh jiwang lagi ke? =_=')

6.jagalah hati. jangan terlalu sayang, janagn terlalu benci.  nanti bila terjadi something, mesti akan terjadi yang sebaliknya.

7. janganlah percaya walau satu patah pun kata-kata lelaki yang bukan mahram mu. anything can happen. sebaik-baik lelaki pun akan ada sesuatu yang dia tipu dengan awak. sama ada untuk tak nak menyakitkan awak atau memang dengan niat untuk menyakitkan diri awak.

8. jangan lah menaruh setinggi harapan. walau macam mana gentle sekalipun lelaki tu, sanggup jumpa parent awak, siap dah berniat untuk berkahwin dengan awak. boleh jadi dia bukan jodoh awak. boleh jadi, last-last dia digoda oleh ex-ex dye or mana-mana wanita dan terus buat dia lupa dengan janji dia pada awak. walaupun parent awak tau tentang dia, malah siap berikan keizinan untuk berkawan dengannya. jangan, TOLONGLAH JANGAN menaruh setinggi harapan. selagi belum diijab kabul, dia bukan untuk awak. 

2 comments:

  1. cinta ALLAH itu akan senantiasa kekal dan harum walaupun satu saat nanti kita akan pergi. Namun, kerana Allah itu bersifat kekal, maka cintaNya sentiasa mekar.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...