بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Thursday, 22 November 2012

Surat untuk Ayah


assalamualaikum ayah...

Buat pertama kalinya pena ini mengirimkan surat buat ayah. kerana faktor kejauhan yang memisahkan anakmu untuk terus mengukir senyum pada wajah gagah itu. Bukan niatku untuk berjauhan daripadamu, tapi kerana jihad ini untuk belajar semata-mata untuk kudapatkan ilmu. penat lelahmu, ku sapu dengan kejayaanku. walau ku tahu, memang anakmu ini tidak akan pernah mampu untuk membalas setiap titik peluhmu dalam membesarkanku.

terima kasih ayah,
kerana telah mengangkatku daripada rebah.
terima kasih ayah,
kerana telah menyapu lukaku sehingga tiada lagi perit yang kurasa.
terima kasih ayah,
kerana telah menyelimutkanku dengan semangat untukku terus berjuang.
terima kasih ayah, terima kasih ayah, terima kasih ayah.

dibahumu ku rebahkan kepalaku mencari kekuatan.
dibahumu ku basahkan air mata, 
kerana ku tahu di situ adanya semangatku untuk terus ke depan,
melangkah liku-liku penuh cabaran.

ya Allah, Engkau jagalah sebaik-baiknya ayah buatku,
Ya Allah, Engkau peliharalah dirinya, kesihatannya, imannya, buatku,
kerana hanya dialah satu-satunya ayah,
yang tidak pernah jemu melihatku terus berjalan melalui kehidupan, tanpa menoleh sedikitpun kebelakang,
walaupun tanpa bayangan.

ayahku, semangatku.
ayahku, pengalamanku.
ayahku, pendengar dunia setiaku.
maka Engkau jagalah dia buatku.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...