بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Monday, 19 November 2012

Tangisan dan kesabaran


Bismillahirrahmanirrahim....

Gerak hati ingin mengukir secangkir wadah berkaitan dengan tangisan dan kesabaran...
tapi sebelum tu, ingin kelip-kelip bertanyakan anda sekalian,
 pernahkan kita bertanyakan diri, 

   bersediakah kita dalam menghadapi dugaan Allah?
   bersungguhkah kita redha dengan ujian dan dugaan Allah?
   adakah mutiara jernih yang menyapu pipi kita lembut itu tanda kesabaran kita setelah melalui dugaan itu?
   atau adakah tangisan itu kelemahan ataupun kekalahan?

Terlalu banyak persoalan bermain di minda, membuatkan jiwa terleka seketika menimang-nimang melodi perasaan yang kadangkala sedih, kadangkala gembira, dan kadangkala seperti tiada berperasaan. tidak tahu rasa yang muncul di hati.

biarkan kelipkelip jelaskan, 
sebenarnya tangisan itu tidak sesekali memberi petanda bahawasanya kita lemah.
juga tidak sesekali menandakan kita menyerah.
namun, kita hanya berhenti seketika untuk menyejukkan hati melalui tangisan.
sejuk hati itu lahir dengan tangisan,
kekuatan hati juga lahir dengan sebuah tangisan,
kesabaran yang lebih kukuh juga akan lahir dengan sebuah tangisan,

jadi, menangis seketika jika kita merasakan bahawa tangisan itu mampu mengembalikan diri kita yang hilang dek kerana dugaan yang tiba-tiba datang menimbusi jiwa dan iman.
namun, katakan pada hati bahawa ia tidak akan sesekali mematikan iman dan jiwa.
kerana dugaan itu sebenarnya kiriman rindu Allah pada hamba-hambanya.

Katakan pada hati bahawa,
  "Aku bersyukur kerana Tuhan memilihku untuk dikirimkan dugaanNya."

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...