بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Monday, 5 November 2012

Tip mengembirakan hati





Latih Minda Untuk Melupakan Kenangan Pahit
Kita seringkali berasa sedih bila mengingat kembali segala kenangan dan memori silam yang pahit mahupun menyedihkan. Sepatutnya yang dulu biarlah berlalu, tak usah di kenang lagi. Kita perlu nekad untuk melupakan semua perkara yang lalu dan mulai fokus pada masa depan. Pastinya kita tak dapat melupakan semua kenangan pahit dalam sekelip mata namun kita mampu memadamkannya sedikit demi sedikit dngan memfokuskan perhatian pada benda yang lebih bermakna seperti cita-cita, keluarga mahupun kerjaya.

Buang Sikap Risau
Perasaan risau akan membuatkan kita seringkali berasa sedih dan kecewa malah takut juga. Perasaan risau juga memberi kesan buruk pada kesihatan dari segi fizikal dan mental. Seeloknya kita belajar untuk membuang sikap risau dengan belajar untuk bertenang dan melatih diri mengawal emosi.

Belajar Untuk Bersyukur
Belajar ucap syukur untuk apa sahaja yang kita miliki. Ucapkan syukur dengan seihklas hati. Cara ini akan membantu kita untuk lebih menghargai. Biarlah mengucap syukur ini meresap ke dalam diri kita dan menjadikannya satu kebiasaan.

Belajar Menjadi Pemaaf
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan dan emosi yang negatif. Kita akan bertambah rasa kecewa andainya kita tak dapat nak memaafkan kesalahan diri sendiri dan juga kesalahan orang lain. Terima hakikat bahawa tiada insan yang sempurna. Kita semua melakukan kesalahan dalam kita sedar atau tak. Jadi belajarlah memaafkan dan kembalikan ketenangan dalam diri.

SELALU KETAWA
Bukan berpura-pura ketawa tapi ketawa pada sesuatu yang benar-benar mengembirakan hati kita. Cuba menonton klip video yang melucukan. Dekatkan diri dengan insan-insan yang mampu membuat kita tidak kering gusi. Ketawa mampu menghilangkan kesedihan. Tidak perlu kecewa sedangkan kita mampu ketawa.

Positifkan Minda
Ada saat dan tikanya kita akan berdepan dengan situasi-situasi yang bakal membuatkan kita sedih dan kecewa namun kita boleh cuba untuk mencari cahaya disebalik setiap kegelapan. Cuba fikirkan yang baik-baik sahaja kerana kita seringkali menjadi seperti apa yang kita fikirkan.

Keraskan Hati
Maksud keraskan hati ialah mempunyai kesabaran yang tinggi dan bijak mengawal emosi dan sentiasa menerima semuanya dengan penuh keredhaan. Adakalanya dugaan yang kita hadapi adalah untuk menguatkan lagi semangat kita dan menjadikan kita lebih matang untuk menempuhi hari-hari yang mendatang.
Sebelum masuk tidur, setkan minda untuk menjadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.
Selepas bangun tidur pula, katakan pada diri, ini adalah hari yang baru untuk ditempuhi.

7 comments:

  1. menarik..boleh d amalkn d saat hati yg kecewa..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi,..macam pernah kecewa ni..:)

      Delete
  2. Replies
    1. baru dikecewakan ke ni? bnyak2 bersabar erk. insyaAllah ada yg lebih baik akn dtg..:)

      Delete
  3. saya susah nk buang sikap risau 2
    http://nurulnamasaya.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. aslkm ain..kalau diikutkan memang susah kita nak buang rasa risau. cuma apa yg kita bole buat, kurangkan rasa tersebut dengan tip-tip tsbt.insyaAllah kita akan lebih kuat..:)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...