بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Friday, 30 November 2012

i am better than your ex, and better than your next





I am better than your ex, and better than your next
Bismillahirrahma nirrahim…assalamualaikum sahabat cuteku.
Uhuk-uhuk. Hari ni saya nak kongsikan sedikit petua untuk kurangkan rasa sedih anda kiranya ada di antara kita yang putus cinta.
Hurmm…jangan la sedih sangat erk kalau anda putus cinta. Memang la susah nak hilangkan rasa rindu yang hadir tanpa dipinta. Tapi kan ada banyak cara yang boleh kita try untuk kurangkan rasa rindu tu. Jom saya beritahu tip-tipnya:
1.    Habiskan masa bersama rakan. (ni salah satu tip yang boleh anda guna. Jangan la duduk terperap dalam bilik je. Lagi la kuat rindu tu. Cuba keluar jalan-jalan ke sambil makan ice-cream. Takpun petang-petang keluar exercise dengan kawan-kawan.)

2.    Menyanyi. ( Menyanyipun boleh kurangkan tekanan anda tau! J tak perlu la ke tempat yang exclusive. Bukak je laptop comel anda dan bukak lagu kegemaran anda. Apa lagi, nyanyi la.  Tak bestpun tak apa. Yang penting membawa kepuasan hati. Opss, kejap-kejap. Jangan bukak lagu jiwang. Takut nanti makin parah. Hehe.)

3.    Cuba berfikiran positif. ( berfikiran positif bermaksud berfikiran yang waras dan jangan terlalu emosi. Jangan layan sangat bisikan-bisikan rindu dalam hati. Cuba tarik nafas dalam-dalam dan relaks. Kalau ada jodoh dengannya, insyaAllah tak kemana. Allahkan ada. Jadi tak kisah sangat la kalau dia tak adapun. J )

4.    Dekatkan diri pada Allah. ( yang ni ubat yang paling mujarab. Walau bagaimana lemah sekalipun hati, bisiklah pada Allah rasa pedih anda. Memang Allah dah tahu setiap isi hati anda. Tapi kita perlu jugak bercerita pada Allah. Allah sentiasa setia mendengar tanpa jemu walaupun banyaaakkkkk sangat perkara yang kita ceritakan padaNya.)

5.    Percaya bahawa kita lebih baik daripada bekas teman wanitanya dan lebih baik dari teman wanitanya sekarang. ( tak rugipun kita kehilangannya, tapi dia yang perlu rasa rugi kerana kehilangan kita. Hehe. Kerana kita lebih baik sebenarnya. Dan lagi satu, yakin pada diri bahawa orang yang akan datang nantipun lebih baik darinya. Amin…)


5 comments:

  1. hehe.. insyaallah..
    pasti ade yg terbaek.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah...bnyakkan doa...love after marriedpun ok..:)

      Delete
    2. hehe..insyaallah.. love after married mmg ok..tp x salah kenal dlu sblum marrid kn kn.. :)

      Delete
    3. betul...kene jugak kenal. maksudnya cari maklumat drp org lain. tp xbcinta lg..

      Delete
    4. itu la sebaeknya.. kenal hati budi dlu n tau latar belakang..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...