بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Sunday, 2 December 2012

Doaku dalam keikhlasan


Bismillahirrahmanirrahim...
assalamualaikum semua..apa khabar? semoga kita sentiasa sihat dengan izin dan pengawasan dari Allah.
Hurmm... hari ni tertengok pulak gambar ni kat facebook. memang menyentuh hati kata-katanya.

kata orang diam itu emas,
kata orang diam-diam ubi berisi.
banyaknya makna disebalik satu perkataan sahaja, yakni "diam."
orang dulu-dulu kata, diam tu tanda setuju. ye ke?
hehe...mungkin betul. kadangkala kita lebih memilih untuk diam daripada mengungkapkan sebarang kata-kata pada seseorang. malah itu jalan yang lebih baik untuk kita ambil. tapi barangkali ada jugak yang malu untuk ungkapkan...mungkin..:) 

tapi kita tidak diam dengan Allah. kita hanya diam pada seseorang, tapi tidak dengan Allah.
kerana kita sentiasa menadah tangan bercerita akan isi hati kita padaNya.
itu kerana kita yakin bahawa Allah maha mendengar, dan Dia merupakan sebaik-baik perancang bagi segala sesuatu. sebab itulah, kita bermanja denganNya. sebab kita tahu Allah itu caring..dia sentiasa nak dengar rahsia hati kita, walaupun Dia sebenarnya memang sudah tahu. Hebatnya Allah..:)

jadi, apa-apa saja isi hati kita, yang kita rahsiakan daripada insan lain, kita luahkan semuanya pada Allah.
Dia akan tolong kita. Percayalah! sebab Allah tu kan bestfriend kita. :)
mohon doa, jangan malas sangat nak berdoa tau. kalau inginkan sesuatu, doa cepat-cepat. jangan tangguh-tangguh. 



nukilan ikhlas dariku. 
Has

2 comments:

  1. jom join my giveaway. all participants will get free domain :D

    http://mujadafewa.blogspot.com/2012/12/giveaway-free-domain-for-all.html

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...