بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Wednesday, 5 December 2012

Keluarga Nyonya Rokiah



huahuahua....bahagia tak nampak depa?
ni la keluarga Nyonya Rokiah.
ia merupakan satu lakonan yang perlu kami buat untuk assingment Interpersonal Communication.
opss, nape saya tak ada dalam gambar tu??? 
sebabnya dalam cerita ni saya memegang watak orang gaji and sebagai pencerita...
ni pun satu kenangan buat saya selama saya belajar di Universiti Malaysia Sarawak..:)

cyg sume2...:) i will miss that moment forever.



Tajuk: selepas tamat belajar, ibu bapa anda ingin mengahwinkan anda dengan seorang pemuda pilihan mereka, iaitu anak sahabat bapa mereka yang juga seorang duda. Dalam masa yang sama, mereka juga berhasrat untuk mengadakan dua perkahwinan serentak memandangkan kakak anda telah dua tahun bertunang. Namun, anda tidak bersetuju kerana telah mempunyai pilihan sendiri, dan berasa terlalu awal untuk berkahwin. Ibu bapa dan kakak anda berasa sangat kecewa dan marah dengan keputusan anda. Bagaimanakah anda berhadapan dengan situasi ini.

Skrip bertajuk: Aku terima nikahnya
Watak dan Perwatakan:
1.      Azizah: (Nurul Sajadatul izzat binti Mohd Zubir)
·         Seorang yang baru sahaja bergraduat.
·         Dipaksa berkahwin dengan seorang duda beranak dua, pilihan ibunya.
·         Mempunyai seorang kekasih bernama Ramlee.

2.      Ramlee:
·         Seorang doktor.
·         Buah hati Azizah.

3.      Nyonya Rokiah: (Amira Syafinaz binti Syafie)
·         Ibu kepada Azizah dan Chombi.
·         Seorang yang tegas, tetap pendirian, materialistik.

4.      Abdul Wahid: (
·         Bapa Azizah dan Chombi.
·         Seorang yang penyabar,bertoleransi dan bertimbang rasa.

5.      Chombi: (Nur Syahirah binti Md Saad)
·         Kakak kepada Azizah.
·         Bakal melangsungkan perkahwinan pada tarikh yang sama dengan Azizah.

6.      Jenab: (Che Haslinda binti Daraman)
·         Pencerita.
·         Orang gaji yang glamor kepada keluarga Nyonya Rokiah.

Babak 1:
Lokasi: Rumah sewa Azizah
Azizah sedang mempersiapkan diri (make-up, meletakkan mascara pada mata dan juga memakai lipstik). Tiba-tiba, telefon berdering mendendangkan lagu allahyarhamah Saloma (Bossanova).
Perbualan melalui telefon bersama kakaknya.
Azizah: Hello. Assalamualaikum. Ada apa kau telefon aku pagi-pagi ini. Mimpi ya?
Chombi:Waalaikumussalam. Bukan aku yang mimpi. Nyonya Rokiah yang bermimpi disuruhnya aku telefon kau.
Azizah: Apa? Kenapa? (Cemas)
Chombi: Akupun tidak tahu Azizah. Aku Cuma menyampaikan sahaja. Ibu arahkan anak-anaknya berkumpul di rumah malam esok. Wajib katanya.
Azizah: Apa? Wajib? (Termenung sambil bermonolog, “Macam mana mahu dating, mahu diskusi pula? Tangguhkan sahajalah. Tidak  mahu aku menjadi anak durhaka.” Mengeluh.)
Chombi: Kau dengar tak ni Azizah?
Azizah: Iya, aku dengar. Baiklah kalau begitu. Besok aku pulang ke rumah. Kakak, aku harus pergi sekarang. Nanti terlewat aku ke pejabat. Kita jumpa malam besok ya. Assalamualaikum. (Talian diputuskan. Azizah membuka pintu. Bergegas untuk ke tempat kerja.)



Babak 2
Lokasi : Rumah keluarga Azizah
Satu perbincangan telah diadakan oleh keluarga Nyonya Rokiah. Perbincangan ini lebih kepada menyampaikan rancangan Nyonya Rokiah yang mahu mengahwinkan anaknya, Azizah dengan lelaki pilihannya pada hari yang sama dengan pernikahan kakanya, Chombi.
Nyonya Rokiah mundar-mandir sebelum memulakan kata sambil anak-anaknya berpandangan sesama sendiri dan tertanya-tanya.
Nyonya Rokiah : Nampaknya sudah cukup semua bala tentera ibu. Bagus.
                            ( Tersenyum kepuasan sambil mengangguk-angguk.)
Bapak                 :Rokiah… ( Lembut.)
Nyonya Rokiah memandang tepat suaminya lalu menyedari kekasarannya semasa berkata-kata.
Chombi              : Apa yang perlu kita bincangkan ini ibu, nampaknya macam sangat penting                           sahaja ibu.
Bapak                 : Sebenarnya hal …….
                            (Di celah oleh ibu.)
Nyonya Rokiah : Memang penting dan ibu harap apa yang akan ibu perkatakan ini disetujui                           oleh semua. (Tegas.)
Azizah               : Apa halnya ibu?
                            (Tertanya-tanya.)
Nyonya Rokiah : (Sambil mengelilingi keluarganya.)
                            Memandangkan Azizah sudah tamat pengajian, sudah tiba masanya untuk                          kau menikah dengan pilihan ibu.
Azizah               : apa? (Terkejut lalu berdiri.)
Nyonya Rokiah : ( Sambil menggerakkan jari telunjuk.)
Kau tidak boleh membantah keputusan ibu. Keputusan ibu adalah     muktamat.
                            Kau perlu menikahi Jeffry.
                           (Menunjukkan gambar Jeffry kepada Azizah.)
                           Kau tengok ini, Jeffry bukan sahaja tampan, malah berkerjaya. Untung                               badan kalau kau dapat menikahinya.
(Mengambil  gambar daripada ibunya. Dia bermonolog sendiri. Di mana bahagian yang tampan ibu katakana. Nampak biasa-biasa saja. Tak seiras pun sama Adi Putra.)
Azizah                 : ibu…
                              Azizah tidak mahu. Azizah tidak kenal pun sama dia.
Nyonya Rokiah : Kau jangan merepek. Dia tu anak orang berada. Dia bersahabat baik dengan
ibu dan bapak. Aku sudah aturkan semuanya. 2 minggu sahaja lagi                 kau akan bernikah. Kau mesti turutinya. Tidak pernah pun ada  keturunanku   yang memalukan aku.
Chombi                 : (Bangun dan menghampiri Azizah. Memandang Aziah dengan       
        pandangan yang tajam.)
                               Azizah, kau dengarlah cakap ibu. Apa kau mahu jadi anak durhaka?
Nyonya Rokiah  : Betul apa yang dikatakan oleh kakak kau. Apa kau mahu menjadi anak   
      yang tidak mengenang budi?
Bapak                 : Rokiah… Awak janganlah ikutkan sangat perasaan awak tu, anak kita dah                          besar panjang, dah boleh buat keputusan sendiri.
Nyonya Rokiah : Itulah awak, ikutkan sangat anak awak tu. Awak kena ingat, kita nikah pun                        atas pilihan keluarga, tengok bahagia ke tak hidup kita sekarang?
Bapak                : Awak kena fikir, zaman kita dengan zaman sekarang berbeza.
Nyonya Rokiah : Awak lelaki, apa yang awak tahu, saya yang mengandungkan mereka. Jadi                          saya tahu apa yang terbaik untuk mereka.
Bapak                : Owhhh, anak awak saja la. Bukan anak saya la. Suka hati awak  la.
                           (Berkata dengan marah lalu meninggalkan isteri dan anak-anaknya.)
                                     
Babak 3
Lokasi: Di taman bunga.
Pertemuan antara Azizah dan buah hatinya, Ramlee di taman bunga.
Azizah : ( Sambil menguak-nguak air dengan wajah yang sedih dan kecewa.)
              Itulah kanda, sudah berapa kali adinda bilang, jumpa sama orang tua adinda tapi …
Ramlee : ( Sambil mendekati dan duduk bersebelahan Azizah.)
              Adinda ku sayang, bukannya kekanda tidak mahu berjumpa sama orang tua adinda           tapi kekanda mencari  waktu yang sesuai untuk kekanda betul-betul bersedia.
Azizah : ( Bangun berdiri dengan wajah  yang masam.)
              Masa…masa…masa… itu sahaja kanda.
Ramlee : Kenapa adinda tidak memahami keadaan kanda? Kenapa pula adinda tidak menolak         perjodohan itu sekiranya adinda benar-benar mencintai kekanda? Nampaknya,                      adinda lebih memilih untuk menyerah daripada mempertahankan cinta kita.
               ( Sambil meraup wajah.)
Azizah : Tidak kanda. Bukan adinda yang menyerah tetapi kanda yang tidak pernah berjuang.        Adinda sudah lelah kanda, kalau begini caranya, lepaskanlah adinda.
              (Dengan wajah yang sedih.)
Ramlee : Adinda... (Terkedu seakan tangan mahu menyentuh bahu Azizah.)
Azizah : ( Berlalu pergi dengan perlahan.)
Ramlee : (Terduduk sambil berkata.)
              Bagaimana adinda tahu kanda tidak pernah berjuang Azizah.


Babak 4
Lokasi: Rumah keluarga Nyonya Rokiah.
Perjumpaan kali kedua oleh keluarga Nyonya Rokiah, bagi mencapai kata sepakat.Perbicangan itu juga turut disertai oleh Ramlee.
Nyonya Rokiah : ~Ayat dalam filem ibu mertuaku~
                            Apa kerja kau? Lawyer, majistret?
Ramlee              : Saya kerja biasa sahaja ibu, tapi saya yakin saya dapat menjaga Azizah                                sebagaimana ibu menjaganya.
Nyonya Rokiah : Ibu? Pandai-pandainya kau memanggil aku ibu? Aku bukan ibumu!
                           ( Dengan suara yang nyaring.)
Bapak                : Kau yakin kau benar-benar mahu menikahi Azizah? Kau benar-benar                                  mencintainya?
Ramlee              : Saya yakin bapak. Saya sangat mencintainya.
Nyonya Rokiah: Mudahnya kau berkata-kata. Bibir memang mudah menuturkan kata, tapi                            apa yang ada di bibir kau tu apakah sama seperti yang kau rasa?
                           ( Dengan tegas berkata-kata.)
Ramlee             : Ibu, kalau kita dapat rasakan apa yang kita rasa, kita pasti akan rasa apa                              yang kita rasa.
Nyonya Rokiah: Cinta sahaja tidak boleh kasi anak aku makan, wang itu penting, kalau                                kerjanya tidak besar, gajinya tidak lumayan, kau jangan bermimpi untuk menikahi anakku.
                          ( Sambil membelakangi Ramlee.)
Combie              : Ibu, gaji seorang doktor cukup untuk  kenyangkan perut Azizah. Ibu, tidak                       perlulah risau untuk  hal yang satu itu.
Nyonya Azizah : ( Terkejut lalu berpaling semula ke arah Ramlee. Ibunya memandang lama                           wajah Ramlee.)
                            Jadi, kau seorang doktor? Baik, kau boleh menikahi anakku sekiranya kau                          mahu patuhi syaratku.
Ramlee             : Katakan sahaja apa syaratnya ibu. Saya sanggup lakukan apa sahaja demi                           Azizah.
                        (Dengan bersungguh-sungguh.)
Ayah               : Kau sanggup menikahi Azizah dalam tempoh yang ditetapkan. Tarikh yang                        sama dengan kakaknya, dua miggu dari sekarang.
Ramlee            : Saya sanggup bapak asalkan saya dapat hidup bersama Azizah.
Nyonya Rokiah : Jadi, kau yakin kau brnar-benar setuju mahu menikahi anakku?
Ramlee               : Iya, aku terima nikahnya Azizah binti Abdul Wahid.
                            ( Sambil tersenyum gembira memandang Azizah.)

Babak 5
Lokasi di rumah keluarga Nyonya Rokiah.
Masukknya seorang pencerita yang juga orang gaji kepada keluarga Nyonya Rokiah. Dia berperanan dalam menerangkan jenis konflik iaitu konflik kesepakatan “aku menang aku kalah, kau menang kau kalah.”
Pencerita: Hurmm. Akhirnya dapat juga si Azizah mempertahankan cintanya . Tetapi bagaimana pula dengan pilihan Nyonya Rokiah? Setelah kecewa, Jeffry akhirnya membawa hati yang luka ke perkampungan kecil iaitu di kampung Pening Lalat. Setelah aku salami sedalam-dalamnya cerita ini, ia rupanya mempunyai perkaitan dengan bab konflik dalaman dan  bagaimana menguruskan konflik yang timbul. Konflik merupakan keputusan yang tidak mencapai persetujuan di antara dua pihak. Hal ini kerana perkelahian dalam mempertahankan keputusan masing-masing. Jalan penyelesaian bagi konflik dalam cerita ini adalah berpaksikan jenis konflik kesepakatan iaitu “aku menang, aku kalah. Kau menang, kau kalah.” Ia untuk mengekalkan keamanan dalam sesebuah perhubungan. Bagi menghuraikan konflik kesepakatan “aku menang, aku kalah. Kau menang kau kalah”, boleh dilihat pada watak Nyonya Rokiah dan juga Azizah. Jalan cerita bagi watak Nyonya Rokiah, kemenangan berpihak kepadanya di mana dia telah berjaya menikahkan Azizah pada tarikh yang sama dengan tarikh pernikahan kakaknya, Chombi. Manakala kekalahannya pula ditonjolkan melalui cerita ini apabila Azizah tidak menikahi calon pilihannya iaitu Jeffry, duda yang beranak dua. Manakala bagi watak Azizah, kemenangan diperolehinya apabila dia dapat mengahwini calon pilihan hatinya iaitu Ramlee. Akan tetapi, kekalahannya dapat dilihat apabila dia terpaksa berkahwin pada tarikh yang telah ditetapkan oleh ibunya, yakni bersamaan dengan tarikh pernikahan kakaknya, walaupun sebenarnya dia belum bersedia.

Babak 6
Sesi bergambar bersama seluruh keluarga.
Bapak : Jenab…Apa yang kau merepek sorang-sorang tu. Mari tolong ambilkan gambar kenangan keluarga ini. Cepat sikit. Kau tu kan banyak lagi kerjaannya nanti.
Jenab : Opps… Lupa pulak aku ni orang gaji tapi glamour. Toink…toink…

Tammat
The end
this-is-aziz-satar.jpg


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...