بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Sunday, 9 December 2012

kerana kekuatanku, menjadikan aku bukan wanita biasa

Maafkanku, walaupun aku ini hanyalah wanita biasa,
 tapi memiliki kekuatan hati yang lebih tinggi daripada lelaki yang berbadan sasa,
bukan meninggi diri takbur pemberian Tuhan yang esa,
sekadar merawat hati yang kian hilang mesra.

aku wanita,
namun tidak bermakna penciptaanku untuk dikhianati.
aku wanita,
namun tidaklah dilahirkan untuk dizalimi.
aku wanita,
tidak juga disirnakan untuk disakiti.

terkadang ramai kaumku dipermainkan,
dibunga-bungakan hati dengan kalimah cinta nan indah,
dibau-baukan jiwa dengan taipan ayat yang wanginya membuai rasa,
sehingga berputiknya tugu nan setia,
kerana mungkin dia cinta pertama.

Dek kerana lembutnya hati,
dek kerana tulusnya emosi,
ia disiat-siat bagaikan tiada naluri.

tetapi, 
hari ini aku mula berdiri, mengerti bahawa aku bukanlah wanita yang mudah mengalah pada situasi.

kau permainkanku, aku tersenyum.
kau menyakitiku, aku terus tersenyum.
kau  menumbuk lumat baldu rasaku, namun akan ku tetap tersenyum,
kerana ku tahu, ada adam yang seribu kali lebih baik buatku,
aku perlu menunggu, kerana itu janji Tuhan yang satu.


nukilan khas dariku buat Nurul Sajadatul izzat
cekalkan semangatmu. Akan ada Adam yang lebih baik sedang berjalan menghampiri,
cuma membuntuhkan sedikit waktu.
:) 




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...