بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Wednesday, 19 December 2012

Rahsia disebalik pemberian hadiah




●Bunga
~Bunga merupakan hadiah yang biasa diberikan dan menjadi salah satu pilihan utama kerana ia dianggap melambangkan sebuah hubungan yang romantis.Tetapi,jenis hadiah ini lebih bersifat sementara kerana lumrahnya bunga,bila tiba waktu pasti akan layu.Adalah amat membimbangkan jika cinta yang disemai juga bersifat sementara seperti bunga..

●Perfume
~Juga merupakan hadiah yang menjadi pilihan untuk diberikan kepada yang tersayang.Hadiah seperti ini sebenarnya mewakili perasaan ingin sentiasa berdua dan bersama.Jika kekasih anda memberikan hadiah ini,bererti dia berharap untuk selalu dapat berada disisi anda dan menganggap anda seorang yang memiliki pesona serta tarikan sensual yang tersendiri.Si dia juga menganggap anda sebagai seorang yang berpersonaliti dan seksi.

●Patung bear
~Ada yang menganggap hadiah seperti ini sebagai pemberian yang keanak-anakan dan tak matang.Namun,sekiranya anda menerima hadiah patung bear yang tertera perkataan 'I Love You' terutama dibahagian dadanya,ia menunjukkan si dia seorang yang amat romantis.Si dia juga sebenarnya sentiasa menghargai perasaan anda dan sentiasa bimbang sekiranya hati anda akan terguris dan terluka kerana dirinya.

●CD,DVD,Novel/buku
~Hadiah begini diberikan kerana mungkin mengikut kegemaran dan minat orang yang disayang.Andai anda menerima hadiah ini,fahamilah yang ia membawa maksud bahawa kekasih anda masih perlukan masa untuk lebih mengenali dan memahami diri anda.Si dia mahukan perhubungan anda dan dirinya berjalan dengan perlahan-lahan dan relak.

●Cincin/rantai leher
~Kekasih yang memberikan hadiah berupa barangan perhiasan diri sebegini sememangnya amat menyintai dan menghargai kewujudan anda disampingnya.Ia menunjukkan si dia merasa amat bertuah dapat bersama-sama anda.Si dia juga memang serius dan ada komitmen dalam perhubungan anda berdua.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...