بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Wednesday, 11 January 2012

Its all about my dream

assalamualaikum w.b.t

Hurmm..Terasa ingin berkongsi sedikit impian saya yang telah lama saya impikan selama ini. Siapa suka buat biskut? Hehehe..Mesti ramai wanita-wanita di luar sana yang suka membuat biskut untuk keluarga andakan. Takpun untuk diri sendiri. Sama juga seperti saya. Saya memang gemar membuat biskut. Tambah-tambah biskut raya. Suatu hari nanti, bila saya dah ada anak sendiri, saya nak buat biskut dengan anak-anak saya yang tomel2 lagi. Ikut ayah dia la tu tomel, sebab saya tak tomelpun. Hihi.

Best jugak tau, buat biskut bersama dengan anak-anak untuk minum petang, sambil menunggu suami pulang kerja. Hurmm, kalau buat biskut dengan anak-anak memang meriah la jadinya. Kalau acuan tak melekat di rambut ibunya ni memang tak sah la. =) Apapun, ini juga salah satu acuan keluarga yang bahagia dan cara saya untuk mendekatkan diri dengan anak-anak saya nanti. Buat biskut sama-sama dan last sekali, tunggu suami pulang kerja dan minum petang sama-sama.

Sekarang ni, saya nak belajar pula cara-cara buat biskut yang pelbagai jenis dan berbentuk cute. Hurmm, sebab, saya nak bila suami dan anak-anak saya tengok biskut yang berbentuk cute, mereka akan rasa nak makan banyak je. Barulah saya rasa bersemangat nak buat biskut lagi. =)


Hurmm, biskut cute macam ni, bukan anak dan suami je makan banyak, ibupun rasa nak makan banyaaaaaaaakkkkkkk jugak...ahakz! Boleh jugak anak-anak saya bawak biskut ni ke sekolah. And than mesti kawan mereka tanya, " siapa yang buat biskut ni?" My son  mesti jawab, " saya dengan ibu saya yang buat." =) alala...Sweetnya anak ibu...


Wanita-wanita diluar sana mesti mempunyai impian seperti sayakan. Hurmm...So, hari ni saya juga mahu berkongsikan cara-cara membuat biskut yang cute miut ye. =) Jom cuba buat, InsyaAllah dengan senyuman tentu sedap.

BISKUT TEMBIKAI

Bahan-bahan 
  • 150 gm gula kastor
  • 150 gm mentega
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 320 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder (lain kali kena kurangkan)>>yg ni pun kita kurangkan 
  • 1/8 sudu teh garam
  • sedikit pewarna merah dan hijau
  • paper cups
  • bijan hitam

Cara-cara

Pukul gula dan mentega hingga sebati. Masukkan kuning telur dan susu pekat. Putar lagi hingga rata. Bubuh tepung gandum yang sudah diayak dengan serbuk penaik dan garam. Uli perlahan menjadi doh. Bahagikan kepada 3 bahagian, merah, hijau dan plain. Buatkan bebola kecil dengan doh merah. Canai doh plain nipis2 je..pastu salutkan dengan bebola merah tadi. Canai doh hijau nipis2 gak, kemudian salutkan dengan doh tadi. Buat seperti buah tembikai. 

Simpan sebentar di dalam peti sejuk (supaya mudah memotongnya).
Belah 4 bebola tadi, pastu letak lah bijan hitam sikit dan aturlah dalam paper cups dan barulah diletak di dalam tin pembakar. Bakarlah pada suhu 160 drj celcius selama 20-25 minit atau hingga masak.
Untuk setiap biji kita buat berat anggaran>> Hijau: 15g Putih: 13g Kuning: 10g, Bungkus kuning dulu dan tutup dgn warna putih, seterusnyer hijau, buat sampai habis, gunakan cling wrap utk bungkus setiap bebola.

 Kalau suami dan anak2 makan banyak, ibu letihpun tak pe. =) 
Asalkan ayah dan anak2 suka..=)

Sambung nanti ye..=)








Friday, 6 January 2012

Buat Suami soleh dan isteri solehah



Buat semua isteri: Jadilah penyayang dan romantik, kerana lelaki sebenarnya seperti kucing.
Jika dibelai ia "miang", tetapi bila diancam ia "mencakar."



Suami pula perlu menjadi seorang ayah yang baik, ketua keluarga dan pada masa yang sama mereka perlu menjadi sahabat kepada isteri dan anak-anak mereka. Jadilah seorang suami yang romantik dan penuh dengan sifat kasih sayang. =)


Kadangkala, apa salahnya suami yang ambil alih menidurkan anak-anak. Nampak comel je. Tambah-tambah kalau mereka tertidur sekali dengan anak-anak

opppss, kalau cuti hujung minggu bawak keluarga bercuti apa salahnya. Tak kisah la dekatpun. Hargai keluarga anda.=)

 Winter with my son

Ni baru betul healthy parenting. Seorang suami, merangkap ayah kepada anak-anak perlulah memperuntukkan masa untuk bermain dengan anak-anak. Jadikan anak-anak sahabat karib. Satu darah, satu jiwa dan satu hati. Nampak sangat penyayang! =) i like...



Suami perlu juga mendidik anak-anak berkaitan hal-hal agama. Hurmm..Kalau boleh, ajak anak-anak pergi ke masjid, solat sama-sama. =)

 Tak kiralah anak lelaki ataupun anak perempuan, jadikan mereka kawan baik anda. Cuma apabila anak perempuan sudah dewasa, ada batasan yang perlu dijaga. Tapi anak lelaki, anda boleh teruskan. Tiada sekatan. 

Sebelum tidur, suami juga boleh membacakan cerita-cerita dongeng buat anak-anak mereka. Jadilah seorang guru buat anak-anak. Jangan harapkan guru di sekolah saja ye..=)

Like father like son.
Alalaaa...sweetnya kalau mereka pakai baju sama. Nampak happy sangat. Kalau keluar makan atau keluar membeli-belah, apa salahnya ayah dan anak-anak memakai baju yang sama. Nampak keluarga yang bahagia.


Kalau suami cuba menjadi seorang ketua keluarga yang penyayang barulah anak-anak akan kata,
"Ayah saya best dan sporting. Dialah ayah dan dialah kawan saya." =)

 SAYA SAYANG AYAH...=)



5 Pesanan buat kita


1. Jika engkau bertemu dengan orang yang LEBIH
PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENIMBA
ILMU.

2. Jika engkau bertemu dengan orang yang SAMA
PANDAI, itulah waktu untuk engkau BERKONGSI ILMU.


3. Jika engkau bertemu dengan orang yang
KURANG PANDAI, itulah waktu untuk engkau
MENYAMPAIKAN ILMU.


4. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak
BICARA PERKARA AKHIRAT, itulah waktu engkau
TUMPANG SEKAKI.


5. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak
BICARA PERKARA DUNIAWI, itulah waktu untuk
engkau DIAM & BERLALU PERGI....

Wednesday, 4 January 2012

Kisah kecilku


Assalamualaikum sahabat blog yg sgt kusayang..
Hurmm..Cantik tak gambar animasi kat atas tu? Cantikkan...Dulu masa kecik-kecik saya suka baca buku yang berkisarkan puteri. Cerita kartun yang paling saya minat masa kecik ialah Tombalina, Cindarella dan Puteri Beradu. Cerita-cerita tu kadang-kadang buat saya terbang ke awan. Mana taknya, kalau main dengan sahabat kecilku dulu, semua berebut nak jadi puteri. Kalau semua nak jadi puteri, tak adalah yang nak jadi mak puteri. Hehe.

Itu cerita semasa kecilku. Sekarang ni dah besar. Umurpun dah 22 (2012). Masih lagi nak jadi puteri sama macam kecik dulu ke? hehe. Sekarang ni saya dah tak nak jadi puteri. Saya kalau mampu nak jadi bidadari dunia pula. Layak ke saya ni? InsyaAllah, walaupun tidak sempurna dimata orang lain, tetapi cukuplah sekadar pelengkap kesempurnaan suamiku nanti. Semua wanita merupakan bidadari kepada suami mereka. Suka tak wanita-wanita di luar sana kalau saya kata kita bidadari dunia? Hurmm, cuma untuk menjadi bidadari yang sempurna di mata Allah dan manusia sendiri, kita perlulah berusaha untuk mempertingkatkan kualiti kita sebagai wanita.

Sempurna memang hanya milik Allah yang abadi. Sempurna Allah jauh berbeza dengan sempurnanya manusia. Sempurna Allah tidak ternilai dengan apa yang ada di langit dan dibumi. Hanya dia Tuhan yang kuasa miliki segala kesempurnaan. Sempurna manusia pula adalah sempurna dalam kelemahan. Maksud saya tidak sempurna secara keseluruhan. Namun, jika kita mampu miliki akhlak dan akidah yang baik dan hati yang ikhlas, turuti perintah Allah, insyaAllah kita sudah dianggap sempurna.

Hurmm, Jadi buat kaum wanita khususnya, jom kita sama-sama menjadi bidadari dunia yang berkualiti dan beridentiti, baik pada ibu bapa, keluarga, suami (bagi yang berstatus puan) dan juga sahabat-sahabat kita. Yang paling penting, persiapkan diri kita menjadi tamu Allah yang terbaik disana kelak. InsyaAllah...Amin..=)


Khasiat surah-surah Al-Quran

Al-Quran merupakan Kitab yang menjadi pegangan hidup umat islam. Membaca dan memahaminya dapat meningkatkan kekuatan jiwa manusia. Memang kita orang melayu yang tidak mendapat pendidikan di sekolah-sekolah agama biasanya tidak tahu makna bagi setiap ayat di dalam Al-Quran. Namun, jika kita membeli Al-Quran bersama maksud, maka kita akan memahami kalimah Allah buat hamba-hambaNya. Al-Quran merupakan penawar bagi semua penyakit. Allah pernah memberitahu bahawasanya tidak ada penyakit yang tidak dapat disembuhkan melainkan tua dan mati. Terdapat banyak kepentingan Surah-surah yang terkandung di dalam Al-Quran. Jom sama-sama kita gali khasiat yang terdapat didalamnya:


1) BISMILLAH
Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari
godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan
kebakaran, dan daripada kematian mengejut. Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali
di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta
naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.

(2) SURAH AL-FATIHAH
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan
fardhunya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya
dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barangsiapa membaca 20 kali sesudah
tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezekinya dilapangkan oleh Allah dan bertambah
baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.

(3) AYAT AL-KURSI
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara
dari tipu daya dan gangguan syaitan. Dengan membacanya seorang yang miskin akan
menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian,
kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah
akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.
Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya
setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan
hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.

Dan tersebut dalam hadith yang lain:
Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu
rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut
dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.

Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan:
Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran
duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran
ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

(4) SURAH AL-BAQARAH
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanar rasulu) sebelum tidur, ia
akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.

(5) SURAH ALI-IMRAN
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, nescaya ia akan mencapai
kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

(6) SURAH AN-NISSA'
Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat
dari kejahatan para penjahat.

(7) SURAH AL-MAIDAH
Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3
hari berturut -turut, insyaAllah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan
sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini, keatas air
lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya dia tidak akan bercakap
dusta lagi.

(8) SURAH AL-AN'AM
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala
bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan
terselamat dari karam dan tenggelam.

(9) SURAH AL-A'RAAF
Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu
beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa
membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia
akan mendapat rahmat Allah.

(10) SURAH AL- ANFAL
Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan
dihormati oleh sekalian manusia.
 
(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH)
Barang siapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan
mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau
ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

(12) SURAH YUNUS
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, keatas perempuan yang hamil, nescaya ia
akan melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barang siapa membaca
ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan
mengigau.

(13) SURAH AL-HUD
Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan kehebatan serta
ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada
setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang
yang liar. Barang siapa membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 kali selepas tiaptiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.

(14) SURAH YUSUF
Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan
kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan
dan kesukaran hidup. Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan
mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.

(15) SURAH AR-RA'D
Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan
barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya penyakit jantungnya akan sembuh.

(16) SURAH IBRAHIM
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan
terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

(17) SURAH AL-IIIJ'R
Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu
anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari
gugurnya.

(18) SURAH BANI ISRAIL
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap
gagap insyaAllah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini,
ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orangorang yang setempat dengannya.

(19) SURAH AL-KAHF
Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa
membacanya pada malam Jumaat, mescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.

(20) SURAH MARYAM
Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

(21) SURAH THAAHAA
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu
pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25
hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya
akan cerdas dan akalnya akan sempurna.

(22) SURAH AL ANBIYA
Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar
pangkat di sisi Allah s.w.t .

(23) SURAH AL-HAJ
Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

(24) SURAH AL-MU'MINUN
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu
minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca
ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya
akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.

(25) SURAH AN-NUUR
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk.
Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum sembahyang
Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.

(26) SURAH AL-FURQAN
Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan
di dalam rumah,nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang
liar dan ular-ular yang bisa.

(27) SURAH ASY-SYU A'RA
Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas
orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisabisa itu.

(28) SURAH AN-NAML
Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.

(29) SURAH AL-QA-SHASH
Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya mereka tidak akan
mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini,
nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya
akan halus.

(30) SURAH AL-ANKABUT
Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya,
nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.

(31) SURAH AR-RUM
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak
menzaliminya.

(32) SURAH LUQMAN
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama
dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan
terselamat dari bencana banjir.

(33) SURAH AS-SAJ DAH
Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang
baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit ruhani dan jasmani.

(34) SURAH AL-AHZAB
Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat
kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari
surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

(35) SURAH SABA'
Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari
rosaknya tanam-tanaman.

(36) SURAH FAATHIR
Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati
perniagaannya.

(37) SURAH YAASIIN
Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu mempunyai hati dan hati AlQuran ialah surah Yaasin."
Hadith yang lain mengatakan : "Barang siapa membaca surah Yaasiin kerana Allah,
nescaya akan terampun segala dosanya kecuali dosa syirik.."
Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda :"Hendaklah kamu membaca surah
Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t
akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu."
Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda : "Aku ingin benar, agar surah
Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku."

Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan citacitanya.
Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, lalu berdoa istghfar
untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan.
Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju
perniagaannya itu.
Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andai kata ia mati pada malam itu,
mesti ia mati syahid dan barang siapa membacanya sekali pada awal pagi, andaikata ia
mati pada hari itu, mesti ia mati syahid.
Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan
diselamatkan dari siksa kubur.
Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah
akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada
musuh-musuhnya.
Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam
kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk di amal oleh anda sekalian.

(38) SURAH ASH-SHAAFFAAT
Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.

(39) SURAH SHAAD
Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati.

Allah maha tahu tiap-tiap sesuatu, jika kita menjadikan Al-Quran sebagai kawan di dunia, ia akan menjadi peneman setia kita setelah kita berada di alam barzakh nanti. Setiap yang bernyawa pasti akan menemui ajalnya dan itu janji Allah.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...