بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Friday, 30 November 2012

i am better than your ex, and better than your next





I am better than your ex, and better than your next
Bismillahirrahma nirrahim…assalamualaikum sahabat cuteku.
Uhuk-uhuk. Hari ni saya nak kongsikan sedikit petua untuk kurangkan rasa sedih anda kiranya ada di antara kita yang putus cinta.
Hurmm…jangan la sedih sangat erk kalau anda putus cinta. Memang la susah nak hilangkan rasa rindu yang hadir tanpa dipinta. Tapi kan ada banyak cara yang boleh kita try untuk kurangkan rasa rindu tu. Jom saya beritahu tip-tipnya:
1.    Habiskan masa bersama rakan. (ni salah satu tip yang boleh anda guna. Jangan la duduk terperap dalam bilik je. Lagi la kuat rindu tu. Cuba keluar jalan-jalan ke sambil makan ice-cream. Takpun petang-petang keluar exercise dengan kawan-kawan.)

2.    Menyanyi. ( Menyanyipun boleh kurangkan tekanan anda tau! J tak perlu la ke tempat yang exclusive. Bukak je laptop comel anda dan bukak lagu kegemaran anda. Apa lagi, nyanyi la.  Tak bestpun tak apa. Yang penting membawa kepuasan hati. Opss, kejap-kejap. Jangan bukak lagu jiwang. Takut nanti makin parah. Hehe.)

3.    Cuba berfikiran positif. ( berfikiran positif bermaksud berfikiran yang waras dan jangan terlalu emosi. Jangan layan sangat bisikan-bisikan rindu dalam hati. Cuba tarik nafas dalam-dalam dan relaks. Kalau ada jodoh dengannya, insyaAllah tak kemana. Allahkan ada. Jadi tak kisah sangat la kalau dia tak adapun. J )

4.    Dekatkan diri pada Allah. ( yang ni ubat yang paling mujarab. Walau bagaimana lemah sekalipun hati, bisiklah pada Allah rasa pedih anda. Memang Allah dah tahu setiap isi hati anda. Tapi kita perlu jugak bercerita pada Allah. Allah sentiasa setia mendengar tanpa jemu walaupun banyaaakkkkk sangat perkara yang kita ceritakan padaNya.)

5.    Percaya bahawa kita lebih baik daripada bekas teman wanitanya dan lebih baik dari teman wanitanya sekarang. ( tak rugipun kita kehilangannya, tapi dia yang perlu rasa rugi kerana kehilangan kita. Hehe. Kerana kita lebih baik sebenarnya. Dan lagi satu, yakin pada diri bahawa orang yang akan datang nantipun lebih baik darinya. Amin…)


foto tempahan...


hurmm...ada sape2 yang inginkan gambar-gambar macam ni? saya boleh tolong. free je pun. 
tapi first kena follow saya dulu and then boleh add saya kat fb. so that senang nanti anda nak anta gambar anda utk saya editkan. arigator gozaimas..:)







Wednesday, 28 November 2012

semoga berbahagia

opsss..aslkm semua..
hari ni rasa nak kongsikan kegembiraan sahabat-sahabat saya yang sudahpun mendirikan rumah tangga. akhirnya berjumpa jugak pelengkap tulang rusuk mereka. saya tumpang gembira..apa? saya bila lagi? hehe...belum lagi kot....sedang melangkah mencari wangian...doakan saya agar bertemu dengan seseorang yang mampu berdepan dengan karenah saya yang memang banyak karenah ni..uhuk...:)


fatin bersama suami tercinta..:) comel..


yang sebelah tu bukan pengantin lelaki. interframe je tu. huhu. zuric and bakal isteri..hoho..amin....



ni pulak adni dengan suami. purple? opss, my favourite color..hehe


ni pulak nik..tak kawen lagi tau. bru tunang. insyaAllah tahun depan kawen..doakan kebahagiaan mereka juga...:)



ololo comelnye...:) ni plak fasihah dengan suami tersayang. sudah lama mencari akhirnya bertemu juga denagan akad yang murni. semoga bahagia. warna kelabu jadi pilihan. ni pun comel jugak warna baju. mana satu nak pilih ni.. hehe. 


ni pulak faz...faz ngan hero filem aku terima nikahnya tu.opss...hehe...bukan la. tapi ada iras tak? belum kawen lagi. baru tunang jugak. habis belajar nty baru kawen. semoga dipermudahkan segala urusan..Amin...:)

comelnye sahabatku....:) macam modelpun ada ni..opss...




Tuesday, 27 November 2012

koleksi kata-kata cinta


CINTA SEJATI ADALAH KETIKA DIA MENYINTAI ORANG LAIN DAN KAMU MASIH MAMPU TERSENYUM, SAMBIL BERKATA: "AKU TURUT BAHAGIA UNTUKMU"

JIKA KITA MENYINTAI SESEORANG, KITA AKAN SENTIASA MENDOAKAN KEBAHAGIAANNYA WALAUPUN DIA TIADA DISISI KITA.

CINTA DAN KASIH SAYANG ADALAH JAWAPAN YANG DAPAT MENYEMBUHKAN SEGALA PENYAKIT, DAN JALAN YANG MENUJU KEPADA RASA CINTA DAN KASIH SAYANG HANYALAH MELALUI KEMAAFAN.

SETIAP ORANG PUNYA RASA CINTA, TETAPI TAK SEMUA ORANG DAPAT MERASAI CINTA. SETIAP ORANG PERNAH BERCINTA, TAPI TAK SEMUA ORANG MENGECAPI BAHAGIA.


CINTA BUKANLAH DARI KATA-KATA. IA DARI SEGUMPAL KEINGINAN DIBERI PADA HATI YANG MEMERLUKAN.

RUANG KOSONG DI ANTARA CELAH-CELAH JARI KITA, DICIPTAKAN UNTUK DIPENUHI OLEH JARI-JARI ORANG LAIN.







Thursday, 22 November 2012

Surat untuk Ayah


assalamualaikum ayah...

Buat pertama kalinya pena ini mengirimkan surat buat ayah. kerana faktor kejauhan yang memisahkan anakmu untuk terus mengukir senyum pada wajah gagah itu. Bukan niatku untuk berjauhan daripadamu, tapi kerana jihad ini untuk belajar semata-mata untuk kudapatkan ilmu. penat lelahmu, ku sapu dengan kejayaanku. walau ku tahu, memang anakmu ini tidak akan pernah mampu untuk membalas setiap titik peluhmu dalam membesarkanku.

terima kasih ayah,
kerana telah mengangkatku daripada rebah.
terima kasih ayah,
kerana telah menyapu lukaku sehingga tiada lagi perit yang kurasa.
terima kasih ayah,
kerana telah menyelimutkanku dengan semangat untukku terus berjuang.
terima kasih ayah, terima kasih ayah, terima kasih ayah.

dibahumu ku rebahkan kepalaku mencari kekuatan.
dibahumu ku basahkan air mata, 
kerana ku tahu di situ adanya semangatku untuk terus ke depan,
melangkah liku-liku penuh cabaran.

ya Allah, Engkau jagalah sebaik-baiknya ayah buatku,
Ya Allah, Engkau peliharalah dirinya, kesihatannya, imannya, buatku,
kerana hanya dialah satu-satunya ayah,
yang tidak pernah jemu melihatku terus berjalan melalui kehidupan, tanpa menoleh sedikitpun kebelakang,
walaupun tanpa bayangan.

ayahku, semangatku.
ayahku, pengalamanku.
ayahku, pendengar dunia setiaku.
maka Engkau jagalah dia buatku.



Biarkan seluruh dunia membenci, asalkan Allah mencintai



Ya ALLAH...
Selamatkan hati ini,
Selamatkan jiwa ini,
Agar sentiasa dirahmati,
Agar sentiasa diredhoi,
Di bawah naungan kasih Ilahi,
Agar terbina cinta sejati
Agar lahir cinta abadi,
Agar segalanya kerana Ilahi




Ya ALLAH...
Hati ini kecewa,
Hati ini derita,
Hati ini sengsara,
Tatkala hadir kasih dan cinta,
Bila menjelma rindu di jiwa,
Terhanyut diri kerana alpa,
Terkaram hati kerana dosa,
Kerana cinta yang bertahta,
Bukan kerana kau yang esa.

Kembara di bumi Tuhan,
moga sentiasa jiwa dibasahi iman..
insyaAllah


Monday, 19 November 2012

Tangisan dan kesabaran


Bismillahirrahmanirrahim....

Gerak hati ingin mengukir secangkir wadah berkaitan dengan tangisan dan kesabaran...
tapi sebelum tu, ingin kelip-kelip bertanyakan anda sekalian,
 pernahkan kita bertanyakan diri, 

   bersediakah kita dalam menghadapi dugaan Allah?
   bersungguhkah kita redha dengan ujian dan dugaan Allah?
   adakah mutiara jernih yang menyapu pipi kita lembut itu tanda kesabaran kita setelah melalui dugaan itu?
   atau adakah tangisan itu kelemahan ataupun kekalahan?

Terlalu banyak persoalan bermain di minda, membuatkan jiwa terleka seketika menimang-nimang melodi perasaan yang kadangkala sedih, kadangkala gembira, dan kadangkala seperti tiada berperasaan. tidak tahu rasa yang muncul di hati.

biarkan kelipkelip jelaskan, 
sebenarnya tangisan itu tidak sesekali memberi petanda bahawasanya kita lemah.
juga tidak sesekali menandakan kita menyerah.
namun, kita hanya berhenti seketika untuk menyejukkan hati melalui tangisan.
sejuk hati itu lahir dengan tangisan,
kekuatan hati juga lahir dengan sebuah tangisan,
kesabaran yang lebih kukuh juga akan lahir dengan sebuah tangisan,

jadi, menangis seketika jika kita merasakan bahawa tangisan itu mampu mengembalikan diri kita yang hilang dek kerana dugaan yang tiba-tiba datang menimbusi jiwa dan iman.
namun, katakan pada hati bahawa ia tidak akan sesekali mematikan iman dan jiwa.
kerana dugaan itu sebenarnya kiriman rindu Allah pada hamba-hambanya.

Katakan pada hati bahawa,
  "Aku bersyukur kerana Tuhan memilihku untuk dikirimkan dugaanNya."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...