بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Monday, 7 January 2013

Berusaha untuk membuat "Perubahan."

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka" :Surah Ar-Rad:11

Assalamualaikum syumee...:)

Hari ni kelip-kelip nak jugak lah berceloteh siket sebabnya Syaoran Iman, ada tanya kenapa kelip-kelip tak update blog kelip-kelip. Bukan tak nak update, tapi minggu ni sebenarnya minggu final exam. Doakan kelip-kelip berjaya buat sebaik mungkin eak...

Kelip-kelip nak tanya anda semua, kalau kita malas nak keluar bekerja, duduk sahaja di rumah tanpa melakukan perkara yang boleh mendatangkan kewangan, adakah seseorang  itu akan dapat duit???
hah? ada? ye ke...
jangan la kira yang mak bagi. Cuba kalau seseorang tersebut hanya sebatang kara ke, duduk jauh daripada keluarga ke...

mesti la tak akan dapat hasilnya. ye tak.. sebabnya rezeki tidak akan datang bergolek kalau tiada usaha. nak makanpun kene ada usaha untuk mengangkat tangan menyuapkan makanan ke mulut.
jadi sebenarnya disini, kelip-kelip nak beritahu satu perkara pada kita-kita semua,
"Hidup perlukan perjuangan, pengorbanan dan Usaha" dalam kita mencapai setiap impian dan keinginan kita. Nak jadi pandai ke, nak jadi kaya ke, seeeemuanya perlukan usaha dan pengorbanan.
Harus diingat, Allah tidak akan mengubah nasib kita, jika kita sendiri tak berusaha untuk berubah.

soooo......
Jom kita tolak-tolak diri kita daripada malas kepada lebih rajin
rajin berusaha untuk membuat satu perubahan. Chayok-chayok!! ;D

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...