بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Tuesday, 19 February 2013

Bumi mana tidak ditimpa hujan




Assalamualaikum sahabat semua.

Hari ni kelip-kelip nak kongsikan bait-bait ayat “ bumi mana yang tidak ditimpa hujan”. Ayat ni sebenarnya berkaitan dengan hidup kita. Bila kita buat salah, dan kita minta nasihat daripada orang lain, mesti mereka akan kata, “setiap orang pernah melakukan dosa. Bumi mana yang tak pernah ditimpa hujan.” Betul tak sahabat-sahabat?

Kadangkala bumi yang ditimpa hujan menjadi lebih segar. Macam pokok-pokok. Ia akan kelihatan lebih segar setelah menerima air hujan. Hurmm…jadi macam tu lah kehidupan kita. Setelah kita melakukan dosa, kemudian kita insafi dosa-dosa yang kita lakukan, dan memohon petunjuk dari Allah, biarpun apa orang kata, kita akan menjadi lebih kuat.

Yang paling penting, kita sedar akan kesilapan kita dan pada masa yang sama kita cuba perbetulkan sikap kita supaya menjadi insan yang lebih baik. Kelip-kelip juga alpa melakukan dosa sama sedar ataupun tidak. Banyaknya dosa tidak terhitung. Tapi, yang lepas biarkan berlalu dan jadikan ia pengajaran buat kita.

Semoga kita semua sentiasa di bawah penjagaan Allah. Amin…

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...