بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Monday, 25 February 2013

Gugurnya sehelai daun

Assalamualaikum...



"Gugurnya sehelai daun". walaupun hanya satu tajuk yang ringkas, tetapi ia membawa pelbagai maksud dan drama alam. kehidupan manusia boleh diadaptasikan melalui sehelai daun, yang mulanya mengeluarkan pucuk nan hijau. kemudian membesar dengan pelbagai kepentingan. Bila ia mula menguning, proses kehidupannya menjadi semakin lemah dan semakin lemah, akhirnya ia jatuh menyembah bumi.

Begitu juga dengan manusia. yang dilahirkan menjadi seorang bayi, yang masih lagi sedang mencari sifat bagi menyempurnakan mereka untuk menjadi seorang khalifah Allah. Bila mana mula dewasa, kematangan telah memperbanyakkan aktiviti hidup. Bila mana tulang semakin lemah, maka perjalanan kian lemah. Namun fikiran tetap subur dan aktif mengingati pencipta yakna Allah yang senantiasa kekal. Akhirnya nafas dihembuskan perlahan meninggalkan oksigen alam.

setiap benda yang bernyawa akan bertemu pengakhirannya. semoga kita semua tidak lalai mengejar emas-emas dunia yang terbukti sementara. :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...