بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Saturday, 23 February 2013

Jujur VS Khianat







Assalamualaikum semua. Tajuk ini sebenarnya kupu-kupu ambil daripada buku Gen-Q (Generasi Al-Quran kreatif) untuk tatapan kita semua. Kalau nak baca dengan lebih mendalam, anda semua beli la buku tsb. Memang sangat bermanfaat untuk santapan jiwa kita. 
Jujur adalah sifat orang beriman,
Orang yang beriman akan jujur pada pertuturan
Dan tingkah-lakunya.
VS
Khianat termasuk dalam sifat orang yang munafik.
Orang yang munafik berbohong dalam percakapan
Dan tidak jujur dalam perbuatannya.

Orang yang jujur sentiasa dipuji,
Disenangi dan dipercayai oleh orang lain.
VS
Orang yang khianat sentiasa memuji diri sendiri,
Diragui dan tidak dipercayai orang lain.

Kejujuran datang dari hati yang bersih dan tenang.
Tanpa ada rasa bimbang kerana segala-galanya
Dilakukan kerana Allah
VS
Orang yang khianat mempunyai hati yang kotor.
Jiwanya tidak tenteram kerana
Bimbang akan terbongkar ketidakjujurannya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...